Malam itu, aku terasa begitu bodoh untuk tidak tetap hati melakukan ibadah selain daripada sembahyang lima. Itu pun ada yang miss. Usai solat maghrib, hati dan jari itu bagai ditarik sesuatu. Kuning, berkulit tebal dan terletak rapi di atas rak baju.
"Lama dah tak baca"
Duduk bersila, aku baca kitab suci yang lama terpinggir. Ku mulai dengan surah Yusuf kerna seingat aku itulah surah terakhir aku baca sebelum aku hanyut dalam dunia fana tanpa menoleh semula. Terasa sebak, girang, tenang bercampur baur untuk setiap baris yang dilenggok bagi menambahkan keindahan rasa kebesaran. Insaf sebentar tatkala membaca tafsir bagi setiap baris yg menceritakan perihal Nabi Yusuf dan pandangan jahat saudara-saudaranya.
Malam itu aku berazam untuk terus mendekatkan lagi diri ini pada Nya. Berazam untuk cuba dan terus mencuba. Berlalu malam itu dengan suatu azam.
================
Esok harinya...
Ke tempat mencari rezeki seperti biasa. Awal dari biasa. Usai zuhur, teringat azam malam sebelumnya lalu duduk bersila menghayati tiap baris kalam azimat itu. Di hujung bacaan sebelum ditutup mashaf suci, terpahat tafsiran terakhir yang bermaksud;
"Hanya dengan mengingati Allah sahaja tenteram itu akan berkunjung datang"
Sedang menyambung tugasan, deringan telefon mengkhabarkan sesuatu yang pahit. "Balik sekarang. Rasanya rumah kita kena pecah". Hanya satu perkara yang melintasi benak fikiran kacau ku kala itu. "Din, cuba check beg kamera aku. Ada lagi tak?"............................................................"takde la Tabu".
Lesu, berjalan kuar dan memandu pulang. Setiba di rumah, rakan rumah sedang memeriksa barang-barang persendirian yang hilang dikebas manusia durjana. "Alamak, laptop opis aku...set kamera aku". Terduduk saje lah mengenangkan apa yang telah terjadi. Hendak menangis pun tidak mahu. Takkan bertukar apa yg terjadi kepada benda yg lebih baik.
Menunggu semuanya sampai ke rumah untuk melihat segala barang yang hilang. Mahu dilaporkan ke pihak berkuasa.
"Rasul je tak balik lagi ni. Aku harap dia balik dengan gorilla la beb".
"Gorilla??"
"Yelah..aku harap sangat sume ni 'wakenabeb' je"
Brum brum bunyi moto Rasul di luar rumah. Tapi binatang hitam berbulu nyata hanya permintaan kudus aku. Semuanya benar-benar berlaku. Usai mencatit barang-barang yg hilang, ke kantor polisi untuk melaporkan. Pulang dengan lesu sambil memandu pulang.
Sedang bersedih, terbau sesuatu yang tidak menyenangkan, berhenti di persimpangan lampu isyarat.
"Ko kentut eh pagoh?? Aku sedih ni..kau kentut plak"
"Cilake la..mana adaaaaa"
"Tolerate la skit..sedih ni..leh plak kentut"
"Aku tak kentut la babiiii"
Hahaha..humor dalam kesedihan yang mampu tercetus tanpa paksa. Lagu Andai ku tahu nyayian Ramli Sarip yg kurasa tak best berkumandang.
Hmmm...terima kasih mak, adik yang sudi menenangkan hati yang libang libu ini malam tadi. Kawan-kawan yg concern bertanya. Pada Aima yang sudi berkongsi dalam blognya. Terima kasih.
Ada hikmahnya mungkin Allah uji begini. Mahu melihat benarkah azam ku mahu mendekatkan diri padaNya begitu kuat atau begitu rapuh. Masih mahu meneruskan azam itu bila Allah kelihatannya menguji begitu? Hmmm..Sorry la ek Nyai ku Cembam. Bukan sengaje hilang. Entah bila pula dapat memiliki DSLR macam tu. Banyak sudah aku korbankan untuk memilikinya. Tapi nyata pergi begitu saje.
Huuhhh~~~~~~~~ Selamat tinggal Nieyl...Tamat sudah karier fotografer ku, hobi ku, inspirasi ku...
Comments
sian ko...
xpe2..brg2 tu blh cr balik...ALLAH nk duga hambanya...
adoihh... aku doakan moga2 Allah kurniakan ko rejeki yg lebih pasni. dpt bli kamera yg lagi power drpd yg ilang tu. bole la ko jadi fotografer yg cemerlang, gemilang dan terbilang. insyaallah..~
Dayah : kunci la dengan kemas sume benda kat umah ke kat mana sebagai ikhtiar sebelum tawakal
Masy : mekasih la doa...harapnya diberi rezeki untuk masa akan datang
mrs azmi, harapnya..atau ianya semata2 ujian yg perlu ditanggung
salamm,
.
.
sedihnyaaaa.. aku dpt rasa
.
.
tapi tang kentut tu lagi la sedih
muahahaha..
.
.
ujian tu.. kalau kita redha, DIA akan ganti dgn yg lebih baik... itu janjiNYA... yakinlah
.
.
tetiba tukar mode 'ustazah' :D
pasti ade hikmah disebalik kejadian...
moga tiada pisang berbuah dua kali melainkan xtanam pisang
BroFramestone Blog
Anak2 aku baru kena uji. Ada yg hilang laptop, ada yg kena curi hp dan yg terbaru duit dlm akaun kena kebas melalui internet. Hampir bersih. Aku tahu cerita ni tak akan merubah situasi ko tapi sekurang2nya ketahuilah kita sentiasa diuji.
Bersedih xpe, jgn lama2...bersabar k...
He knows the best...
betul tu Yunus Badawi..aku lupa nk letak dlm entri..padahal aku dok pk spnjg jalan nk gi keje yg apa aku hadapi ni tak seteruk orang lain..huuuu. mekasih ingatkan
Aku harap aku akan dapat cahaya dari sume ni..mekasih sekali lagi sume!!
aku ada baca tweet ko pasal ni bro~
tabah ya?
no words can sooth u enough, except kalam suci....... ujian buat ko ni...... moga tabah. your friends are around, praying 4 u 2 b strong
redha laaaaaa
anul.. sori bout ur lost. =(
ku bergembira sakan tadi kat pasar danau kota. ikut hati nk beli mcm2 sbb baru gaji, tp bc neh aku beristighfar.
baru ku sedar, dunia neh sgt fana. Allah suka benar uji kita dgn benda yg paling kita syg, kan?
=)
sori baru bc benda neh.
adehh..aku yg baca ni pun dah sentap, pe tah lagi ko..dahla dslr salah satu dlm wishlist aku..mesti sediy gile kalo ilang kan bro..
ish..ko sabar banayk2 k..wat solat hajat, mane tau kot2 perompak tu tergerak hati nak pulangkan balik pas tgk gambar2 kawen ko dlm.Huu...
sabar eh bro..moga yg curik tu dpt balasan stimpal ;(
i know ur feeling..
my home already 3 times kene pecah..
syukur tade org ketika kejadian...
amalkan b4 kuar rumah bc ayat kursi..
insyaAllah selamat rumah kamu..=)
maksu tak kentut tau, maksu kentut sat sat lagi, lepas keluar dari blog ko ni.... tet tet tet
Sekadar nak membersihkan 'pendapatan hasil kerja' selain daripada zakat itu.
ada hikmah bro.
saya selalu sahaja berfikir begitu bila musibah sebegini berlaku kepada saya.
-kurzz-
sayangnya...
p nak buat cam ne...
benda dah jadi...
ada hikmah disebalik kejadian..
mungkin dapat yang lebih baik =P