Skip to main content

Syurga itu kan bawah tapak kaki suami~~ Apa yang aku lihat


Terima kasih banyak pada yang sudi memberi pandangan dan respon. Perlu lah aku siarkan entri kesinambungan tentang apa yang aku lihat dari senario yang aku paparkan dari gambar ini sekarang. Sebab esok cuti, tak ramai yang baca pula..tak sampai pulak mesej aku nanti.

Gambar di atas aku ambil ketika aku pulang ke kampung terakhir kali sebelum puasa. Sedang aku tidak berbuat apa, abah mengajak aku keluar menemaninya. Aku ikutkan saja, lagi pula tak bermain petang itu. Warung orang melayu yang memang penuh dengan pengunjung. Satu meja panjang di tengah-tengah ruang yang mengisikan lebih kurang 20 orang yang menghirup minuman sambil menonton gusti yang dipasang oleh tuan rumah.

Di hadapan aku, aku lihat sepasang suami isteri ni. Dengan sang isteri tetap dengan helmet kura-kura yang tak ditanggalkan. Si suami khusyuk menonton gusti sambil menghirup teh panas beliau. Dari situ aku tersenyum dan terpanggil untuk merakam situasi tadi untuk dikongsi. Apa yang aku lihat dari mata aku;


Isteri selalu lupa berkat hidupnya datang dari Si suami. Allah menetapkan hukum syurga isteri di bawah tapak kaki suami pastinya atas satu sebab yang begitu sahih. Dan dari pengalaman hidup aku, aku dapat lihat dengan jelas kesahihan hukum ini. Kadang si isteri bila di ajak minum di warung kopi petang-petang, selalunya pasti akan ditolak mentah-mentah pelawaan itu. Kita bukan bercakap tentang minum petang di Secret Recipe, shopping complex atau Starbuck ye. Yang tu pastinya di iyakan sahaja lebih-lebih lagi isteri zaman sekarang.

Di kampung, warung-warung ni penuh dengan lelaki sahaja teristimewanya pada waktu petang. Mahu kamu kalau diajak oleh si suami untuk ngeteh (minum) di warung macam ni? Mahu? Tapi si isteri yang aku lihat petang itu menurut sahaja. Ada keburukan kah menurut suami minum petang di warung? Ye betol, agak janggal sebab sorang sahaja lelaki. Tapi pegang kata2 aku, kami lelaki di situ rasanya tak terdetik kata-kata seperti;

"hek eleh..ni tempat lelaki lah..apa ke akidahnya dibuat kat sini. Yang suami ni pun agak2 la nak ajak"

Tapi selalunya apa yang kami rasa "wah..bagus la isteri dia ni..manut je (manut = akur) je. Senang sikit. takdela asik kena ngomel gi warung. Tau la dia yang si suami tak ke mana pun"

Yang pompuan pasti akan rasa "ya allah, di bawak bini dia minum sorang2 je pompuan kat situ. Apa punya laki lah. Malu la dia". Biasa la, naluri wanita kot pikir negatip camni..(haip!! jangan marah. Ni berdasarkan pengalaman).

Tapi cuba fikirkan. Memang la agak malu. Tapi malu kan biar bertempat. Suami ada sama, apa salahnya..lain la kena tinggal kat situ sorang-sorang. Dan mengikut apa yang suami mahu kan beroleh pahala? Dari pengalaman aku, aku lihat sendiri si isteri bukan main benci bila diajak. Tapi bila si isteri nak ke kedai AVON, beli gincu baru apa sume baru padahal yang baru dibeli minggu lepas masih ada..beriya-iya si isteri mahu pergi juga walaupun si suami kata "tak payah la". Dan diperkuat plak dengan alasan duit sendiri. Tanpa sedar kan mengingkari suami tu.

Aku pernah lihat dengan mata aku sendiri bagaimana kemahuan yang begitu remeh oleh suami itu dipandang ringan lantas membawa pada pergaduhan atau pertengkaran yang kadang-kadang begitu besar jadinya. Tapi si suami pun perlu cuba memahami kehendak isteri. Namanya pun memberi dan menerima. Cuma yang aku mahu tekan kan di sini...seremeh2 perkara, lebih baik kita ikutkan walaupun kadang ada sedikit berat dan beroleh pahala daripada menolak mentah-mentah dan tidak dapat apa-apa atau kadangkala jatuh hukum ingkar.

Komen tentang berkongsi hobi itu sudah pasti amat bagus. Kita selalu dok ulang, pasangan ni selalunya dijadikan berlawanan. Kalau sama tak bestlah. Tapi aku juga selalu ulang..yang berlawanan tu perangai, jadi sering melengkapi. Tapi hobi, minat kalau sama lagi best jadinya. Jangan terkongkong dengan kata-kata bijak pandai yang disalah tafsir oleh diri sendiri.

Aku selalu berpegang pada prinsip aku. "Kalau kita rasa kita lagi bagus dan waras dari seseorang, kita patut tunjuk yang kita memang lebih baik dari segi perilaku dan pemikiran". Kalau tak, kita sama je dengan mereka.

Buat renungan kita bersama. Ada pandangan, sila lah berkongsi.

Comments

LaiLiE iZaNi said…
makcik ni minat gusti gak kot...hehehe ...=))
Mak Su said…
paksu selalu mahu maksu ikut dia ke mana2, kadang2 malas gaks, hahaha, mula ler cari alasan
HEMY said…
ha haa...mak suuuu

lailie..leh jadi
Unknown said…
seperti mana aku diajak p stadium tgk bola.... heheheheh...



susah nak buat, tp boleh usaha.... ;)
rasanya ikut LaiLiE iZaNi
Pocket said…
err, pocket pula lain akal,
jangan marah bukan menyangkal,
cuma meluahkan rasa kesal,
secawan dah abis,secawan lagi kekal,

segala galanya tengok keadaan..
kalau silelaki nya tu melayan,
si isteri pun bersembang sakan,
Senyum tawa hilai bersama.. OK lah kan.

tp kalau setakat ajak ngeteh,
tapi mata terpaku ke skrin puteh,
sejam berlalu tanpa komunikasi,
menunggu abih sorakan gusti,
baru berpisah ponggong ngan kerusi,

baik tak yah..

kesian kat dia jer yang duk menunggu.
tak bertimbang rasa agak nya suami itu,
Hemy said…
so true pocket...bila isteri dah ikut, laki dia kena la layan...jgn biar termangu je...

at least try sekali..jgn tak try langsung..hehehe

cam kita laki la kena ikut bini termangu je nunggu time diorang beli kasut2 pilih baju2 punya lama..kita tak mintak pn dia layan kita..hahaha

tp sbb laki best..ahahaha
Syah Shah said…
seperti aku selalu diangkut ke kolam mancing... sesekali, malas jugak... dia sorang saja mancing, kita duk terconggok saja macam orang budus... sejam dua ok lagi... ini tiga empat jam... huuu~~ kematu pungkoq cheq... hahahahahah :P :P

aku nak shopping barang personal, aku ajak kakak aku... kalu barang rumah, baru ajak dia.. itupun sehabis boleh aku singkatkan masa supaya dia tak rasa terseksa tunggu lama-lama... sebab aku tau betapa seksanya menunggu berjam-jam tu kalau kita takde minat yang sama...

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga