Jalan2 blog Mak Su tadi yg bercerita tentang persiapan persekolahan anak2 beliau, memori lama menusuk benak aku. Buat aku memandang kosong pada monitor teringat kisah2 lama tika zaman aku bersekolah dulu. Teringat ujung2 tahun menunggu waktu persekolahan di buka semula. Serius buat aku sedih, gembira dan tersenyum seorg diri di cubicle aku ni.
Belasan tahun dulu..kami adik beradik yg berjarak umur 2 tahun setiap sorang menjalani hidup biasa kanak2 ke sekolah setiap hari. Pagi nye sekolah harian biasa sehingga pukul 12-1 ptg, kemudian abah akan mengambil kami di sekolah. Smpi saja di rumah kami akan cepat2 makan tghri dn tidor smpi pukul 1.45 begitu sblum mandi2 dan bersiap utk ke sekolah petang/sekolah agama pula smpi pukul 6 ptg. Itulah rutin harian kami selama 6 tahun.
Jadi, tiap kali bermulanya musim sekolah, emak terpaksa memikirkan yuran sekolah kami berlima kala itu. Kakak yg pada masa itu di tingkatan lima, aku darjah 6, adik masing2 darjah 4 dan darjah 2. Mujur yg bongsu tidak dihantar ke tadika. Kami bertiga pula perlu membayar yuran sekolah pagi dan petang. Abah yg hanya seorg petani bergantung rezeki dengan koko dan kelapa sememangya terasa perit. Part time abah ketika itu adalah seorg Pasenjir. Ye, jawanya kami panggil Pasenjir yg diambil dr bhs inggeris passenger. Kira mcm kereta sapu la utk sesiapa yg perlukan pengangkutan utk ke rumah. Cumanya, abah tidak menggunaka kereta tetapi sebaliknya menunggang moto usang beliau utk menghantar penumpang. Dpt la menokok tambah mana yg perlu.
Bayangkan lah, dengan pendapatan kurang dr RM600 sebulan dahulunya..kami masih boleh hidup bahagia. Hidup gembira seperti org biasa. Kami anak beranak akan bertungkus lumus menyisik kelapa yg telah abah kait dan kopek. Aku sllnya menolong abah utk menghimpun kelapa2 yg berselerak di sana sini selepas dikait dn dihimpun tinggi di satu tempat yg telah abah tandakan. Waktu itu, kira2 kurang seribu biji kelapa yg dihimpunkan terasa begitu menggunung utk aku dan adik2. Sblum abah mula mengopek satu persatu kelapa2 tersebut pada hari esoknya..kami adik beradik dengan jiran2 sebelah rumah akan bermain2 di longgokan kelapa tersebut. Dgn syarat, lepas main perlu dilonggok semula elok2.
Sungguh seronok rasanya masa itu..
Comments
hr paling best main bila hr esknyer nk start skolah...
nape camtu erk??
mmg sedey je nk kena kena gi skolah esk...
aidi-safuan : byk memori kita sendiri buat kn
masy : mmg gagah baby...ahaha..
Jard : aww..aku harap ko mksud kan aku...ehehehe
ad3ck : kiki...ko kompius tgok header ke??
mrs azmi : haah...sume tu jadi memori berharga
~ bnyk memori masa kecik yg kita slalu tringin nak kmbali pada masa tu.. kan? heehee..
kurzz-
rase tua seh..
hehe
Farhana : siyess..ko dh rasa nk jupe aku ke skang??ekekeke
kurzz : tacing beb bila ingat
Green : haah..ko akan rasa tua n rasa ilang something kalu ko kenang2kn
penyu: tak berapa nk sama..tp sama la skit
~0~ : ko kompem ke ko dh matang ni??ahahaha
syahshah : haah..tu sume duniawi kan.ingat tk kita sume ni bila kat akhirat ek??
ada : yg pahit tu pn manis juga bila dipk2 semula
mak p0n dah dpt 3 menantu sekaligus..ekeke..
:)
sharamli : hmm...betul3x