Hari Raya yang ketujuh sudah hari ini. Pejam celik pejam celik, tau-tau dah masuk bulan puasa, terkenyit mata.tau-tau penyimpan mohor besar dah umumkan raya jatuh hari lusa. Telan kuih sana, kuih sini..tau tau dah seminggu dah beraya. Sungguh cepat masa berlalu kan?
Aku skang dah berada di Terengganu semula. Sepanjang seminggu raya ni, aku online juga. Tapi tak rasa mahu update blog. Lagipun aku online guna laptop opis, aku kena kerja dari rumah pulak cuti-cuti raya ni sebab yang ditinggal dekat opis tu tak boleh nak diharap sangat. Jadinya, mahu tak mahu sambil tunggu ahli keluarga aku bersiap untuk keluar berhari raya, aku sempat la cek email, balas mana patut dan pikap tiket-tiket yang baru dilaporkan.
Aku letak gambar keluarga mertua aku dulu lah sebagai pembuka entri setelah seminggu berehat. Seperti yang sudah sedia maklum, tahun ni tahun pertama aku beraya dengan title "adorable husband". Haaa~~ Dan tahun ni dimulai dengan belah mertua aku di Seberang Takir Kuala Terengganu. Aku punya plan raya senang je;
Seminggu sebelum raya - Umah mak aku.
Sehari sebelum raya hingga raya kedua -Umah mak dia
Raya ke-3 pagi bertolak ke rumah mak aku
Raya ke-6 pagi, bertolak balik ke Terengganu.
Ni untuk tahun ni punya plan la. Tahun depan mungkin lain kalau dapat pindah dan duduk sama..atau cuti tak panjang. Jadi agak fair la bila korang tengok pembahagian harta hari dia kan.
Umah mertua aku punya persiapan memang beza sangat lah nak dibandingkan dengan umah parents aku. Kalau kat umah aku, mak akan bersiap awal pagi sehari sebelum raya lagi, memang kecoh dari pagi lagi, tapi kat umah mertua aku rilek je. Tengahari baru beli ayam dan petang tu baru stat aktiviti. Kami bakar sate. Jadi petang tu ahli JKKK bermuafakat la mericih daging-daging ayam kecil-kecil dan diperap.
Malamnya baru cucuk kat batang sate untuk dibakar. Aku sebagai menantu serba boleh (mwahahaha) pun membakar sate-sate tadi dengan penuh dedikasi. Mula-mula adik ipar aku si Ekal tu membantu dengan gigih, tapi last-last sume lari dari medan perang. Tinggal la aku dan ayah mertua aku menewaskan saki baki musuh.
Ni diawal-awal perjuangan. Huhuhu~~~
Sebelum beraksi di dapur, kitorang siap-siapkan duit raya untuk dimasukkan ke dalam sampul-sampul free dan juga yang dibeli. Tempat kerja aku bagi 30 keping sampul dari Standard Chartered. Chantek je sampul duit raya dia. Ekal macam biasa menggalas tugasan untuk masukkan duit raya juga tanpa rasa terliur pun tengok duit-duit wangi tu..Hebat~~
Keesokan paginya, usai bermaafan dengan penuh sempoi, kami sekeluarga ke surau untuk solat sunat aidilfitri. Bila aku masuk je dalam surau, aku hairan gak apsal ramai kat luar. Then spot paling cun 3rd soft bawah kipas kosong je. Ait? yg lain sume kat belah-belah belakang. Walaupun kompius aku dok je la spot cun tu. Then aku layan takbir pejam mata sambil ingatkan kenangan bertakbir dengan arwah atok aku, camne lenggok takbir arwahnya, aku bukak mata ada mikropon depan aku. Ahahaha. Now I know la apsal spot tu kosong. Huwah huwah!!
Tapi takpela, aku layan je. Bukan pes time pn. Dah besa dari kecik lagi pakcik aku ajar ramai-ramai dok saf depan takbir. Maka pagi itu kedengaran la takbir anak jawa di Seberang Takir. Heheh.
Kemudian bermula la raya ke rumah pakcik-pakcik, atok nenek belah wife aku ni. Aku mengenakan baju melayu coklat yang wife aku belikan. Hehehehe~~~ Sedondon noks!!
Tapai pulut tok wife aku buat memang best beb!!!~~~~ Dibalut dengan daun jambu laut (aku tau menatang ni tahun ni dari ayah mertua aku), memang manis masam dia cukup. Perghhh..terhebatMemuahMantop paling jimaatttttt!!!!~~~~. Siap mintak tok buatkan lagi utk bawak balik KL. Tapi tadi smpi2 je aku dah bedal seploh. Rasanya tak sampai KL. Ahahahaha!!!
Tapai ubi yang comel dan sedap.
Raya di Terengganu tidak banyak bezanya dengan di pantai barat. Cuma jenis makanannya sahaja yang berbeza. Tiada ketupat nasi yang selalunya akan ku anyam sendiri. Di sini, ketupat palas pulut lebih popular. Malah digoreng pula selepas direbus.
Rumah-rumah yang diziarahi tidak menghidangkan pelbagai balang kuih muih dan kerepek seperti di tempat aku, tetapi lebih pada makanan berat seperti nasi minyak, nasi dagang, laksa, mee kari dan macam-macam lagi. Memang kenyang beb~~~
Best beraya tahun ni. Ada keistimewaannya yang tersendiri dan lain daripada raya-raya yang pernah aku sambut. Op course la kan. Ok...entri lain akan menyusul~~
Comments
kes ko samela mcm parents ak..sorg jawa..sorg pantai timur...sok ade anak ajar mkn mknn dua2 adat mcm kitorg adek beradek..=))
Tapai pulut wife aku buat memang best beb!!!
.
.
cepat2 cari kunci... nak jumpa ibu! nak belajar buat tapai.
Mana boleh cembam je yg kena puji!! jeles la ai!!
.
.
.
.
baca sekali lagi, tak puas hati.
Tapai pulut tok wife aku buat memang best beb!!!
phiewww... letak kunci balik.. dan ahahahaha.. gelak lega
cembam!! kita masih sama :P
cahaya, selamat hari raya juga
KTS, ekekeke...kalau terus jumpa mak pun ok..bonus point dh ko dapat..ekekeke
neway, abg aku nye isteri org ganu, terkejut beruk dia mase 1st time raya kat sana takde ketupat ngan rendang..hehe..mmg org ganu time raye xde ketupat rendang sume tu kan?
apa pun memang best dan punya cara tersendiri pantai barat dan pantai timur
selamat hari raya anul ;)