Tajuk di atas barangkali sangat memenuhi situasi zaman sekarang yg mana terlampau banyak kebaikan yg ditabur oleh orang2 yg masih berhati mulia di era yg kejam ni di manipulasi dan dibalas dengan 1001 kejahatan.
Alkisah malam tadi dek kerana hujan di luar membantutkan niat aku utk pulang bermain, aku seperti biasa meminta jasa baik ayman yg kacak bergaya menumpgkan aku pulang. Benaffey ku tinggalkan di parkir B2 seperti biasa mengharap tiada siapa yg akan mengushar beliau.
Dlm pjlnn pulang aku minta ayman berenti di CIMB south city plaza supaya aku dpt masukkan duit ke akaun pinjaman kereta aku tu. Setibanya di pintu masuk, seorg india lebih kurang umur aku menegur aku. Katanya dia perlukan pertolongan. DIa tersadai di KL, datang dr Penang. Katanya lagi dompet nya dicurik. Habis sume kad dan duit2. Dia juga tunjukkan laporan polis yg dia buat pagi itu.
Aku minta masa utk masukkan duit dulu. Jadi aku berlalu dan masukkan duit dulu. Takut pegang duit tak sbrpa byk yg rasa byk ni. Keluar dr situ aku lihat seorg lagi lelaki melayu telah didekati oleh beliau. Kami sama2 belek report polis tadi. Beliau kata tak pernah meminta2 mcm ni, perlukan kira2 RM200 utk bayaran membuat semula kad pengenalan. Setelah kad pengenalan sementara itu siap, beliau akan dpt ke bank dan keluarkan duit beliau..justeru membayar semula duit kami.
Aku berpandangan dengan mamat lg sorang tu..hati aku ketika itu rasa nk tolong. Aku tnya mamat tu jika dia juga ingin menolong..maka kami menghulur sorg Rm100 pada beliau. Aku terus berlalu dr situ sebab Ayman dh menunggi di dlm kereta. Aku hanya fikir andai suatu masa aku di tempat beliau..hadapi kesukaran sedemikian..tersadai sebegitu..Aku beri no. telefon dn no akaun aku utk dia masukkan duit tu nnt.
Tp aku dh berjaga2..lepas berlalu dr situ..aku kuarkan sume duit dlm akaun maybank aku tu. Jadinya aku menunggu je la kot mmg dia org yg susah dn akan masukkan duit yg aku pinjamkan ke akaun aku semula hari ni. kalau dia tipu..tak mengapa lah..aku ikhlas membantu. Sambil makan aku terpk juga beliau menipu..takde sedara mara kah nk dihubungi..mengapa tidak pinjam saja duit pak2 polis semasa beliau buat report. Tp aku andaikan tak semua org bisa berfikiran rasional, bertindak dgn baik dlm situasi mcm tu..mungkin beliau tak dapat berfikir dgn bijak utk menyelesaikan masalah beliau sprt org lain..
Tak mengapa lah..andai kau betul2 susah..harapnya hari ni kau dh pn berada dlm bas utk pulang ke pulau pinang sana. Yg aku tahu, kalau biasanya aku tak endahkan saja org seprti kau..malam tadi aku terpanggil utk membantu..
-----------------------------------------------------------------
Klik sini utk melihat2 gambar2 yang aku ambil sekitar outing di Putrajaya sabtu lepas. Di masa akan datang, marilah turut serta..jadi model lagi..free. Gambar dapt leh print kenangan tau..cantekkk..Apa pn, petang itu smpi ke malam mmg enjoyyy!!!
Comments