Sejak bulan lepas lagi aku cuba nak siapkan poster kempen ni. tapi tak berkesempatan. Eheehe..Skang dah siap dah. Harapnya cukup memmuahhh la poster ni. Ehehehe. (padahal tak smpi setengah jam pun buat).
Kita sedia maklum yang sekarang kerajaan sudah mula menggunakan pendekatan menyenarai hitamkan pengguna-pengguna jalan raya yang mempunyai rekod saman yang tertunggak..termasuklah saman ekor.
Banyak pandangan terhadap saman ekor. Ada yang kata sepatutnya tak valid lah sebab takde dalam perlembagaan, ada yang kata kalau naik mahkamah pun boleh menang kes lah. Tapi aku sebagai seorang blogger picisan akan memulakan kempen ni atas sebab-sebab aku sendiri kerana terkesan terruk dengan penyenaraian hitam saman ekor ni.
1. Ramai pengguna jalan raya yang tak tahu menahu pun kena saman ekor. Tau-tau bila nak renew sangkut. Bila check ada beberapa saman ekor. Ini tidak adil bagi rakyat. Sekurang-kurangnya kena dapat surat saman (ini untuk situasi yang surat saman tak dapat ye). Bukan semua rakyat IT savvy nak check kat MYEG
2. Tiada Bukti. Ye..sedangkan kes rogol yang sah-sah mangsa rogol cam si perogol, ada bukti..masih boleh lepas kalau lawyer si perogol handal dan bukti tak cukup kukuh. Begitu juga saman ekor. Apakah buktinya yang pengguna tu memandu ketika saman disabitkan pada si pemandu? Kes rogol pun ada rayuan untuk kurangkan hukuman.takkan lah kes kecil speedtrap takleh merayu untuk kurangkan denda.
3. Gambar SpeedTrap tidak pernah didedahkan. Setahu kami, nak tengok gambar speedtrap yang disabitkan pada kami..kena pergi Padang Jawa untuk tengok gambar tersebut. Kena caj RM50 plak tu nak tengok gambar. Bila gambar memang kompem membuktikan si pemandu bawak, RM50 takkan dipulangkan dan saman perlu dijelaskan tanpa diskaun. (Ini apa yang kami dengar kalau fakta ni tak betul..sila bagitahu).
Kami hanya mahu hak kami agar ditunjukkan bukti gambar untuk setiap kesalahan kami.40 sen je print 4R.Saman beratus bukan. Lagipun kalau setiap surat saman dihantar dengan bukti ke rumah, rakyat mungkin lebih puashati dan akur seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia yang mana gambar berwarna sebagai bukti dilampirkan untuk setiap saman (ni based on abang ipar Ousie aku). Siap nampak muka kau dengan kaler lagi.
4. Kawasan speedtrap kadangkala tak relevan?. Adakah setiap kawasan speedtrap relevan? Turun bukit ada? Kami tak pernah tahu dan akur je bila kena speedtrap. Kakak aku kena speedtrap kebanyakannya jalan Klang-Teluk Intan. Area 60km/j, hari weekend. Memang lah ada area kawasan sekolah, tapi kami minta toleransi untuk pengecualian hari weekend mungkin jadi 90km/j ke. Sebab bukan hari sekolah, dan jalan tu 2 lane lurus jauh. Agak tidak masuk akal untuk drive 60 km/j secara tiba-tiba kat jalan 2 lane lurus macam tu.
Kami bukan melawan. Kempen ini juga namanya "Timbangrasa Saman Ekor". Kami bukan minta ia dimansuhkan, tapi kami berharap ada toleransi untuk nilai saman. RM300 yg begitu tinggi untuk rakyat. Ia menyusahkan rakyat. Lebih-lebih lagi dengan penguatkuasaan senarai-hitam dan block untuk renew insurans. Ianya sangat membebankan rakyat. Baru tahun ini penyenaraian hitam ini dibuat, jadi buat lah dulu dengan diskaun.
Tolonglah pihak kerajaan. Kami berhabis bonus kerana saman yang kami tidak tahu relevan atau tidak. Kami terpaksa akur je bila kena saman, tiada bukti malahan.
Tolonglah sebarkan ye rakan-rakan blogger ku. Kalau ada yang sudi share kat FB silakan ye..then bagitau aku. Aku tak tau la kot dh ada kempen ni sebelum ni..tapi ini adalah inisiatif dari aku untuk kes saman ekor ni. Mari semarakkan kempen ini!!! Mana lah tahu dengan kuasa blog dan media elektronik yang semakin hebat kini, sudi lah pihak kerajaan kiranya mengurangkan denda maksima saman ekor yang tidak dilampirkan bukti ini.
Dahla nak raya, gula, minyak, gas naik harga..saman plak lagi..kami terbeban!!~~ Tolong lah Timbangrasa untuk Saman Ekor!!
P/S : Kalau mahu letak banner sidebar yang aku letak kat tepi tu pun boleh...Mungkin kempen ni akan berakhir hingga hujung tahun ini atau selepas raya ni at least.
Comments
agaknye tu yg dorg cas klu nk tgk gmbau kot. x kuaser nak selongkar kotak satu2. hahaha
huhuhuhuhuhuh
mohd shahrul hafizi : skang kata kawan aku inspektor, dh dapat arahan tegas untuk tak bagi diskaun
penyubiru : mmg dalam perdebatan bila masa tv3 timbulkan isu tempoh hari. Gomen tgh berpikir-pikir nk bagi ke tak diskaun..tu yg aku harap aku buat cmni leh le support skit agar dilaksanakan je penjimatan
tp mmg kena bayar penyu..debat tu utk kurangkan denda tu je
masy : nape tak pos je skali ngan surat saman..haaaa
Fiza : support tau..wat entri ek kat blog
sbb tu kempen aku mintak tolerate je..kalau mmg dia scrap pn saman ekor..aku rasa yg sblum ni tetap dikira saman...yg baru je takde
tak dapat mansuh..dapat diskaun jadi la
patutla aku tak kaya2... uwaaaa.. =p
tapi memanglee kan... udahle kena bayar duit loan study, duit rumah, duit kete, duit itu, duit ini... patutla tak kaya-kaya lagi kita nih... hohohohoh :D :D
maksu sokong, tolong timbangrasaler bab saman ekor.... huhuhu