Kita skip kejap update gambar-gambar raya. Aku tengah guna berukband yang macam kungkang punya speed merangkak ni. Walaupun dekat Kemaman yang tak congested..seghupa je~~~ Kang dah ada connection yang best baru upload gambar-gambar raya yang lain.
Abah adalah orang yang sangat thrifty. He needs to get the best out of his money for every dime he spent. And who wouldn't right? Dan kadang-kadang the level of thriftiness abah ni akan sampai tahap haji bakhil atau mungkin memalukan keluarga. **senyum sendirian dan gelak kecil**
Ketika aku pulang ke kampung bulan lepas, abah baru sahaja kehabisan baja yang dibelinya berkampit-kampit suatu masa dahulu. Seribu ringgit lebih juga kosnya. Tapi ia untuk menyuburkan kebun sawit beliau dan menambahkan hasilnya pasti. You need to spend money to earn more money of course or at least to start getting more money.
Sedang aku meniarap bermain laptop mak menghampiri aku seraya menghulurkan sehelai pamphlet tentang sejenis baja yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan.
"Ni, ko tolong baca. Abah beriya-iya nak beli hari tu"
Aku capai dan baca apa yang tertulis. Abah masuk ke rumah dari luar dan terus meminta kami menghubungi agen baja tersebut. "Suruh datang petang ni". Amboi. Macam menteri. Nak suh datang hari tu gak. Maka kami pun set appointment dengan agen tersebut keesokan petangnya. Dan agen tu datang seperti yang dijanjikan, dari perak katanya mahu ke negeri sembilan, jadi beliau pun singgah saja lah.
Dipendekkan cerita, abah pun bertanyakan pasal baja tu. Abah mati-mati ingat harganya 190, rupanya satu tong 230.
"Apa??!! Tukar-tukar cakap. Kata 190 dulu"
"Itu hari tu pakcik, one time offer. Masa tu tinggal satu, tu saya offer harga tu kalau pakcik memang nak"
Seperti biasa aku la kena translate pada abah kan. Bukannya abah boleh hadam sume yang abang tu sebut. 10% je kot yang dia faham. Bila abah dah faham dia dah mula rasa taknak ambik baja tu. Tapi abah sian gak abang tu mai dari jauh. Abang tu bagi offer beli 5 percuma sebotol lagi. Kiranya untuk harga 1150, abah leh dapat lagi sebotol la kan. A nice offer dah tu. Tapi abah mintak 5 botol tu seribu je, lebih kurang camtu la. Aku pun tak ingat dah, lupa nak citer awal2 dalam entri. Tapi senang citer memang murah gila la dia tawar.
Abang tu pun explain la dia agen je, bukan baja dia. Dia dapat komisen pun fixed untuk setiap botol. Aku pun faham la kan. Aku biar je dulu..kot le kan dapat miraculously. Who knows..I always believe in power of asking. Then abang tu bagi satu lagi offer, which aku tak ingat, tapi murah lagi 50 gak la. Dia siap cakap, offer tu jangan bagitau orang kampung lain, nanti depa marah apsal abah dapat rega lagi murah. Tapi abah mintak lagi kurang. Mwahahaaha!!~~
So last sekali aku terpaksa menyebelahi agen tu. Citer kat abah yang dia dapat untung pun fixed. Abang tu kena kuar duit sendiri plak kalau bagi offer lebih atau tak amek untung langsung dari jualan pada abah. So akhirnya abah faham. Aku pun siap cakap kat abah beli sikit tu yang 5 percuma 1 tu pn dah jimat and at least leh cuba dulu kesan dia.
Akhirnya abah akur and beli promotion pakej tu. Abang tu pun terangkan cara-cara nak pakai, camne kalau nak campurkan dengan racun sume tu. Surely aku la kena dengar sume untuk terangkan kat abah pulak kan. So transaksi selesai, abang tu beredar dan aku pun citer kat abah camne nak pakai baja tu.
Senyum
Camtu lah. Leh plak anak terpaksa sebelahi penjual kan. Kih Kih.
Comments
^_^
yayayong : dari satu sudut, cam betray your father plak..ahahahaha
.
.
mungkin lg hebat dr hj bakhil
gen tu
:P
.
.
** sambil menepuk2 bahu sendiri ** :p
.
.
aku paham sbb aku pun mengalaminya.. err.. ibu aku klu menawar org...... mak aiihhhh.. kdg2 malu aku... cecepat lari pergi kedai lain...
tapi best... sllu dpt harga lg murah dr org lain :D
sabar ya
** sambil menepuk2 bahu sendiri ** masih bahu sendiri :P
.
.
** sambil menepuk2 bahu sendiri ** :p
.
.
aku paham sbb aku pun mengalaminya.. err.. ibu aku klu menawar org...... mak aiihhhh.. kdg2 malu aku... cecepat lari pergi kedai lain...
tapi best... sllu dpt harga lg murah dr org lain :D
sabar ya
** sambil menepuk2 bahu sendiri ** masih bahu sendiri :P
line mmg kungkang walopon kat kl
er.... itu perangai aku , x perasan genetik ke idak.. sampai adik2 aku lari la time aku tawar menawar.. katanya memalukan...
apa salahnya kan... 'power of asking', untung2 murah rezeki
bahagia aku rasanya
zonaku : ekekekeke...tu le pasal, tak salah pn nk tawar tp aku cam kesian plak kan..kiki