Skip to main content

Moga ditempatkan di kalangan orang soleh ye tok~~

Di penghujung nyawa

Minggu lepas aku balik kampung. Lepas abeskan cuti sabtu dan berkerja dari rumah Hari Jumaat..aku balik kampung sejurus anta Cembam naik bas. Adik beradik mak sume balik kampung untuk baca yassin dan solat hajat dan tahajud beramai-ramai bagi kesejahteraan atok kami yang di penghujung usianya.

Smpi umah atok, memang banyak keta...punya ramai sepupu aku..sepupu punya anak lagi..Kira anak buah aku la kan..Memang meriah. Sepupu yang dulunya aku dan adik berebut nak dukung dah sama tinggi ngan aku. Sampai tu anak2 hero pakcik aku seraya sepupu-sepupu aku yang dok kat Pahang tu tengah kejar ayam atok. Aku pun join sekali..saja nak cek..dulu aku takut ayam..tapi dah berani sebab keje tempat sembelih ayam. So nak test la berani lagi tak. Ayam tu kena kepung 5 orang..buntu..dia gi terjun kolam kering..mudah le keje kami tangkap.

Seronok jumpa ramai2. Raya pun kadang tak dapat nak jumpa semua. Malam tu maghrib jemaah..usai je..pakcik dan makcik aku sorang-sorang mintak maaf kat atok yang aku angkat dan bawa naik umah. Masa aku angkat tu alahai..takut betul aku dia sakit. Kurus sangat dah. Aku urut-urut kaki atok rasa tulang keting je. Tiap sorang anak atok mintak maaf kat atok. Cakap tepi telinga atok..Sedey aku..bergelinang gak air mata.

Teringat memori-memori masa sihatnya atok. Layan aku, cucu sulung dia. Memang sedey la..Tiba-tiba bahu aku ditepuk. "Nangis ke?". Makcik aku tegur..aku senyum je.

Akhir sekali diorang sepakat nak bawak atok ke Pahang, umah makcik aku untuk dijaga lepas cadangan pertama untuk setiap anak jaga seploh hari sorang bergilir dirasakan tidak sesuai. Mak paling sedih. Mak susah payah juga ulang alik Kota Setia-Sabak untuk tengokkan atok. Atas sebab tertentu, mak sukar nak jaga atok kat umah kami. Sedih sangat mak..rasa bersalah mak,

Mbah lanang

Masa atok dah dimasukkan dalam Alza pakcik aku untuk perjalanan 6 jam..baru rasa sayu sedih sangat-sangat tu menjengah perasaan aku. Aku nak bisik cakap "minta maaf ye tok", pun susah sangat. Rasa nak meletup dada aku. Aku nangis comel je la melihat Alza tu berlalu pergi.

Semoga aku sempat lagi tengok Atok sebelum nafas terakhirnya. Nenek pun ikut sekali ke Pahang untuk bersama atok smpi akhir hayat.


Sebelum berangkat. Kebetulan adik pada atok datang ziarah..yang baju ungu tu. Adik beradik atok tinggal mereka berdua je la yang masih belum dijemput pergi

Comments

Mak Su said…
sedih pulak maksu dibuatnya.... jgn sedih2 ek... pjg umur berjumpa lagi
~mrs azmi~ said…
sayu..... ku dah tak punya atok dan nenek.... bila atok sedara 'pergi' pun dah rasa sayu inikan pulak seorang yang pernah rapat...

moga urusan atok dipermudahkan.. InsyaAllah
Insy'allah....yg penting Atuk dijaga dgn baik oleh anak2 beliau.

Ala...masa atuk aku sakit pun susah nak ckp mintak maaf rasa mcm malu je tp nangis xmalu pulak masa tu huhuhuh
Syah Shah said…
owh serius sedih ok... mengingatkan aku kat arwah nenek aku... I missed her so much...

kali akhir aku jumpa pada hari Ahad sebelum bergegas pulang ke Selangor balik sebab soknye keje, aku bisik kat telinga dia, "Nek, tunggu Una datang lagi hujung minggu depan ye..."

Unfortunately... Rabu tu she passed away... Setahun ok, asal cerita pasal dia, aku menanges... Gila sedih sebab aku sangat rapat dengan arwah dari kecik... Terkilan okeh sebab tak dapat jumpa one more time sebelum dia pergi...
Masy said…
moga2 sempat la ko jumpe, insyaallah.

tp perlu ke nk sebut nanges comel tu?? :p
HEMY said…
terkilan juge ye syahshhah..

ok la masy...aku tak sebut pasni..sbb mmg benda nyata kan..
Jard The Great said…
.... wasn't there for my grandparents when they passed away =(
Ann said…
sedihnyaa.........


alfatihah, smg arwah tok ko dtempatkan bsama mereka yg briman..amin
HEMY said…
tak meninggal lagi atok aku Ann~~~ Hehehe
zonaku said…
berbakti selama mana dia bersama kita......

ko rajin2 la trn pahang g kat dia...


teringat arwah ayah!

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga