Aku tgh menonton filem XIII the conspiracy dlm laptop aku yg telah aku copy sebelum ni. Malam ni baru aku dpt masa nk tonton. Kat TV2 pn ada citer best. Fun with Dick N Jane ke apa tajuk dia. Fun ke Run ntah. Sambil menonton lak smbil basuh baju n sambil dload lagu2 baru..well baru in my own definition. Tgh amek lagu2 lady gaga..ekekeke..N pasni nk masak megi..heee..lapa plak.
Aku nk citer pasal agama la malm ni pas baca entri Joegrimjoew tadi. Aku mulakan dgn letaknya agama Islam kat Malaysia skang ni. Begitu rapuh. Anda tak rasa begitu. Disebabkan kemajuan kita ikut segala jenis undang2 sekular yg berlandaskan barat. Hiburan adalah segala2nya. Kalau org alim meninggal dunia berapa ramai je rasanya yg sedekah fatihah. Artis mati..pergh..rasanya lagi ramai bukan sbb ramai yg kenal..ramai peminat.
Pasal tukar agama??Kita bukan leh buat apa sgt..kita kena jadikan benda tu 'boleh'. Sebab??kita kan pelbagai kaum. N undang2 syariah kita bukan kuat mana pn. Kita ikut je undang2 18 thun boleh anut agama sendiri. Tkkan kita nk kata Islam je takleh tukar agama..yg len nk masuk islam takleh..ishy..rusuhan mau ye tak? So atas rapuhnya kita tegakkan islam, kena la follow.
Kristian pn dh ada cabang baru..7th day adventist yg mana aku cuma tahu hari jumaat diorg tk dibolehkan wat keje2 apa pn. Hanya lepak2 tgok TV camtu la lebih kurg. Lecturer aku, kristian bgtu dia bg anak dia kebebasan anut agama n anak dia memilih 7th day ni.
Kat dlm suratkabar ari ni ada tulis malaymail yg byk pihak cm marah bila ada wanita islam ni kena penjara dan sepuluh sebatan sebab minum arak. Nampak tak?? Agama lain dh mempertikaikan hukuman syariah kita dgn kata nama Malaysia. Yes. Then dgn mudah org pesongkan pemikiran org luar sana tu. "apa la islam ni..kata keamanan..tp gi sebat org minum arak. Minum arak je". Apa ko nk jawab bila non muslim tanya? Nk bgtu arak tu punca segala dosa besar yg lain?kaitkan ngn kisah seorg alim yg mati kufur disebbkan arak? do they give a damn??
Cara ibu bapa bg kebebasan pn dh satu hal. Aku tak paham. Mak ayah elok..berserban, bertudung..anak..perghh..seksi habis..Siap leh dok seumah ngan pakwe or makwe. Kalau mak ayah pn tak tegur..cmne la yg kita ni org asing nk tegur. "hek eleh..mak ayah aku pn tak kecoh..ko sibuk ni apahal?". Apa ko nk jawab..??aduuhhh..mmg terus zasss..ko takleh wat apa..Aku sll assume yg anak2 ni dh dididik tp diorg sendiri pilih cara hidup camni. Sangka baik la..Takut aku nk besar kan anak zaman skang ni.
Aku tak kata aku baik..sila jgn slh sgka. Entri ni utk diri sendiri gak. Sbb tu aku bhskan diri dlm entri ni sbg kita. Makin lama makin rapuh la islam ni kat Malaysia. Sbb tu salah satu masa aku happy ialah masa smyg jumaat aku tgok ramai2 org gi masjid..sgt besh rasa. Ramai budak2 muda skang mmg tak smyg lgsg dh. Tp baik hati..tak paham la aku.
Aku stop secara mendadak la kat sini. Aku tknak terlebih pndai berkata2. Kita tgok apa reaksi pasal kes rotan minum arak tu. Aku rasa kalau buat betul2 hukuman tu...mau satu negeri kumpul org kita minum arak kena hukuman...huhu..
Tepuk dada..tnya hati..sbb nk tanya iman tak tentu ada ke tak..
Comments