Sambung keja lagi sejam. Yep, ari ni aku keja sebab ada Disaster Recovery Testing untuk sistem yang aku support ni. They executed during the weekend, so mahu tak mahu kena juga la cek. Team Lead aku datang physically ke opis, so cam ngelat plak aku login dari rumah je. (padahal kat Kemaman tu Celcom Broadband sah-sah takleh install therefore tkleh masuk VPN opis aku).
Makanya, aku nye bas malam tadi. Lepas buka tu, time kuarga in-law aku sekonyong-konyong pergi ke surau, aku ngan wife bertolak ke Kemaman. Wife aku decided anta aku naik bas kat Kemaman jam 12. Ada le kawan dia nak balik. Aku kalau lalu jalan dari K.Terengganu menghala Kemaman ni, for some reason aku rasa begitu tak betah le. Mungkin sebab satu lane kan. Perjalanan 2 jam setengah. Tambah plak malam tadi wife ku bawak. Hajat di hati nak makan rambutan yang Along belikan kat Pasar Payang (mekasih Along. Along masih single. Nak try anta CV kat aku ye). Tapi bila wife ku dekat sejam dok belakang lori tak dapat nak potong. Haisshhh~~~ Aku cuba la ajar cara-cara nak potong, tapi memang lah..kadang certain orang atau terutamanya wanita dia cannot gi bab ni.
"Ok, kalau jalan se lane je camni, kena amek kesempatan kat jalan-jalan yang berkembang ni (merujuk pada jalan yang garis-garis untuk orang masuk simpang)"
"Mana boleh nak potong jalan sini""OK..nak potong, kena ke tengah skit..tengok jauh depan tu. Baru nampak bila moment nak potong"
"Alaaa..ada keta"
"Memang le..time nak potong baru tengok. Orang lain tengok dulu, observe and potong"
"Ok, potong skang (aku dah siap tengok dah keta lalu dari depan jauh sangat lagi)"
"Alaaaa..lori ni laju"
"Lerr...nak potong kena la folow dekat sikit. Ni time ada opportunity baru nak tekan minyak..time tu nak kejar balik lori, nak potong plak lagi..memang idak leeee. Gear nak potong pun gear lima??"
Ahahahaha!!!~~~ Nyai nyai~~ Alih2 terpaksa la weh tukar drive. Tak dapat layan rambutan dalam keta. Haishhh!!. Dah la tak reti, orang ajar melawan, banyak songeh. Ahahahaha!! Cuba ikut je, sami'na wa ato'na orang kata.
Huhu~~~ Windu plak kat bini aku.
Comments
ajar aku plak nanti~
:p
i, kalau bab potong memotong mmg suka..tp safety first..muahaha~
ekkekee..sesekali dia nk bermanja tu bukan melawan :P:P dosa la melawan ckp suami..
tapi aku paling anti lori yang terkedek-kedek, tapi duk tengah-tengah lane atau ke kanan terlebih... hangen woooo~~~