Skip to main content

Raya dengan mercun dan bungapi yang semakin pupus

the sparks

Bunga raya bunga kebangsaan Malaysia dan bukannya bunga yang hanya muncul time raya fitrah atau raya haji. Malah bunga raya takde kene mengena dengan hari raya. Tapi bunga api memang ada kaitan yang sangat akrab ibarat kembar siam dengan Hari Raya. Mercun pulak, kembar seiras dengan Hari Raya. Mereka berdua ni memang tidak boleh tidak ada bila Hari Raya menjelang.

Tiap kali raya je mesti ada punya lah kes putus jari, meletup, terbakar apa sume yang berkait dengan mercun. Tapi seingat aku berita-berita ni sangat kurang berkait dengan meriam. 

Sebagai seorang budak yg pernah main mercun, aku sangat faham perasaan ingin jadikan mercun tu lebih thrilling. Lebih rasa best dan kaw-kaw. Bila perasaan ni terlalu kuat la yg menyebabkan budak-budak di luar sana tu jadi terlalu kreatif bila depa main mercun. Kalau mercun bola tu asalnya letak atas tanah, cucuh dan lari, kemudian nak thrill, pegang, cucuh dan baling...Lepas tu nak thrill lagi, pegang, cucuh, tunggu smpi last minit baru baling ke udara. Nak letup kat udara la konon. Malang tak berbau...lama sangat tunggu, takpun sumbu mercun tu tiba-tiba terlalu laju terbakar, KABOOOOMMM!!!!!. Letup dalam genggaman.

Kalau meriam patutnya main selamat, cucuh guna kayu sepanjang batang pancing, dipendekkan lagi sbb nak thrill..sekaki je kayu dia, then nak thrill lagi cucuh guna batang mancis je. Fuhhh..pastu meletup depan muka tak semena-mena..dah masuk surat khabar. Kena banned terus mercun dan segala jenis letupan yang pada mulanya selamat untuk dimain. Tu belum yang terlampau gigih, orang lain kasi air je karbait tu, dia pegi guna minyak gas yang dididihkan...tu diaaaa!!!! Aku rasa pun, kalau ye letup lagi kuat pun..1 desibel lebih kuat je kot. Watpe gigih sangat and last-last disambar api. Aiyaaa~~~

Hasanah and her sparkle

Apa pun benda yang dicipta, sebenarnya terpulang pada yang menggunakannya. Even biji tasbih pun mau jadi senjata pembunuhan. Haishhh~~~

Bila aku rayau-rayau pasar payang sehari sebelum raya, aku tengok rega bungapi kucing (bungapi yg just kuar sparkle, batang ala-ala dawai. Dulunya kertas pembalut gambar muka kucing) dijual dengan harga singgit. Mak aih..last aku beli 40sen masa umur belasan tahun. La ni singgit dah. Dia nye pembakaran pn ala kadar je..sekejap sangat..memang tak best. Then mahal. Mungkin sebab sekatan yg begitu hebat terhadap penjualan bungapi kan. Jadi, memang aku rasa tak berbaloi nak beli. Begitu terasa membakar duit. Sebelum ni tak rasa sangat. Hahahaha!!!

IMG_2561a

Haishhh!!! Apa-apa pun ni la namanya perubahan. Mungkin baik dan mungkin tidak baik tu semuanye terpulang pada persepsi masing-masing.

Comments

❀aRaBeLLa❀ said…
bunga api nih haram kan?tadi kat 999 selamber badak je diorang main kat balai polis genting..
HEMY said…
yg aku tau mercun..bungapi tak pasti la. macam boleh je jual

orang kata..yg dirampas sume tu ko ingat pergi ke sapa? sanak sedara le kot
kalau main mercun bola nak lgi thrill buang kabat pastu cucuh

pastu sambar abeh muka macam adik gue.. terbakar kening2...

ahaha..
zonaku said…
aku sekeluarga mmg akan main mercun n bunga api..... n mmg pakai bunga api kucing tu..... sbb x ada asap... y asap tu kurang baik untuk org y ada asthma....



mercun bola kalau nk kasik sadis lagi, letak dlm plastik itam, gantung kat tepi buaian, n bakar plastik tu....... pasti bingit telinga sesapa y duduk di buaian tu..... x caya??? cubalah!
HEMY said…
haish korang berdua ni...lagi bikin ajar cara2 yg lebih thrill..blog ni budak2 pun baca tau..

haaa..adik2 luar tu..jangan tiru aksi akak2 ni suh yeee
mrnoble said…
membazir la main mercun ni. macam bakar duit je
joegrimjow said…
rasanya mercun dengan raya dah semakin lama semakin hebat
cuma skrg ni banyak mercun yg meletop kluar warna warni
stylo2
❀aRaBeLLa❀ said…
yang tu tak dinafikan lagi..kat kpg aku ni haa yang paling memekak dengan bunyi mercun anak polis ler..ampeh
zonaku said…
~tumpang lalu~
mr noble, at least sekali setahun jer bakar duit camni, orang y merokok tu bakar duit on daily basis tau........ :)
selamat hari raya!
HEMY said…
zonaku: aku like komen ko...ekekekeke...isap rokok bakar duit ari2..org lain tak suke..main mercun bakar duit setahun sekali, tengok wajah2 anak buah tersenyum riang...priceless

joe : org terpaksa beli yg mcm tu..yg mahal sebab nk ceriakan anak2 sepupu anak2 buah..haisshhhh

arabella : ko mintak la skit kat depa..ahahaha
aku tak reti main.ni siriyes.takat mercun pop aku terer.tp aku tensen bila part nk kemas habuk2 dia.jadi aku haramkan terus mercun2

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga