Skip to main content

Aku sebuah Almari. versi budak darjah dua

Aku sebuah almari. Lahir ku di suatu sudut daerah terpencil yg mana Pasaraya Billion dianggap syurga shopping bagi peduduk Daerah tersebut. Lahir ku disambut dengan bunyi-bunyian enjin yang menderu, pemotong yang nyata menyilukan mereka yg lalu lalang serta bau kayu yg sangat kuat diselang seli dengan bau varnis yg sengit. Aku diberi nama Kebenzi. Disambut oleh seorang bidan lelaki, berpeluh hauk dan berbaju hapak dek peluh keringat.

Aku kemudiannya dicat hitam menawan hitam nampak kemas..nama saya Rain sebelum dipindahkan ke bilik pameran utk tatapan bakal-bakal pemilikku. Sebagai sebuah almari, sudah lumrah ku mahu berbakti kepada tuanku sehingga ke akhir hayat. Berdiri utuh aku saban hari melihat mata-mata yg menatap serta tangan-tangan yg merayap merasai sekujur tubuhku namun haram tak pula aku dibelinya.


Suatu hari aku lihat seorang lelaki separuh umur berkunjung ke bilik pameran. Bunyi TING TONG yg memang menyambut setiap pelanggan kami di pintu masuk membuatkan aku tersedar dari lamunan jauh ku. Kulihat beliau berjalan mendekati aku. Itulah cinta pandang pertama aku. Tanpa banyak soal tuanku terus meminta pekerja kami utk mengangkut aku ke atas lori beliau. "Fuh, kaya la tuan aku..ada lori sendiri kot", detik hati aku. Aku begitu happy, sepanjang perjalanan di atas lori tadi aku nyanyikan lagu "DramaQueen" utk diriku sendiri. Dah tu..mana ada lagu almari atau Kebenzi yg pernah dicipta bai~~

Perjalanan jauh ku tadi rupanya bukan lah menuju ke rumah yg bakal aku huni, tapi ke lapangan terbang. Baru aku tau yg tuan ku menginap nun di seberang laut. Kami check-in dan meaiki pesawat Boing 707 ke Amerika. Umang aii~~~ jadi foreigner la aku. Dalam kapal terbang, tuan ku duduk bersebelahan Arnold Schwarzenneger. Sedang duduk-duduk, mereka berdua berbalah. Berlaku kejadian tumbuk menumbuk. Tuanku lantas disepak flying kick oleh Arnold Schwarzenneger lalu pengsan bila kepalanya berlaga dengan bucu tempat duduk.


Arnold Schwarzenneger masih tidak puas. Aku pula jadi sasaran. Dia membuat flying kick dan menendang tepat ke arah aku. Brwaaakkkkk!!!! Aku terpelanting keluar dari kapal terbang. Pecah berderai serpihan tubuh aku terbang melayang. Di bumi, salah satu serpihan aku terpacak atas kepala Raksasa yg sedang bertempur dengan Ultraman Ace. Raksasa itu terus mati mengejut. Ultraman Ace tak puas hati. "What the hell?" Hiyahh..lalu Ultraman Ace mengfire kapal terbang yg dinaiki oleh tuan ku dan Arnold Schwarzenneger tadi. Lalu kapal terbang tadi meletup..Kebabowwwww!!!!


Aku menangis mengenangkan nasib tuanku sehingga lupa nasib aku sendiri. Aku terbang melayang dan jatuh semakin laju ke bumi. Aku nak doa apa pun tak tau. Mana masuk islam beb almari. Lalu aku pasrah dan jatuh terhempas ke bumi. Berkecai berderai-derai tubuh aku. Impian ku untuk bertuan dan memberi serbis juga berkecai seperti tubuhku. Tak sempat berbakti aku. Lalu mati begitu saje. Beginilah nasib aku sebuah almari.


Aku teringat karangan adik laki aku masa beliau darjah 2. Ahahaahaha..ntah hape-hape imaginasi. Aku ada tokok tambah skit la utk kasi had umur bacaan utk sama ngan umur tua korang sume..ekeekeke.

Comments

green said…
hikhikhik...


lepas ni boleh buat tajuk aku sebuah blog pulak..
moment said…
Mana masuk islam beb almari. --- haha senget ko hemy! kikiki
sharamli said…
xmacam dajah dua punya p0n
HEMY said…
aku sebuah blog ek??boleh boleh

manje, sebab tu tkleh doa

sharamli, aku kena adjust skit utk citarasa korg..tp karakter sume ori dr karangan tu
Jard The Great said…
ahaha... darjah dua tulis camneh mmg kagum laa..
Unknown said…
karangan zaman sekolah...hahahah
KTS said…
krgn ko ke krgn adik ko??

hihihihi... ko kaaaan :P
zella y said…
dulu suka giler buat karangan camni...senang... lagi2 kalau cerita aku sepasang kasut hehehhe
Mak Su said…
hebatnya daya imaginasi.....! ;)
Syah Shah said…
peh... artis hollywood pun masuk dalam ini cerita... hebattt... Hahahahahahah :P :P :P
Masy said…
awal2 tu je aku rasa mmg adik ko karang. yg lain2 tu musti ko laa yg menambah2 ni. dasat sangat imejinasinye hahaha
HEMY said…
Jard, betul ni..adik aku tulis camni dulu

~0~ : =]

KTS : adik aku..betul..aku tokok skit je

zella y : haah..ingat lagi aku sepasang kasut

mak su : kena marah tau adik masa kitorg baca karangan ni..ahaha

syahshah : dia minat kot si arnold tu masa dulu

mmg aku tokok skit montok...tp body citer dia adik aku punye
Unknown said…
kih3.... aku pernah tulis aku sebatang pen masa darjah 5 dulu.. :P
HEMY said…
zaman kita mmg popular tajuk2 ni..ehehe
dextrike said…
HAHAHAHHAHAHA, ske2.. bestt btoii.. :)) adoii.. comel je cte.. aishh.. ksian laa almari tuh.. last2 sumer mati, atomen jgak yg idop! :))

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga