Skip to main content

Aku sebotol perfume. Monolog hidup ku~~

Aku sebotol perfume. Sebenarnya dua botol la, sebab selalu korang beli ada yg dapat free kecik punya roll-on tu kan? Haa..jangan salah anggap tu sedara aku. Tu sebenarnya sebahagian dari aku tau. Kitorang memang lumrahnya dijadikan begitu. Umpama belangkas la kalau haiwannya.

Aku dilahirkan di sebuah kilang area Ukay Perdana. Memang la susur galur keturunan kami ni grand "Issimiyaki" kan. Tapi buatnya kat Ukay Perdana je pun. Tak banyak dh keturunan kami yg memang datang dari luar negara. Ramai dh yg berhijrah dan dilahirkan kat Malaysia ni. Tapi harga kami tetap grand sebab kami ada class ok.

Bila time dh ramai-ramai dilahirkan dalam satu hari tu sempat la kenal dengan adik beradik yg lain. Kecoh kau kalau dh satu kotak tu dok borak bayangkan sapa yg bakal pakai kami ni. Kena plak kami ni spesis untuk unisex. Thrill gak nak tau dapat kat jantan ke betina kan.


Bila dah sampai kat pasaraya tempat kami akan dijual, mmg la pes time tengok umat muhamad punya ramai kat dunia ni. Macam-macam ragam. Kami disusun dengan sedara sepupu yg lain dalam satu kotak dihias cantik. Haa..Memang bau kami ni harum suci dekat dihati wa cakap lu. Nak banding ngan kerabat Petang Rabu tu?? Tak payah la..jauh panggang dari api. Jual pun kat Jusco, apa kelassss~~

Tapi satu yang tak best bila kita ni diwakili oleh salesperson yg awwww gitu deh. Bukan la diskriminasi tau. Kadang tu aku ni dah teruja bila satu mamat atau kapel tu dok usha aku dari jauh. Blushing gak. Hati aku berdebar-debar dah. Tapi sekali salesperson aku panggil ngan suara garau tangan liuk-liuk tu kan, "ABANGGGG..MAI LA TRY. SEEEEEDAP BAU DIA TAWWWW", terus blah potential buyer aku tu. Dem la. Panggil besa-besa sudah. Aku yg tak berbulu roma ni pun tegak zarah kaca aku dengar kau panggil camtu.

Then kadang dah cantik baik punya awek tu belek-belek aku kan. Sekali pakwe dia datang. "Bukan haram ke ada alkohol?". Terus dia letak. Sedih tau org kata keturunan kami ni haram. Bukan ko tenggak pun kami ni sampai mabuk. Takde kena mengenanya. Pecah berkaca hati aku. Kalau ngan body aku pecah, mengalir la cecair wangian aku.

Satu hari sedang aku tengok dan tatap poster besar yang terpampang gambar moyang aku bersama dengan aktres hollywood Denise Richard yang de bomb tu, ada orang bertanyakan potongan harga aku pada salesperson tu. Segalanya berlaku sekelip mata. Tau-tau aku dah ada dalam kotak yg dibalut indah. Wauu~~~ aku dah ada tuan. High aku nyah~~ Teroksida skit cecair wangian aku (kami spesis perfume turned on of course la len skit dari manusia).

Malam tu adalah kali pertama aku tatap wajah tuan aku. Dia sembur cecair wangian aku tu pada leher seksi dia. Yee..perempuan tuan aku rupanya. Wangian aku mengisi ruang bilik beliau. Terukir senyum pada wajah beliau. Aku happy dan sangat suka bila tuan ku begitu suka dengan bauan aku. Aku bangga dapat memberi bauan indah buat beliau seharian.

Setiap hari, cecair aku digunakan. Dan acap kali itu juga aku begitu gembira. Sehingga lah kini sedikit sahaja tinggal saki baki cecair wangi ku. Tuanku bercakap dengan dirinya sendiri yg dia perlukan perfume yg baru. Namun tidak pula dia habiskan dan tamatkan sahaja riwayat ku. Aku redha. Memang ini lumrah hidupku. Tp, tuanku begitu sayangkan aku. Titis nyawa terakhir ku diabadikan dalam satu almari hiasan bersama kawan-kawan yg lain.

Kini aku menghabiskan masa dengan rakan-rakan lain ku dalam bilik hiasan ni. Kami bercerita suka duka hidup kami sambil kami meniti usia.

Entri yg khas dipinta ini ditujukan pada Puan Balkidz_Hunny  Mekasih sebab sudi bagi tajuk ye

Comments

Jard The Great said…
ku suka bau One drop perfume.. murah dan kekal.. wakaka
Masy said…
siap bcerita suka duka sambil meniti usia tu HAHAHAHAAHAHAHAHA
Wanie Boahari said…
bile bc kn aku ask igt zaman bdk2 aku je...tulis cite aku sepasang kasut..gempak gitu..hahhaaa
Yunus Badawi said…
dulu masa sekolah aku tulis kisah aku sebatang pensil. Toya aje karangan aku. Kalau aku cilok karangan ko ni mesti cikgu BM tu terangkat.
Unknown said…
imiginasi yang hebat....hehhehe
HEMY said…
thanks fiza

Jard, aku terpk issey miyaki je masa karang entri.maklumla..entri tak penah wat preparation..spontan je taip

masy, diabenda pn ada usia tua yg perlu dilalui

wanie and yunus, mmg best la karangan cmni masa skolah dulu. tk tau skang ni masih sama ke

jedi, tq
aku ingat kamu jadi tauke perfume dah~

hehehe~

lain kali aku beri tajuk, kalau aku seorang Zara~

(pergh, nak gak letak nama sendiri)
Mak Su said…
naper lately ni ada story cenggini?

sebotol, seekor, se-cecair...huhuhu
Aus MeLankoLik said…
halamak , cayalah .
best woo cite ni , hahahaak .
aku tergelak - gelak gk bace bile ingat aku jadi perfume , hahahak
QueenBz said…
thanks! buat jugak entry ni utk I..
:)
ade lagi beberapa benda yg I request kan?
hope u boleh buat! teruja nak baca lagi! :)
zonaku said…
hehehhhehee.....
rajin ko mengarang............
masa kat sekolah dulu ko selalu ke pulih tajuk jenis nie?
rhapsody LiN said…
haha,,, mcm karangan bdk skolah plak..

;pp
HEMY said…
kalau aku seorang zara??umang aiii..ada idea kang aku try..

mak su, smpi ati....tak baca ek sy nye announcement pink kat atas tu...majuk ah (lari ke dalam pelukan cembam)

ausmelankolik : hehehe..mekasih..kalau ada kritikan pn silakan ek..tp genre nye berubah2 nanti

balkidz_hunny:oh..u yg mintak..baru apdet entri tu letak nama you..yg lain tu tggu turn org lain pny request dulu ek

zonaku, saja nk menerawang skit otak ni..nk trigger saraf2 kreativiti

Rhapsody Lin : ye kan..kena tukar skit la gaya penulisan jadi cm karangan budak dh kerja..ekeeeke
tunbegia said…
wah, sungguh lama tak baca kisah macam budak sekolah, ;-)

salamm,
HEMY said…
kihkih...seronok gak imaginasi cm budak skolah ni..ngeh ngeh

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga