Dalam sesak benak kepala2 itam yg banyak, si dia cuba untuk duduk

>> Sunday, May 2, 2010

Nyai ku Cembam sedang berada di dalam bas dalam perjalanan ke Kuantan. Pukul 2.30 tadi aku berpisah semula dengan wife aku untuk emmm..2 minggu mungkin. Aku baru je sampai rumah, masukkan semua barang,ON laptop pinjam dan lepak online sambil berbaring. Harapnya sempat publish la entri ni sebelum indicator battery tu berkelip menandakan masuk waktu imsak ia akan pitam bila-bila masa.

Kami bertolak dari kampung dalam pukul 8 pagi dan terus beli tiket di Hentian Pekeliling. Dapat tiket, kami lepak2 SOGO dan Pertama Complex. Parking untuk beli tiket yang sekejap tu je pun kena 4 hengget. Park pulak kat Maju Junction. Tak silap aku last aku park, fix rate 4 hengget. Sekali 6 hengget setengah..dem!!

Lepak beli-belah jendela kat kedai Fotokem. Huhu..sedih beb berjalan masuk ke dalam kedai kamera tu. Saja recce harga utk tau berapa banyak aku kena habiskan kalau aku nk bermula semula bertatih untuk dapatkan semua 'passion' aku ni. Hmmm..dalam 7K gak. Sambil pandag wife ku dengan penuh makna dan sugul, kami pun melangkah keluar dari kedai tadi.

 
Fuh...terngiang lagi kat kamera ku. tak sempat nak amek gambar kat white studio camni...ilang dah kamera.

Melepak di Sogo hanya lah untuk mereka yang mahu membeli pakaian. Itu lah definisi lepak Sogo bagi aku. Wife aku carik2 baju t-shirt yg SALE kot2 berkenan. Besa lah kan..bila laki atau pompuan berada di ruangan jantina berlawanan dan tidak ada barang spesifik untuk dibeli, maka boringlah mereka ye..Sambil wife aku carik2 baju tu aku try usha tempat yang aku leh melabuhkan punggung. Tapi takde. Sume tempat strategik diorang letak patung yang duduk. Dem..nak je aku duduk kat pangkuan patung tu.

Akhirnya wife aku dapat satu baju t-shirt warna hijau lengan panjang berbelang-belang berharga 19 hengget 5 kupang. Sebelum ada yg tanya..aku bagitau awal2 ye. Wife ku bayar sendiri baju itu. Kewangan aku cukup-cukup napas. Alhamdulillah dikurniakan wife yang memahami (rasa nyesal lak usha awek 2-3 orang yang membeli belah di situ..)

3 comments:

penahatiku83 May 2, 2010 at 6:27 PM  

salam ziarah....

hehee... very da unserstanding wife, ehhee... nyesal ek! hehee... sila nyesal k... next time klu nak duduk, g kat level mana eh kt sogo yg ada kerusi urut tu eh... lupa da... g SOGO pon 2 3 kali jer kot... =)

HEMY May 2, 2010 at 7:21 PM  

kih kih...mmg la kompem ada org laki lain yg dok sambil tggu bini dia..ahahaaha

zahidah dihaz May 6, 2010 at 11:23 AM  

bagusnya masih tunggu wife pergi shopping...kalau my daddy bagi masa je 5minit untuk cari barang...dia duk kat kerata...tak pun jalan2 cari barang sendiri....mana sempat nak pilih2 dalam masa 5 minit tu =P

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP