Skip to main content

Leraikan biji..masuk mulut banyak2..pergh..syurgaaaa~~~

"Nah, pakai baju yang ni", mak hulurkan aku baju lusuh lengan panjang garis2 ala-ala Elvis.

Aku sarungkan baju tadi, pakai stokin, kasut bola kawan bagi suatu masa dulu sambil capai baldi/timba. Yeah. Aku dah ready untuk masuk kebun koko. Mak dengan parang dia. Kakak dan adik aku juga ikut. Kebun kami belakang umah je.

"Am, jaga adik ye...", mak bagi pesan pada adik laki aku. Abah memang dah sedia kat bawah rumah tu.


Kami pun masuk kebun dengan harapan malam ni dapat makan ayam. Pokok pertama saja dah nampak sebiji koko yang kuning berkilau. "Wahhhh...besarnyaaa!!!". Mak terus pakok je tangkai dia. Belah tengah dan kopak jadi dua bahagian. Maka terkuar la isi putih gebu mulus mengalahkan jari Jard. Perghhh...memang best.



Haaa..tu dia..putih gebu. Korang masuk je mulut..Fuhh..sensasi dia memang bestttt...Dulu pakcik aku selalu datang dari Ipoh semata2 nak rasa koko ni.

Aku terus relaikan biji-biji koko dari 'hati' dia masuk dalam baldi. Tapi tak sume, yang dalam genggaman aku masukkan mulut sepenuh-penuhnya. Aku hisap dan rasa diaaa...perghhh..syurgaaaa~~~ Hahahaha..Manis lemak berkrim. Kemudian, adik aku pun buat sama.

"Ko jangan la amik banyak sangat. Nanti kurang la berat dia!!"
"Alaaa..ko ambik banyak boleh"

Pergaduhan yang biasa terjadi dalam kebun. Dari satu pokok ke satu pokok, satu biji ke satu biji. Kami leraikan biji2 koko tadi dan penuhkan baldi kami. Mana yang mulus tu aku letak kat tepi2 skit. Senang. Kot pokok seterusnya buah dia tak best. Aku bedal yang aku dah ketepikan tadi. Ekekekeke.

Memang best layan biji koko beb. Rugi pada sapa yang tak pernah rasa. Kalau korang nak rasa, jom kita wat rombongan dan konvoi ke umah Pn Confused. Dia kata umah dia tepi kebun koko. Jom!!! Koko ni kalau abah rajin, dia akan jemur dekat laman rumah. Then satu kerja la plak. Aku tido bawah umah sambil menghalau ayam-ayam yang datang mematuk, memakan dan menyelerakkan biji-biji koko yang dijemur tadi. Jadi guard le daku. 

Biji koko yang dijemur lagi mahal bila dijual. Kalau yang tak dijemur pun buleh jual terus gak. Tapi akhirnya pokok-pokok koko kebun aku ditebang semua. Masa tu masalah penyakit koko. Bila ko belah tengah, biji koko tu keras. Nak leraikan memang azab. Pecah2 kuku kitorang. Lama kelamaan ramai penduduk kampung aku tebang dan tanam sawit. 

Tapi kenangan tu tetap tersimpan dalam kotak memori aku...

Comments

Umah tokki aku pun ada pokok koko. Tapi aku tak pernah plak rasa. Prefer jambu madu, duku, rambutan dan manggis. Hehehe.
zella y said…
kebun atok aku pon ade koko...
mula2 tu aku igt sdap aku amik byk2 aku kupas byk2 pastu makan dua tiga ketul,rs xsedap plak heheheh
lupe la macma mane rase buah koko nih..dulu zaman kecit2..tahun 90-an..selalu makan buah ni...kat umah nenek tu banyak je...tapi sekrang dah tak ade lagi sebab nenek dah xde..so xde sape yang nak jaga kebun tu..syang je..tapi pape pon yang indah tetap hidup dalam kenangan
Kniedaz said…
betul...dulu sebelah rumah ada banyak pokok koko..merasa jugak makan koko..lepas tu diorg tanam pokok kelapa sawit..skang dah jadi umah orang..kenangan tu ngan koko
Mak Su said…
bestnyer, bab ni maksu kalah. maksu cuma kenal cekelat jer, ferero roche ;)
Erina Asmawani said…
cam sedap je..terbayang2 aku rasa cadbury nih..rasa dia camtu ke bro? perghh..buh atas abc ni pun bagus gak ni kan..barulah abc koko ;)
HEMY said…
Shahrul, of coz buah2 lain ko sebut tu lagi best..tp ko patut rasa. leh aku gi kampung ko??

zella y : mungkin yg memang tak sedap...ada yg tak best tauuu

aidacomei : tu bukan takde..tp dh lama tak gi..so still leh gi kalau teringin

kniedaz : kenangan yg budak skang tak dapat rasa

erina : huhu..tp tak sume manis..ada yg tak berapa best..bergantung gakla
en_me said…
bestnyerrr.. ehehe
Unknown said…
tepi umah nenek aku laaaaaaaaaaaa weiii...



hahahahaha....


ko bikin aku terliur dowhhhh!!!
Ann said…
tak nah rasa buah koko ni lg, minuman koko pernah lah...

erm sedihnyer pokok2 tu dh kene tebang....kenangan tu
HEMY said…
pn confused, tak kira la..kami nk terjah gak

Ann, nk wat cmne..kena penyakit...ilang dh nikmat koko
cemana nk jadi koko yg minuman?jemur dulu ka?
Chenta said…
a'ahh...
teringatlah dulu kecik2 saya selalu main belakang umah ada 3-4 pokok koko .
wHoSeNa said…
ak pnah rs...
jus koko...sblm dier jemur tuh...mmg sdg..tde warna coklat lgsg...;)))
Syah Shah said…
aku merasa makan isi koko ni pun pasal pegi umah sedara kat Pahang... Kat area umah aku pokok getah dengan nenas jaa... kampung belah mak aku kat tengah bandar, belah abah aku plak cuma ada sawah padi, sebbekkkkk ada sedara kat felda... dapatla merasa... kalu dakkk... memang menganga ajelaa baca cite ko nih... hahahahahah :P :P :P
HEMY said…
haah..depa jemur dulu sblum proses

dulu mungkin sume umah ada

whosena..ada ke jus dia sblum keringkan..biar betull..ahahaha
Boleh je bro. Kampung aku kat tepi Sungai Pahang. tapi malangnya aku xreti berenang, so kalau kebetulan musim air rendah, baru mandi. Hahaha.

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga