Petang ni agak 'kosong' bagi aku. Kalau biasanya aku beriadah melompat melipat, tp ptg ni tempat permainan yg biasanya aku join tiap kali aku balik kampung tampak lengang pulak. AKu berpusing ke tmpt lain, tp tmpt yg lagi satu ni layan badminton. Hmm..takde rezeki nk beriadah ni. Lantas aku teringat kawan aku yg aku penah citer kat blog ni..yg lost contact. AKu tekad menyinggah ke rumah keluarga beliau di sni.
Time lalu jalan lorong kecil yg pecah2 berlopak sana sini yg biasa aku lalui 13 tahun dlm hidup aku..segala mcam kenangan menerjah masuk kotak fikiran aku. Situ pernah tertegak rumah arwah nek Esah yg masih segar diingatan layannya tiap kali aku bertandang ke rumah arwahnya.
Jalan pintas yg melalui kebun kira2 20 meter dr rumah yg sering digunakan utk ke rumah jiran aku kini dipenuhi pokok kelapa sawit. Rumah jiran aku sunyi sahaja suasananya. Sesampai di rumah keluarga kawan aku tu, aku tgok kosong dan sunyiii...Aku keluar dr kereta dan memberi salam. Tiada jawapan dr isi rumah. Motosikal atau basikal pn takde di bawah rumah. Mmg takde di rumah. Balik aku tnya mak aku, mmg mak kawan aku masih tinggal di situ. Namun mungkin beliau tidur di rumah adiknya kerana takut keseorangan di rumah.
Takde rezeki jugak. Tu yg menambah 'kekosongan' petang aku hari ni...Masih gagal utk berhubung semula dengan kawan aku. Tp segala kenangan silam yg berlaku di spnjg jalan kecil itu segar di minda. Akan aku kongsi di sini...=]
Comments