Teringat hari pertama aku masuk sekolah. Aku tak bersekolah tadika. Tak mampu. Lagipun mak aku adalah cikgu terbaik aku yang ajar aku membaca, mengira dan menghafal sifir. Masa nak masuk darjah satu, mak terlambat daftar. Kecoh juga la nak kasi aku masuk gak Sek Keb Doktor Abdul Latiff tu. Tapi alhamdulillah dapat gak masuk.
Aku girang dengan baju baru aku, suar baru, kasut baru, beg baru dan alam baru. Masa jejak kaki kat sekolah ada la nampak kawan2 tadika aku. Ada gak la kawan. Dulu tadika tu depan umah aku je. So kadang mak letak aku kat tadika tu bila diorang gi kuar pasar beli sayur. Rasa gak la masuk tadika sekejap, jumpa kawan2. Masa tu sume kagum aku pandai baca. Hahaha..
Aku dapat kelas 1 Maju. Rasanya dulu ikut bulan lahir. So aku bulan 3 dapat la kelas first. Nama cikgu kelas aku, Cikgu Rokayah. Aku dengan bekas air aku berisi air milo pun duduk kat tempat yang cikgu tu suh duduk. Aku letak bekas air atas meja. Entah camne aku minum, tak kemas tutup tu..jatuh pulak. Splassshhhh!! Abes basah meja2 tu kena air milo aku. Cepat2 pakcik sorang tu tolong aku lap. Aku pun tak pasti masa tu mak ayah aku gi mana. Dah balik kot. Ahahaha..ke gi minum. Tak ingat la. Sebab aku dok bilik muka-muka asing sorang2 kat bilik darjah aku dan dunia baru aku.
Depan aku masa tu ada 2 orang budak pompuan. Aku ingat lagi korang sapa nama. Islahiah dan Saridah. Budak berdua ni kan, asik2 tgok bawah meja, pastu senyum2. Berpandangan sesama diorang, senyum2..tengok aku, senyum2 then pandang bawah meja. Ada gak aku tgok ada apa bawah meja. Tapi takde pe pun. Biarlah diorang nak usha aku kan..
Sekali bila balik umah tu, mak aku marah aku gila2.
"Abang!! Apasal kotor sangat kasut ni?? Ko jalan pergi mana?"
"Mana ada pergi mana2. Dok dalam bilik darjah je"
"Dah tu kotor sangat ni kenapa"
Aku tengok kasut aku..baru perasan bertanah2 gile kasut aku. Masa tu baru aku ingat budak 2 ekor tu. Patut la senyum2..diorg la ni dok salat tapak diorang atas kasut aku smpi kotor camtu. Caissshhhhh..Tp wa masa tu cam skang gak...comel je..mana ada dendam2..Eh, tapi skang pendendam..jaga la sapa calarkan lagi side mirror aku tu..aku guna ilmu jawa aku kasi ko berak darah.
Apapun..selamat hari guru untuk Cembam. Cikgu Rokayah yg juga datang kenduri kawin aku. Cikgu Masidah, Ruhaidah, Roslinawati, Dewi, Maslina, Sarimah, Wreyana, Hayati, Anuar, Mastor dan lain2 lagi. Teruskan mendidik anak bangsa walaupun budak skang bangsat juga perangainya berbanding kami dulu.
Tak lupa juga selamat hari guru pada mak aku. Mak adalah guru pertama dan terbaik buat saya. Saya khatam qur'an darjah satu pn sebab mak ajar. Hafal sifir smpi sifir 12 darjah 2 pun sebab mak. Mak adalah guru terbaik, Mekasih sume guru2....
p/s : aku pun penah jadi cikgu dan dapat wish hari guru berserta adiah2 dari anak murid aku
Comments
slmt hari guru gak utk sume geguru sekelian :)
zella y : garang dulu buat kita jadi insan berguna
wanie : ahahaha..ko mmg nakal..tu kena cubit
papabear : fuh..dasyat ko papabear...kena rotan hari pertama
selamat hari guru, selamat hari ibu
selamat hari yang baik2 buat semua :)
mak aku sibuk jaga adik2..
ini bkn cerita sedih..