Skip to main content

Bila mak 'ugut' Dato', pasti sesuatu akan selesai

Seharian di tempat cari rezeki hari ini memang sangat tertumpu pada kerja-kerja yang perlu dilunaskan. Menjeling notification dari mukabuku tentang majlis berbuka Memuah yang Montok cadangkan adalah satu-satunya aktiviti pelayaran yang aku dapat buat. 

Keluh dan tarik nafas panjang


Aku pulang ke kampung hari minggu lalu. Mak kedengaran begitu ceria bila bertanya pukul berapa aku bertolak dari KL. Lepas saja Isyak Jumaat malam, aku bertolak pulang ke kampung. Hari puasa di kampung biasa2 saje. Aku bawa pulang album besar yang kubeli untuk client-tidak-bayar2 untuk menghabiskan helaian-helaian yang masih belum selesai aku keluarkan gambar-gambar darinya. Ye..aku sudah keluarkan semua gambar-gambar sang client. Nah, sudah mula terisi dengan gambar-gambar yang dicipta bersama-sama keluarga.

Sedang aku rehat berbaringan, mak menjawab satu panggilan. Seperti membincangkan sesuatu sebelum orang yang di hujung talian itu menyerahkan kepada seseorang yang lain.

"Assalamualaikum Dato'". Demmm!!! Dato'? Getus hati aku

"Ye Dato' pasal bantuan baikpulih rumah tu, orang yang sepatutnya menerima tu dah tertunggu-tunggu, entah bila hendak dibaikpulih rumah yang usang itu. Tertanya-tanya juga bila akan ada yang menilai kot masalah kelayakan yang menjadi punca kelewatan"


"Ye Dato', En. Hasan dengan Cik Siti ibu tunggal tu lah nama yang disenaraikan. Dato' datang la sendiri kemari melihat keadaan rumah. Mereka yang menunggu-nunggu tu sudah berazam, andai yang ditunggu tak juga tiba, sampai masa memangkah, berpaling arah pasti"

Kemudian mak meletakkan gagang telefon.

"Mak aih dik, skang standard dengan Dato' telefon. Siap boleh 'ugut' bagai...dahsyaaattt", aku berseloroh dengan mak yang hanya tersenyum simpul sahaja. Mak di telefon tadi bercakap dengan Dato' Warno Dogol tentang bantuan baikpulih rumah di situ. Walaupun kerajaan pakatan rakyat yang memerintah, Barisan Nasional tempat aku masih aktif menyalurkan bantuan di mana yang perlu.

Hehe

Mungkin mainan politik. Tapi mana yang baik kita pandang dan sangka baik kan lebih mudah dari memikirkan apa yang tersirat. Lagi pula, kepimpinan Barisan Nasional di kampung aku sememangnya memuaskan dari dulu. Aku memangkah atas kepimpinan di tempat yang aku diami..bukan semata-mata parti. 

Comments

Ann said…
kat kg aku pun BN ok..skng dh de skolah rendah n klinik kerjaan, dekat betul ngn umah...

kdg2 org bawahn ni wat keje lagi bagus
Pocket said…
kat kampung pocket pun OK jgak,
lampu jalan kat semua area,
jalan tar kat semua area,
titi untuk menyeberangi terusan wan mat saman kat seluruh kawasan...

...kecuali kat rumah yang memang diketahui dimana letaknya kesetiaan tuan rumah.

jadi magik!!
pernah tengok jalan tar separuh separuh?

tp macam kata HEMY,
meh kita sangka baik... depan umah dia tu tanah nyer lembut sangat kot, so tak leh buat tar :)
so biarlah tanah tu mengeras sikit dulu ^^
tempat aku dah namanya kawasan MB, semua orang pun sokong beliau la kot?

disebabkan aku belum pernah mengundi, before this tak layak lagi, aku err, tak tau nak pangkah apa~

hahaha~
zonaku said…
kat kampun aku semua hancuss...

baik pemerintah sampai JKKK n ahli masjid...

lupa apa itu amanah n tanggungjawab agaknya
Unknown said…
powerlahhh...


aci ugut2 dato' ekkk???



tetiba aku rasa nak berguru plak, sng aku nk mintak tukar nanti... hehehhe
Masy said…
tu dia selamba tora je ugut dato' hahah gud makcik guuuud ;)
Syah Shah said…
kawasan aku dulu BN... lampu jalan? jalan cantek? memang tadak... JKKK lagilaa... hancusss...

sekarang, alhamdulillah... Jalan dah ada lampu... cantek elok berturap...cuma sesetengah kawasan yang masih ada pembinaan ajela tak comel lagi... JKKK pun suma dah tukar orang... Hohohohohoh :D :D

skang atiku puas... Heheheheheh :D :D
nasib baik mak ko ugut je...kalau dia cangkul halaman rumah dato tu apa macam
moment said…
aku dah 27..
tapi aku lum daftar pun..

duk tangguh xsempat2..
KTS said…
aku tak pernah mengundi lagi

.
.


errr.. dah tak daftar, camane nak jd pengundi

hihihi

ok... esok ai daftar laaa... :P
dextrike said…
btoi2, kebaikan yg dberi tu, kita terima je.. sbb duek yg di beri bantuan tu dr duit rakyat jgak kan? hahhaa.. ape2 pon ttp undi dr segi agama + pemerintahan dll.. :D

eh, dyh ngat pic tu kak cembam, upenya mak anda.. cyalah makcik! :D

oit, bile ni berbuka puasa memuahhh!! nak join.. xdpt invite2 pon.. T__T
HEMY said…
Ann..ooo..sama la kita ek

Pocket : kat sini lain plak..ntah camne silap..yg pangkah lawan dapat tar, yang menyokong takde tar masuk umah...dah kecik ati orang tu

Lord Zara : mmg susah nak pangkah zara..kena kalau based on parti..takkan nk pangkah gak kalau calon parti kita tu tak bagus dari syarak

zonaku : penang kan? hmm..masa aku kat penang dulu merantau..mmg aku sokong PAS..huhu

pn confused ; yg tu tak dapek la..hehe..sebab aku pn tak tukar2 lagi

syahshah : ooo..bagus2..kira bagus la tukar pemerintah tempat kau..naisss

brutalsolo : ngahahaha...kita propesyenel..tak main cangkul..main kata2 je..ahahaha

moment : aku tak daftar lagi

KTS : koh ni..jom ke pejabat agama daftar kita punya..errr

dayah : aku dh jemput ko kat FB
Mak Su said…
kat kg maksu pun bn, tapi maksu ni cuma kenal kat atuk jer, ahaks
k.e.r.i. said…
kampung ko ada hilang pasir tak?

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga