Saat perkenalan kami masih lagi segar dalam ingatan ku. Bulan 10, 2006..Kalau lagu Awie dulu nye popular tragedi Oktober, tp bagi aku ia adalah kenangan manis Oktober. Kami pertama kali jumpa di Pertama Complex. Dia berbaju hitam, dengan bunga2 kecil oren. Comel..manis sekali. Tika itu lagi aku sudah dapatkan rasa cinta yg mula berputik, keinginan utk memiliki beliau.
Nyata aku tidak berpeluk sebelah tangan. Tanpa aku sedar, begitu pantas ia berlaku, beliau sudah menjadi awek aku. Milik aku. Selama ini aku hanya memerhati dari jauh, kini ia milik ku dan aku mahu beliau menjadi milikku utk selama2nya.
Kalau dh nama awek, besa la. Aku start pegang2, dari pegang, jadi raba-raba, dari raba2 terus jadi ramas-ramas. Ye, aku tau..benda tu salah. Tp daripada aku menipu korang seperti baik sangat aku. Baik aku berterus terang je. Mmg itu lah yg berlaku. Aku bukan berbangga berkongsi ini semua dengan korang. Tp mmg itu lah lumrahnya, benda baik, benda baru masakan aku dapat menahan nafsu utk menerokai segala2 yg ada pada diri beliau.
Hubungan kami berlanjutan dan begitu akrab sehingga la ke hari ini. Aku tidak penah rasa sunyi. Dia sentiasa berada di samping ku. Susah senang dengan ku, berbasahan..bila bibir kami bertemu, segalanya kami lupakan. Dunia milik kami. Cinta itu segalanya buat kami. Hubungan yg sudah hampir mencecah 4 tahun itu semamgnya begitu intim dengan segala macam kemesraan.
Sehingga lah baru2 ini dia sakit, sukar mahu bernafas. Aku yg mulanya hanya membawanya ke klinik utk dibelikan ubat terpaksa menhantarnya ke wad ICU. Tika itu aku berasa kesunyian. Dia yg sll nya di samping aku, kini tiada. Baru aku sedar segala benda yg aku buat bersamanya. Tp nyata sekali bukan rasa kesal. Sikit pun tidak. Aku kenangkan saat2 kami bersama dengan penuh ghairah dan suka.
Aku desperate, begitu sukar hidup tanpa beliau. Namun malam ini segala2 penantian itu terbayar. Aku lihat dia berjalan keluar dari wad. MasyaAllah sumpah aku semakin menyayanginya. Baru aku sedar betapa aku mencintai beliau. Hidup ku kosong tanpa beliau. Dia keluar dari wad dengan senyuman. Wajahnya cerah bercahaya. Dengan baju yg dipakainya waktu kami bertemu kali pertama dahulu. Aku bagai jatuh cinta kali pertama semula dengan dia. Sungguh rindu hati ini.
Aku bayar bil perubatannya dan terus mencium beliau di khalayak ramai. Ah, lantaklah..artis boleh buat satu malaysia tgok dalam TV, apsal aku takleh. Aku gomol, raba2, ramas2 semahu ku. Aku rindu dia...rindu..cinta..sayang..dan skrg dia milikku dan pasti milik ku utk selamanya....I love you sayang~~~~ Aku tak mau kehilangan mu smpi bila2..biarlah hidup dan mati kita bersama!!!!!~~~~
Comments
tipah tertipu bang.. tipah tertipu :P
saspen je tau. eee
cahaya : ahahahahaha
Mulus : nyiahahahaha
Qas : nyehehehehehehhe
FarahY : wakakakakaka
sharamli : nyiahahahahah
klu chembam, ko pegang2 je kan? xsmpi ramas2 kan? =p
*saje eja cHembam, ala2 LancHang gitu..haha
ku dah agak dah....
sebab teringat entry lepas yang ko sangat sedih sebab henpon rosak.. ^_^
klu tak mesti aku pon terkenaaa!
tapi masuk part sakit tu aku dah teringat henpon ko rosak... hahahahahah :P :P :P
zonaku : yg huruf W tu bukan bunga??ekekeke
malas aku nk gelak utk sume...ahahahahahahaa!! aku gelak jamak utk sume..ahahahahahahahahahaha!!!!!!
ni yg nak baling brg kat dinding nih..pinjam hp tuh meh akak baling sat!
aku dah agak dr awal dah