Dr pengalaman sendiri, ingin aku kongsi sesuatu yg mungkin kelihatannya kecil, tp impak dr ketiadaanya begitu ketara. Merosakkan rumahtangga dan kebahagiaan seisinya. Datang dr org yg masih tercari2 rumah yg pastinya belum bertangga. Harap dpt dibaca dn dijadikan sesuatu yg boleh diambil tauladan utk masa depan yg bahagia.
Syurga di bawah tapak kaki suami. Islam menuliskan begitu pasti ada sebab tersendiri. Kita boleh pertikai dn memaki betapa rapuhnya hukum ini. Tp yg pasti tak terjangkau akal kita utk menidakkan syurga di bawah kakinya suami. Suami ketua keluarga. Mmg benar ramai wanita yg berjaya megah kesini sana. Tidak perlukan nasihat atau bimbingan suaminya. Malah dia lah ketua. Tp Allah Maha mengetahui mengapa ia tetapkan lumrahnya begitu. Ada sbb tertentu.
Sang isteri menangis teresak. Memakan hati. Katanya sudah byk yg dikorbankan. Tenaga dan masa. Kasih sayang. Si isteri mencari duit sampingan utk dirinya sendiri dn membantu rumahtangga. Si isteri bermasyarakat di luar sana, membantu kala kenduri kendara. Perginya pagi, baliknya dinihari. Disambung pula dirumah menguruskan segala benda. Sungguh. Bila dipandang sekali mmg hebat apa yg telah dilakukan si isteri. Tidak dpt disangkal betapa berpekerti apa yg dilakukan si isteri.
Namun, si suami keluar berkerja berat di luar. Letih lelah...pulang seakan mahu demam. Tibanya di rumah, isterinya tiada. Masuk ke rumah, kerap tiada air teh O panas di atas meja. Dia meracun sekitar rumah, mengerjakan kebunnya tanpa kehadiran si isteri. Tidur si suami selepas letih berkerja, dibebel pula si isteri kerna tidak keluar bermasyarakt membantu di kenduri.
Adakah bermakna sudah apa yg dilakukan si isteri tadi? Mungkin teh O itu tidak sepenting mana. SI suami boleh membuatnya sendiri. Tp bukankah itu mahunya suami mu. Senyum si suami bila teh O ada dia atas meja bila penat pulang dr bekerja. Bukankah pahalanya besar si isteri menuruti permintaan kecil ini??
Pulangnya, si isteri tiada di rumah. Mungkin berkerja, mungkin bermasyarakat di luar sana. Tp si suami hanya mahu isterinya di rumah menyambut. Tidak perlu kerja kelam kabut. Bg si suami cukup apa yg diperolehi dr keringatnya. Adakah bermsyarakat di luar sana lebih hebat dr si suami yg di rumah? Pahala ganjaran membantu jiran kenduri kendara bukan kah terhapus tidak bermakna bila si suami mengeluh isterinya tiada di rumah??
Tidak larat membantu di kebun, tp itu mahu si suami. Dibantu mana yg boleh. Iya, pastinya si isteri begitu penat memerah kederat. Tp ganjarannya? Si suami pastinya gembira...besar bukan pahala?? Berbaloi bukan penat benci melakukan perkara yg tidak si isteri suka...tp diberikan pahala?? Itu mahu suami mu bukan?
----------------------------------------------------------------
Cukuplah monolog pendek dr aku yg mungkin korg boleh pertikai tak berkahwin lg. Tak tau susah senang idup berumahtngga. Tp adakah semuanya perlu dilalui sendiri utk punya pengalaman begitu. Ini yg mampu aku kongsi.
Benar..ramai suami yg prgainya mcm cilaka!! Memerah kederat isteri, keluar minum arak berjudi dan segala macam. Tp andai cela si suami itu boleh ditahan hati..tahan lah. Besar sekali pahala yg Allah beri pada si isteri. Sbb tu Rasulullah nmpk ramai pompuan dlm neraka. Bukan semata2 sbb prmpuan lg ramai dr lelaki, tp sebab perempuan sgt mudah masuk neraka dn mudah jua ke syurga.
Contoh, si isteri dok kata dh kemas rumah kasi bersih...jaga makan pakai..tp sbnrya si suami tak kisah pn selerak. Asalkan ada masa si suami leh kemaskan sekali dgn isteri. 1st, betul..pahala bila suami tgok cantik je umah. Tp si suami cuma mahu ada air teh atas meja smbil tgok TV. Yg ni suami tak dapat. Isteri kata suami malas nk buat sendiri. Suami amik hati..dosa utk isteri. Jd yg mana sbnrya lebih penting??kemas satu rumah?atau buat air teh secawan tu??
Anda renungkan. Ini sdikit yg dpt dikupas. Kalu panjg takut tak dibaca sia2. Komen sja pandangan anda semua. Mungkin boleh kita bincgkan bersama. Khas utk yg dh berumah tngga dn yg akan ada tngga rumahnya..Kadang2 bak kata usraz, pengorbanan si isteri perlu buat hanya sekecil2 je...
Photo credit to Henny G
Comments