Dah lama aku tak merewang / jawanya di sini gejubus utk kenduri jiran2 aku di sni. Yg terakhir hari tu kenduri jiran depan umah aku, aku basuh pinggan sat. The thing about my hometown here, gejubus ni mmg akan ada satu group tu yg betul2 pillar support of the community when it comes to kenduri2 camni. One of them is my mom. Mak aku lepas smyg subuh dh ke umah yg kenduri to do all the chores. Mak aku geng tukang masak kat sini.
Mmg ramai la geng2 gejubus tiap kali kenduri. Tp sllnya tak sume kita buleh lihat buat kerja. Ada yg ke hulu ke hilir bawak pinggan n gelas kotor, ada yg isi lauk, ada yg isi berkat/souvenir, ada yg masak, ada yg kacau lauk, ada yg basuh pinggan...segala task mmg dh dipera'it (dibahagikan) mengikut kumpulan. 3 hari sblum kenduri list nama dan tugasan akan dikeluarkan. Mmg tersusun juge la kiranya.
Aku bukan tknak pergi gejubus sllnya..tp aku balik kampung 2 hari tu je..penat la..nk gejubus lak..kenduri lak sll ahad..aku nk balik tghri tu..dh tentu letih, tu yg jadi tak bermasyarakat menerusi gejubus ni. Kadang tu dtg just sembng2, gulung rokok je..yg buat keje sekerat je..t camtu la slah satu cara bermsyarakat kat sni.
Disebabkan aku balik esok, aku amik cuti isnin..jd tadi aku dpat la merewang. Aku mula2 janggal. Mcm dipulau pn ada. Yela..aku tk sll berkumpul ngn bujang2 kampung ni. Pas aku duduk2 salam2, aku decided utk amik bhgn agkt pinggan kotor. So aku buat la smpi pengantin smpi. Sejam lebih gak la. Ok la..sekurg2ya agkat pinggan ni aku sentiasa wat keja. Sbb satu lg aku mls nk stay lama2 duduk je.nk keja, nk rewang biar rewang betul. So ok gak la...lain kali leh la aku gejubus lg.
Aku nk transfer gambar, tp bateri kong..tgh caj. Abah pny pembantu kat kebun tak datang tolong dia ptg tadi. Abah mintak tolong sorong buah sawit esok. Kira ada sebab juga la aku teruskan cuti. Aku call TL aku tak agkat lak. Takut la keje tgh bertimbun..takpe la..nnt aku balik aku akan settlekan dgn pantassss!!!!
Comments