Skip to main content

Arjuna!!!! Perghhh~~~ baca la sendiri



Gambar aku cilok dr FB Arjuna. 

Adipura terpaksa menyuruh adik iparnya, Cintasari untuk membawa pergi putera dan puteri nya jauh dari capaian musuh2 beliau Setiap seorang dari mereka diwariskan sebiji permata wilis, kunci kekuasaan pedang wilis nya. Baru sahaja kolek yang membawa putera puteri mereka berlayar, 4 hulubalang Adipura melaporkan yang musuh mereka sudah mengesan mereka dan sudah berada berhampiran.

Adipura meminta isterinya Rupasari untuk berehat dan beliau pun pergi bersemuka dengan 2 orang suruhan Grakus yang handal. Adipura bertempik "Hari ni kamu semua akan menemui ajal kalian!!!!!. Serang mereka!!!!!!"


4 orang hulubalang Adipura yg kebingungan pun bertindak dengan teragak-agak.

"Weh, kata dia nak tamatkan riwayat diorang, apasal kita plak yang serang? Dia bukan tak tau kita bukan leh menang pun beb. Ni menempah ajal namanya", kata hulubalang Adipura kepada yg lain sambil berlari meluru ke arah Lang Kajai dan Nading.

"Nak buat camne beb..serang sajalah..kita ditakdirkan mati sia-sia dalam episod pertama. Seranggg!!!!"

Dengan mudah 4 org hulubalang tadi kena bunuh. "Ini saja ke ko hantar Adipura?", kata Lang Kajai. Kemudian Adipura pun bertempur hebat dengan 2 orang suruhan Grakus. Rupanya memang betul kata Grakus, dia anta macai 2 orang tu pun dah cukup. Adipura tak sehandal mana..demmm!!!

Sedang bertarung dan dalam keadaan yang bahaya, satu anak panah menusuk bahu Lang Kajai. Ghupenya bini Adipura datang membantu dengan panahannya.

"Lari Rupasari..lari!!!!!"
"Tidak Adipura. Dinda sudah berjanji sehidup semati dengan kanda!!"
"Lari la Rupasari..lari!!!!"

Nading secara ajaibnya tak menyerang dari belakang Adipura yang menyuruh Rupasari larikan diri. Baik gak Nading ni rupanya. Tak serang curi. Lang Kajai menggunakan kuasa larian angin, tau-tau dah depan Rupasari. Dibunuhnya Rupasari, ditikam. (walaupun terlalu nmpk jelas pedang lalu belakang..tapi takpe lah). Rupasari pun mati.

"Demmm~~~ Rupasari. Datang tapi kena bunuh buat apa!!! Sebab tu aku suh ko lari Rupasari!!! Tidakkk!!!"

Adipura nak teruskan idup, tapi teringat janji sehidup semati dia dengan Rupasari.

"Aku dah berjanji untuk sehidup semati..Hiyarghhh!! Urghhhh", Adipura menikam diri sendiri. Bunuh diri untuk menunaikan janji

Lang Kajai : eh, laaaaa..ingat nak tuntut bela tadi bunuh kita. Dia bunuh diri plak. Fuh~~~ lega. Aku dah kecut perut tadi
Nading : mak aih..aku terkejut gak tadi. Aku takut nak serang belakang tadi..kalau aku tau, aku tikam dari belakang je tadi.
Lang Kajai : takpe la Nading..ko pergi amek pedang tu. Baik betul Adipura ni. Siap cabut kuar dari badan kasi senang keje kita.
Nading : Hahahaha...betul tu..jom balik!!!

Salah seorang hulubalang Adipura yang bergelut dengan nyawa menyaksikan semua kejadian itu berkata sedih dalam hati, "Haram jadahhhh~~~ Kalau aku tau dia bunuh diri, baik aku cabut je, takyah serang penjahat berdua ni. Mungkin aku masih hidup dan meneruskan idup dengan menjual roti cakoi". Monolog terakhir seorang hulubalang.

Tok guru Adipura, Pendeta dapat merasai dari jauh apa yang terjadi. "Adipura...keciwa aku ko tau!!! Ko belajar ilmu persilatan dari aku sejak kecik. Aku didik ko bagai menatang minyak yang penuh. Sume ilmu ku wariskan. Sudahnya ko bunuh diri je??!!! Kalau ko bunuh dulu Lang Kajai ngan Nading tu takpe lagi. Ko tak usaha langsung. Bini ko, hulubalang..dengan kau-kau sekali mati sia-sia. Aduh...nyesal aku amek ko jadi anak murid. Tak cium bau syurga plak tu. Tapi nak buat camne. Ko memang romeo dan romeo must die"

Maka, sekarang kita berharap pada Arjuna dan Sutera untuk menuntut bela disebabkan ayah mereka langsung tak berusaha. Lebih baik letak je pedang pacak tengah pantai dengan surat "amek la pedang ni. Tapi permata dah takde..carik la korang. Kami dah berhijrah ke Thailand"

----------------------------------------------------------------------------------

Sebelum menempelak aku kondem drama melayu. First, aku tengok smpi habis.Kalau aku tak sokong, takkan aku nak habiskan masa setengah jam lagho macam tu. Baik aku tonton French Open. Tapi aku sokong, aku tengok gak. Aku bajet dh byk drama lawan2 aksi ni, takkan la tak terdetik dalam hati pengarah yang lawan2 nye terlalu kaku.

Citer silat zaman dulu boleh buat, apasal yang skang cam hampeh. Keris hitam bersepuh emas dulu, puas ati gak tengok Citer Jaguh apa ke tak ingat. Yg rusdi ramli ngan Faizal husin..ok je lawan2. Maaflah ye. Ini apa yg aku lihat. Aku kritik untuk korang nampak. Takut benda terang bersuluh pun korang tak nampak kan kelemahan filem/drama aksi kita.

Comments

adie said…
aku dpt tgk starting jer,lepas tu kena hijack ngan anak aku,dia nak layan spongebob.huhu..

ada skrip yg aku perasan cam syirik skit. bleh pula grakus tu cakap "maka jadilah..."
HEMY said…
haah..aku lupa nak tulis..aku lepas ayat tu..serentak ngan housemate kata..."kun faya kun tuuuu"
wra7948 said…
aku plg best keris hitam bersepuh emas..diorang mmg guna silat betul2..
ebby yus yg gemuk tu selambe jek buat stunt sendiri

yg kat slot pendekar tv3 tu dah mcm kungfu plak...huhu..tapi still best gak
HEMY said…
arjuna ni plak best tak??
zahidah dihaz said…
tak tengok pun tadi, sebab dah rasa macam cerita katun je....
malas nak layan....
Wanie Boahari said…
aku x da nafsu pn nk tgok...hahhah...
dok sibuk prepare tuk present besok..2nd intbiu...doa kn aku bro!
kenari said…
jalan cerita yang tak masuk akal, banyak dialog dan aksi yang bercanggah dengan ajaran Islam, barisan pelakon pulak "kayu" dan "batu"
Efendi said…
zahidah , tak tgok takleh kritik..ekekek

wanie, aku doakan ko berjayaaaaa

kenari,aku spot yg awal2 "maka jadilah" je..oh, dan bunuh diri..tp aku assume tu zaman besi tkde agama la kan..hehehehe
bARdbOO said…
aku x tgok plak citer ni td..so x boleh nk komen..huhu
zella y said…
cite2 mcm ni mls aku nak tgk...
lg2 yg zaman skrg...ntah ape2 ntah..

tp yg ko ckp yg rudai ramli ngan faizal hussin tu kan..mmg best giler....aku suka....!!
Masy said…
oleh kerana aku tak nonton, maka aku tak komenlah ye hehehehhehe

apepon, remy ishak mmg comel. hahahahah
Syah Shah said…
aku tengok sekejap-sekejap, sebab tengah sibuk tengok cerita lain... tapi time dia bunuh diri tu, aku cakap, hah! bunuh diri! (tapi tikam belah tepi. hahahah :P ) lalu terus tukar channel lain tak tengok-tengok lagi dah.. kose haku...
aku tak tgk pun.tp aku rasa cita ni rapu rapan sikit
IdaShamsury said…
Artikel tu mmg aku stuju sgt..mmg aku ngan kengkwn yg aku tgk gelak sakan..aku tgk ms scene adipura dgn geng jahat berlwn..
1. 2 owg geng jahat tu sbnr ye byk je peluang nk bunuh adipura..tp diorg byk berdiri je..
2. Ade ke adipura leh bunuh diri..tarung la hbis²..klu mati ms berlwn oklah blh terime..ni x, mati sbb bunuh diri sndiri..aduyai..letih nengok..
3. Bahase yg diorg gune kdg² lawak..ade dlm bahase baku ade x..
Kesimpulan ye cite ni biase² je cume kesan CGI die mmg mantap tp plot cite ermm boleh la..hidup KRU..
Kniedaz said…
malam tadi
mama : danial, tok nani watpe dalam bilik?
danial : tok tgk citer lawan..tv 103 (anak2 Astro la katakan)..cuba mama bukak..macam best je..
mama : citer lawan2 (aku buka info)
danial : haah..best..ada gambar pedang
mama : tak maulah (tukar channel)
danish : nak tengok apa ni?
mama : tgk 551 ke 553 ke..hah..pasal bumi..bagus nih

so malam tadi tgk discovery ch. ngan 2 org budak itu sambil danial ibuk tanya pasal alien..heheh...

motif? tak tgk la arjuna ke hapa..tak real la plak..macam wrestling yg tipu tu..ngeee
HEMY said…
hahaha...ramai tak tengok ye...so kira hebat la aku sokong diorang..bukan kritik kosong je
KTS said…
ko tengok???
.
.


macam tak percaya je.. ;D



hebat hebat.. citer melayu, mmg aku kurang layan.. ooopsss
haha,,,,
citer yg merapu.,,,
tp BESTTT,,,
hehe...
aku ada tertonton sekejap. cam hampeh je.
Anonymous said…
Your currеnt article prоvides сonfirmed usеful to us.
It’s quite helpful аnd you are cleaгly really eduсated
in thіs field. You have expοsed our face іn ordeг to diffеrent views on this particular subject matter uѕing interesting anԁ soliԁ cоntеnt.
My web-site : buy viagra online

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...

Pantai Seberang Takir. Pengalaman Pukat Tarik

Pantai Seberang Takir is just one infamous beach that has been 'tambak' to prevent big flood and the safety of the houses along it. My Atok in-law's house is one of those many houses. Everytime I paid a visit to my in-laws, Atok's house is a must. Sometimes we didn't really do anything particular and just sitting by the beach enjoying the breeze and the salty taste of the air. Nurin and her sisters and Haikal dipping in the water. (Can you guys feel the mood of this picture. What do you guys feel when you look at this photo. Plz help me by giving feedback as I want to step a level higher in photography by taking photos that inspire people..thanks) Right after the Yebbit with Nurin and plucking the mangoes, we went to the beach. I brought the kain pelekat, my short and my towel as I intended to have a dip. But at the end I just take photos and ate the keropok lekor. Berlari ke laut (running towards the sea). But that evening was a bit special. I had a nice fi...