Skip to main content

Jue dan Ayu anak ikan aku~~~ Benar belakeeee

Heee..kalau kamu masih ingat percubaan membela ikan-ikan kecil atas meja tempat aku carik makan yang kononnya sebagai terapi mata lepas berjam-jam memandang skrin komputer hinggakan tidak sedar sepanjang-panjang jam tu, kelipan mata aku kurang dari biasa menyebabkan benda-benda nun jauh berkaki-kaki tu sudah mula pudar di pandangan.

Well, aku dh lepaskan ikan-ikan tu lepas SyahShah komen "kalau taknak bagi oksigen, baik tkyah bela..menyeksa je". So aku pun lepaskan sume. Seraya mencari-cari ikan yang tak perlukan sume tu. And minggu lepas mak aku jalan-jalan pasar ternampak orang jual ikan laga terus call aku kata teringat aku nak bela.hehehe..sayang mak aku..

 Yep, ni le dua ekor ikan laga aku yang warna warni, macho, anggun dan berkarisma. Aku tak bagi nama lagi 2 ekor ikan ni..jap aku pikir..Errr..Ok!! Kenalkan yang kat atas tu,  Jue nama dia. Yang lagi sekor tu Ayu. Bersempena nama EX-gelprens aku. Seminggu dah aku bela depa. Anak ikan aku la kiranya mereka ni.

Tiap kali sebelum tinggalkan opis, aku log-off laptop, amek 2 bekas yang mengisi Jue dan Ayu untuk digantikan air nya kat pantri. Aku tinggalkan 1/5 air dan tambah ngan air paip baru. Then masukkan sikit makanan yang aku rasa cukup untuk supper dan sahur diorang berdua. Haa..tu le rutinnya. Tiap Jumaat bawak balik umah la. Tapi..kalau nak lawat ganu naik bas..tengah pikir camne lak plannye.



Balik tadi aku saja nak tengok apa jadi kalau dua2 ni letak dalam satu tempat. Yelah..memang nama pn ikan laga. Memang bila didekatkan bekas diorang ni masing2 kembang ekor apa yang boleh kembang..cantik sangat mereka berdua. Haaaa...tapi bagi aku, memang salah satu habit dan naluri diorang berlaga kan..macam Jue Aziz yang memang suke lepak2 hangout dan clubbing kan. So, apa salahnya biar diorang berlaga kejap. Satu pusingan je pun..kang aku bunyikan loceng..leraikan la.

So, aku pun masukkan kejap kasi naluri laga tu meresap balik dalam diorang. tp tak gaduh pun ibarat ayam sabung. Cuma si Jue tu je dok mengekori Ayu sambil ngembang-ngembang. Tapi tak pula digeget ke sepak ke apa..Kira ok la tuh. Ke memang itu 'laga' nye pun? Ntah le..cam ngorat pun ada..kalau betul ngorat..aku leh rakam wat tajuk video panas Jue dan Ayu..mwahahaha.

Dah kasi puas berdua..aku asingkan balik. hehehehe..Syok tengok telatah diorang ni. Ibarat 'hajat di hati ingin memeluk Jue atau Ayu, apakan daya tangan tak sampai'.

Comments

Ann said…
masa aku budak2 dulu...slalu cari ikan laga ni dalam parit tepi jalan...

susah betul nk dpt...slalunye dpt ikan yang warna kelabu je..

kalo dpt ikan laga yg cntik ni, mcm dpt benda bharga je
zella y said…
hehehhe...
dulu kecik2 kat kmpg aku byk ikan laga tp skrg dh xde dah... ;(
Jard The Great said…
grunge la ikan kamu.. ehehe
zonaku said…
ko tgk la lps ni ada anak ikan dlm tu......


sepasang ni!

*ala2 nujum pak belalang punya tekaan*
Syah Shah said…
hahahah tak memasal nama aku jugak kena petik... kih kih kih kih :P :P


memori dan psang betul laa ikan laga nih... dedulu kekecik asek meranduk parit carik ikan... ikan laga simpan, sepat sama puyu suma kasi bakaaaaaaaarrrrrrrrrrr makan ngan nasik ngan kicap... nyam nyam nyam... kih kih kih kih :P :P
Unknown said…
waaaahhhhhhhhhhhhhhhhh
Masy said…
siot je namakan ikan dgn nama2 ex gf. demmm hahaha

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga