Skip to main content

Roda-roda kehidupan kami

Dulu, lama dulu pengangkutan utama aku adalah basikal. Lepas jatuh acap kali atas rumput kapet depan laman, aku akhirnya pandai naik beskal. Lepas seminggu, mak dan ayah aku bagi kebenaran untuk aku ke sekolah berbasikal. Masa tu aku darjah 2 tak silap aku. Basikal pertama aku, kuberi nama "Rally Blue". Sudah pastinya ia adalah nama yg begitu naif utk aku yg kudus mulus waktu itu dapat aku berikan kerna beskal berjenama Rally dan berwarna biru.

Masa mula2 berbasikal ke sekolah memang ke tengah ke tepi aku kayuh beskal tu. Smpai kan kadang2 tau-tau je ada motor yg sipi-sipi je tepi aku. Rupanya aku dah ke tengah jalan. Nanti ada makcik yg mengambil upah menyisik kelapa di kedai Ah Seng akan menjerit,

"Hoiiiiii..budak!!! Ko naik beskal ke tengah ke tepi kang kena langgar ko ya Allah!!! Anak sapa ko ni haaa???!!!"

Nyaring dan masih terngiang-ngiang. Tapi aku wat dono je. Lama-lama aku terrer dan makcik tu tak bising-bising lagi. Aku juga pernah pakai basikal yg kawan mak kami sedekahkan pada kami. Tapi itu pn dah cukup seronok. Macam dapat beskal baru. Aku cat beskal aku ngan cat minyak. Mana mampu nak beli spray. Haa..kejap biru, kuning beskal aku. Ada yg panggil beskal aku macam keling, tapi belum sempat habis cakap, kawan budak tu pintas, "berwarna warni..smart". Hehehe..aku bukan samseng, tapi budak junior hormat gak kat aku.


Ni la keta pertama kami hasil duit kak wa. Tu beskal besar aku tepi tiang tu. Moto tu satu dh ilang kena curik, satu lagi dh kena trade in. Haa..ni ada bawah umah dulu. Skang dah bersimen yg mcam korang nampak (pada yg datang kenduri la kan)

Bila aku dapat biasiswa, aku trade-in basikal lama aku dan beli 2 buah basikal terpakai. Bukan tak cukup duit biasiswa nak beli basikal baru, tapi adik aku pun nak basikal. Jadi beli yg terpakai dapat la 2 buah. Beskal itu warna merah dan kuberi nama Red Riding Hood..ekekeke. Haaa..sonok betul aku ada beskal tu. Rasanya masa tu form 2 dan aku pakai sampai form 4 juga la.

Nak masuk form 5, abah belikan aku basikal besar. Haaa..aku ingat lagi saat tu. Memang best. Abes sekolah je abah bawak gi beli basikal kat kedai basikal Jalan Panggung. Bila pagi-pagi pergi sekolah kuar ramai2 dengan abah yang menghantar adik ke skolah rendah dengan motonya, abah selalu akan tolak basikal aku dengan kaki nye yg diletakkan kat carrier beskal aku. RRRUUUUU~~~ laju je aku potong kawan yg lain. Kadang aku akan pegang lengan abah dan abah tarik beskal aku. Hehehe. Ikut dan la..kalau adik yang abah terserempak dulu tengah jalan, adik la dapat kena tolak or tarik. Hehehe

Tapi aku bukanlah salah seorang yang modify beskal. Takde duit la nak tukar sport rim lah, perewel lah, handle moto lah atau handle jipang. Mmg bukan aku la. Beskal aku memang standed je haaa. Dulu kalau main takraw kat Taman Raja kat Pekan Sabak tu, memang la jauh dari umah aku. Fuh, memang warm-up betul la sebelum main. Bawak memang laju gak la. Kalau yg penah datang umah aku masa kenduri ari tu. Ingat tak simpang Balai Polis pekan tu?, haa..kat area situ la aku main. Jauh kan?? Kadang kawan baik aku si Anip akan datang jemput naik moto. Baik betul. Anta balik lagi. Memang friendship yg hebat.

Kereta pertama keluarga kami, kak wa yang beli lepas dia dapat sambung KPLI kat Pulau Pinang. Dengan duit elaun tu dia bayar bulan-bulan. Katanya perlu. So dapat la kami rasa naik keta nak ke umah nenek atau ke tempat2 lain. Haa..naik la sumbat lapan orang dalam tu.

Skang adik yang bongsu tak naik basikal pun. Tp kadang-kadang tusyen dia naik beskal la. Yg kat UPM pakai Benaffey aku, yg laki Atma mmg tak perlukan kenderaan pun, yang dh kawin sorang tu laki dia belikan kereta Persona, bayarkan down payment je ye. Jangan wat spekulasi menantu mak kaya. Then aku pakai Daphne ku. Sambung bayar je ye. And akak dah berhijrah. Abah pakai WanHayati dan Toyota Corolla lama yg digunakan untuk ke kebun.

Benaffey aku yang berkuasa cicak man masa dulu aku serbis. Baru-baru ni eksiden. Adik aku langgar bahu orang tepi jalan. Korang bayangkan la sendiri. Org lain eksiden di bahu jalan, tapi dia langgar bahu orang yg berjalan tepi jalan. Apa daa...

Wan Hayati yg kini digunakan oleh abah. Rindu dia. Tak banyak meragam tau Wan Hayati ni. Tapi abah nak jual plak

Alhamdulillah..rezeki kami semakin baik. Yang lain takde plak gambar. Hehehehe.

Comments

dextrike said…
owhh, cerita yg menarik.. tp nanti zaman anak2 kite, ntah nak nek beskal g sekolah lg ke x kan? eh eh, zaman anak2 dayah.. :P sbb dyh lambat ag nak kawen.. dyh ske nama wan hayati tuh, tgk plat WHT..hehe..comel..pandai je korang reka nama..


p/s : dyh nga syok bce post ni, ttibe mata terpandang sebelah kanan.. geng memuahhxx tu, mcm ade nama dyh, klick2, auchhh.. tq bro! heheheh :P maluu.. :">
moment said…
langgar bahu org? hebat adik ko..

ermm ni la pentingnya ambil gambar kan? kdng2 kenanagan ni, lagi kukuh klu ade gambar.. huhu
CAHAYA said…
rindu kereta pertama keluarga kitorang. ari tu jumpa kat jalanraya, riuh satu kereta. ah, rindunya!
Masy said…
harap2 bahu org yg dilanggar di bahu jalan tu tak terkehel teruk hehehe

nk jual WanHayati? alahai sygnyee..
zella y said…
kerete pertama ayah aku sebijik kerete pertama ko tu... guna smpai skrg....

ayah aku guna basikal je sblm ni... aku dh form 3 br ayah aku amik lesen beli kerete...

dulu gi mane2 naik bus or gi klang naik basikal,konvoi ayah aku, mak aku ngan aku or adik2 aku...

nasib baik la umah aku ni dekat ngan bandar klang, kalau x, mau kurus aku naik basikal gi bandar..hahahha
Mak Su said…
sedapnya nama keta, wan hayati
Unknown said…
syukur alhamdullillah...
Wanie Boahari said…
ssah dulu senang kemudian
HEMY said…
Dayah : ye ke tu lambat lagi nk kawin. Sbnrya mmg nk letak lama dh nama dayah masa mula2 buat. Tp sbb masa tu dayah jarang blog..haa..ni dh ligat balik ok le

manje : haah..lagi best ada gambar

cahaya : wah..leh jumpa kat jalan tu..mmg nostalgiaa

masy : ekeke..org tu takde pape kot. moto yg teruk gak. Abah malas nk tukar kotak gear, nkjual plak..ngidam proton saga

zella : haaa..ni idea utk entri ko seterusnya??

mak su : keta skang pn sedap gak..Daphne

~0~ : mcm iklan hai-o dh komen ko

wanie : haah..moga terus senang
tunbegia said…
sungguh nostalgia kanns,

salamm,
HEMY said…
yep..nostalgia bergambar mmg best
Unknown said…
aku dlu nek beskal merentas padang kampus usm.... rasa cam terel gila beb.. keh3
dextrike said…
owh owh, begituu.. arituh sbb mmula masuk blaja byk nak settle down, tu slow skit, skang try ligat2 jgak ngan blog.. haha, ape2 pon terima kasih! bangga!! :)) :P
zonaku said…
hehhhe...
sekolah rendah: jalan kaki
g tuisyen: naik bas kuning
g ngaji : naik beskal, takut anjing!
sekolah menengah: jalan kaki
universiti: jalan kaki
keja: memula mak antar-ambik pastu lps kene marah, aku drive..
dtg keja kl: jalan kaki
lps 2 thn keja, nai keta sampai skrg..

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga