Skip to main content

Snorkeling kat Redang memang bestttt~~~~~ Tak puasss!!

-Beza rega pakej pergi sendiri dengan agen adalah RM25. Ni beza nyata = untung agen. Agen tak bagitau dengan jelas tentang pakej snorkeling. Memang diorg ada org sendiri yg amek kami untuk sesi snorkeling..tapi life jacket dan goggle hanya time snorkeling tu. Jadi masa leisure yg lain kena juga la sewa. So kami sewa satu set utk training Cembam sementara tggu agen yang tak kunjung tiba masa tu. Dah mmg terpikir akan ikut sessi resort sediakan petang terakhir kat sana

Ni bot dia kalau sesi snorkeling yand resort ni sediakan. Macam kapal pendatang asing dah. Haaa..depan resort aku ni pun dh ada kawasan snorkeling.

-Pergi bulan madu mmg kalau boleh nak bini kita pn enjoy snorkeling. Nak tak nak kena sabar dan bagi confidence pada bini kita ye. Besa la pompuan mudah takut. Tp Alhamdulillah berbaloi sewa set snorkeling. Lepas stgh jam Cembam dpt rilek dan biasakan diri guna tiub mulut tu. Then tambah RM20 utk apgred goggle yg ada power skit untuk kasi lagi jelas pengalaman snorkeling si Cembam.

Muka Cembam penyek je pakai goggle..Ahahahaha!!! Cembam si duyungsnorkel!!

tapi kalau orang memang kacak pakai...pakai goggle pn rupa superhero...aku bukan melebih-lebih..aku tau korang pun setuju..ahahaha!!!

-Pukul 1 ptg wakil agen datang dengn bot. Air yg disediakan utk isi tekak kering berendam tertinggal. Haramm~~ Kami diturunkan kat Marine Park sbg destinasi pertama. Snorkel area yg cetek paras pinggang pun boleh nampak ikan. Baguslah..mudah untuk Cembam. SubhanAllah cantekkkkkk sangat ikan2 yang berenang. Kami dok polo mana yg bawak roti..ahahaha. Yang belang, huduh dan yg plg cantik warna eskem paddlepop pelangi tu. Memang lawa. Bila Cembam rehat kat tepi, aku terus ke tengah skit. Perghhhh..lawa amat Coral kat situ. Tp sayang takleh nak amek gambar..aku rasa macam kat dunia lain. Warna warni..macam cendawan ada..mcm2 bentuk. Kalau la aku terrer berenang...lama dh aku buka life jacket aku n pergi dive...memang sangat memukau.

-Kemudian abang bot bawa ke 2 lagi tempat snorkeling. Satu tepi pulau n satu lagi agak ketengah laut. Pergh..macam ada dlam zaman jurasic. Aku berenang2 dengan yakin dek bantuan life jacket aku. tau2 aku dah hanyut jauh dari bot. Terus berenang balik. Masa tu mmg rasa berbaloi la. Walaupun satu sessi je aku snorkel, tapi cover 3 tempat yang org lain cover utk 3 sessi. Penat dan lenguh badan dh smpi chalet baru rasa. On the way balik resort ombak besar. Bot laju abang tu dibawa dengan laju juga..Diorg sume laki kecuali bini aku..memang layan thrill la. Melambung2 kami. Sakit bontot. Aku dok yiehaaaa~~~!! Bini aku lak dok...huwaaaa!!!~~~ Habis turun bot ayat Cembam "taknak dah pergi pulau...menakutkan. Honeymoon yang menakutkan...". Ahahaha..overexaggerate tol bini aku.

IMG_0868

IMG_0919

IMG_0921


Memang best weh snorkeling kat Redang. Abah yang snorkeling kat Pulau Pangkor sebelum ni tak dapat nampak ikan pun.Air keruh dek ombak kuat. Balik umah aku saja bgtu dia betapa bestnya snorkeling kat Redang nampak ikan macam2..ahahaha. Sebelum ni kan dia suh aku amek dia nak ikut sama..kekekeke.

Pergi la weh..sebelum mahal dan lagi dilimitkan pengunjung...kang macam haji plak ada kuota.

Comments

adie said…
seme cerita dalam ni membuatkan ku teruja kecuali gambar ko perasan ensem tu.haha
Erina Asmawani said…
bende first yg buat aku aku tertarik singgah blog ko secara jujurnya..sebab gammbar2 ko snap cantikkkkk!! SERIUS! wuhuuu..dengan tengok gambar ko je dah ley menceritakan betapa bestnye keadaan tu. Dan entry kali li..ko berjaya buat aku terasa macam nak pergi hunnymun kat sini jugak.Wahaha. harap2 time aku lom naik harga lagi ;p

P/s: Aku auto agree ngan penyu..semua pic buat aku teruja kecuali pic ko perasan ala2 batman tu. hahaha ;p
@xiM said…
pergi snorkeling di Redang Ogos tahun lepas!memang best!kat marine park tu lagi lah best!
zonaku said…
huhuuuuu.......
mmg la sangat best n cantik!!!!!!


tp aku x mandi laut or kena air laut...... kalau g, alamat tengok dr dlm bot jer laaaa......
Masy said…
mmg best giler!! last time aku gi, cuma aku je yg bertenaga sampai ke sudah layan snorkeling. ngahahahah yg lain, ari 2nd sume org x larat nk pegi. hehehehehehe

ikutkan mmg la x larat, tp rugi klu x pegi snorkeling kat situ kan. aku yg x reti berenang pon bole tetibe berenang (dgn life jacket laa hahaha)

harap2 bole gi lg nanti :)gambar lg pls!
tOm said…
nanti aku da kawen boleh la gi honeymoon kt cnie jugak..
aku xbley blah dengan komen penyu.hahaha.tp aku dah bermimpi2 nk pi sini lama dah.mabul dh redah.pasni yg ni plak tp xtau bila.hehe
zella y said…
perrrghhh...teruja tgk gambar cantik2....

miahahahah...gambar perasan hensem keluar sudah heheheh
~mrs azmi~ said…
pasni ko akan jadi addicted nak g snorkeling!! pastu mulala tiap2 kali bercuti carik pulau2 lain yang lagi superb n marvellous! hihi
Hemy said…
mekasih Erina yee...kalau aku tak beli kamera baru mesti ko jarang ke sini...ahaha

@xim..marine park tgok ikan best..tp coral dia yg tepi pulau tu lagi hebatsss

tom, bole je...tkyah cari luar negara..sini pn worth it dah

masy, ko mmg takleh terapung tanpa jaket eh?? musykil aku.waahahahaha

selamah kundang, mabul plak best tak?? aku nk try sipadan plak pasni
Syahira Mansor said…
snorkeling sahaja berapa rm? sy ingat nak backpacking gi redang la pasni.... nak usha2 bajet dulu

mahal tak?
kyra de lola said…
meh i nk promote skit..
sapa yg nk pegi redang ireland lepas ni??
blh usha bawah ni..

package 3hr 2mlm.

quad sharing- rm280/pax

snorkeling equipment-rm20 for 3days 2 nights.

marine park ticket-rm5.

snorkeling trip to marine park, long beach & pasir akar.

interested? leh bgtao.
haha.
i bukan agen. just promote my mom's friend chalet.
aya said…
teringin nk snorkeling tp xsmpai2 lg hajat nie. adoii.jeles
Yunus Badawi said…
bestnya. Tapi emak adam tak suka nak pergi snorkling bawa anak kecil. Takut lemas budak2 tu katanya huhuhu
HEMY said…
Syira, Kyra dh jawab kat komen dia. Tu la rate dia utk bukan peak season. Maksudnya bukan public holiday atau cuti sekolah..kalau cuti sekolah 325, 3 hari 2 mlm..snorkeling set 20 je spnjg kat situ..so 345 sorang..ok kan..makan sume tanggung

Ayaa, akan tiba masanya..hehe

YB, aku tgok ramai gak budak kecik snorkeling time aku gi tu..heehehe
Kniedaz said…
wah..bestnya..adik ipar akak pun honeymoon kat Redang awal bulan 6..seronok tak terkira diorang kata..tu yang buat akak pun nak g..tp akak ni jenis ble geng ngan Cembam la..takut....huhu
HEMY said…
bley je training dulu kniedaz.hehe
donnyien said…
Salam ziarah,
Selamat bercuti ya..best la lain kali aku nak kesana la..

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga