Skip to main content

Yeaa~~ Terbang tinggi wau bulan itu...err..tak tinggi mana pun

Lepas 8 jam aku dalam bas dari Putrajaya ke Kuala Terengganu, Cembam picked up dengan keta Honda City Ateh (adik ipar aku) yg baru. Fuh...Class!!~~. Aku sampai stesen bas K.T dalam pukul 5.50 pagi. Sampai je umah in-law, kami semayang subuh berjemaah dan tidur semula.(tiada apa berlaku antara kami..penat dan mual mungkin masuk angin dok atas bas).

Bangun dlm kul 9.30 gak, sarapan dan ke bandar utk mendapatkan tiket bas. Adik ipar aku sorang lagi, NurFarhana pergi beli CD original Hijjaz yg baru "Permata Hijjaz". Bukan Permata Hijrah ye, yg tu utk titis mata. Dia dan adik ipar laki aku si Ekal ni memang peminat setia. Siap chat ngan anggota nasyid Hijjaz tu lagi dalam FB.

Makan tengahari mmg best. Aku pulun ikan senangin bakar, ikan gelama dan ikan rebus goreng yg ayah mertua aku dapat dari hasil memukat semalam. Ayah cakap ingat nak ajak aku tarik pukat, tapi ombak kuat plak.

"Asal saya ada sini je memang ombak kuat yah"
"haha..takde rezeki"

Habis makan ingatkan nk bermesra ngan wife smbil surf online kan..tapi si Ekal ni pn lepak sekali dlm bilik daa..Sekali lagi..tiada apa2 berlaku antara kami. Cisss~~~ Petang pas asar kami ke umah tok kat tepi pantai. Bawak wau bulan si Ekal ni. Fuh...seumur idup aku, aku main layang2 batman 40sen yg dibeli di kadai kadir tu la yg paling tinggi aku terbangkan. Paras sekolah 3 tingkat. Semangat nihhh~~~

Sampai je pantai terus try terbangkan..Fyuusssshhh~~~ Tinggi ko..dlm paras sekolah tingkat 7 camtu la. Dah tu je panjang tali. Baru aku nk sebut "Horrraaaayyyyy~~~~~", sekali putus daaa. "Tidakkkk!!!!", aku terus berlari mendapatkan wau yg melenggong-lenggong jatuh ditiup angin sambil diekori Ekal. Tup, jatuh atas bumbung umah jiran depan.


Dah satu hal angkut tangga dari bawah kolong umah tok dibantu ayah mertua aku yg baru abes joging. Berbekalkan galah 8 kaki, dapat le turunkan balik. Ayah terus ikat balik kemas2 utk aku terbangkan kali kedua. Kali ni dengan suksesnya aku sebut "Hooooorrraaaayyyy~~~~~". Ini lah terbangan paling tinggi dalam sejarah aku. Lain kali aku try terbangkan setinggi wau-wau lain yg kat area situ..sampai ke awan tuuuu~~~~

Comments

sharamli said…
terbang jangan x terbang
zonaku said…
excited pasal wau.. lupa frust nk manje2 kannn......


hehehehee... sedapnya imagine ikan y fresh nr naik laut.....
dextrike said…
alaaa, x amek gambarrr kee?? aishh, besh kot klo dpt terbang tggi2 tu.. dyh men layang2 pon bile dpt tebang tggi2 da happy gile.. syoknyeee..last men 2thn lepas kat tmn tasik kepong! :D

p/s : adek ipar mengganggu nampaknye.. muahahhaha! :))
HEMY said…
terbang mmg terbang beb..tapi terlepas skejap..eehhehe

zonaku : best...terebih protein aku malam tadi layan ikan fresh.

dayah, kamera aku kawan pinjam..tak dapek nk amek gambar wau tu terbang

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga