Hati gusar malam itu. Pendingin hawa adik rupanya tertutup secara automatik selepas 2 jam. Aku yang berbaring di atas toto terus berpindah dengan hanya beralas lantai sejuk untuk buat rasa panas bahang malam itu sedikit lega. Aku lihat kipas hanya satu terpasang dan ke arah adik ku dan suami. Huhuhu..
Malam itu juga pelbagai2 perkara bermain di benak aku. Sudah sedia kah aku untuk menerima bini baru. Cukup ke duit nak tanggung dua2. Berapa sangat increment dan bonus yang bakal aku rasa hujung bulan Jun ni? Sume ni buat aku gelisah dan tak mampu untuk tidur lena.
Nyai ku Cembam smpi dalam pukul 7.30 malam khamis itu. Ambek je Cembam terus ke e-Curve. Tersalah parking kat the Curve, mujur Jard bagitau tempat tu rupanya nyata berbeza. Tak sempat nk kenalkan kat Jard secara formal pada Cembam sebab aku bajet pas beratur dan dapat tiket nk kenalkan, sekali Jard sudah lesap. Tapi time berbaris aku dh bagitau Cembam;
"tu la Jard yang sedang belajar bercinta"
Keesokan pagi, Jumaat..aku terus keluar dari rumah adik sebaik sahaja famili aku sampai. Mereka datang Shah Alam sebab adik aku konvokesyen. Abah tanya pergi mana, aku cakap ada urusan dan sambil ambil adik aku lagi sorang. Aku bawak sorang si Fiqah. Smpai kat Ampang Park, tempat yang dituju nyata berbeza hantaran yang diminta. Tempat asal, tiada pula 'cinta'.
Jadi aku ambil keputusan ke Pertama. Adik aku smpi Ampang Park, terus aku ke Pertama. Deal apa sume, akhirnya dapat la aku bini baru. Hehehehehe~~~~
Gambar pertama sekali aku amek lepas sumenya selesai. Mekasih ye Cembam dan dua saksi ku ini
Berulang kali aku ucapkan pada Cembam betapa aku berterima kasih kerna bagi kebenaran untuk berbini baru. Aku sudah jelaskan kemungkinan yang bakal dihadapi di masa akan datang, tapi nyata Cembam sudah bersedia dan begitu supportive dengan keputusan aku. Bila last sebelum blah, 'tok kadi' bagitau aku nilai 'hantaran' depan aku dan Cembam, terus aku berlawak;
"Aiyaaa....apasal lu bagitau rega depan saya punya bini. Kan saya sudah kata tadi, harga jangan bagitau dia maaaa~~~"
"Aiyak aiyak..sowi-sowi..U buat-buat macam tak dengar haaa", sambil menyorokkan resit dari bini ku.
Mekasih Cembam!!~~~ Love you
Comments
lalala
hahahahah/....
msti terer kan ngn photography...bg la tips ckit..hehe
korang memang memuahhh
jadi photographer wedding ke nanti?