Isnin ini, kita akan mula berpuasa seperti yg dituntut oleh rukun. Bukannya susah...setengah ari je utk bulan tu. Sepanjang bulan Ramadhan ni, kita akan dengar banyak kisah lucu, kisah yg menggambarkan bodohnya seseorg tu, kisah yg menyayat hati dan macam2 lagi yg dtg dari haruk piruk kecamuk perasaan seorg muslim.
Aku pernah ditanya mengapa tiap2 tahun org islam berpuasa, semacam menyeksa diri oleh org bukan islam di tmpt keja aku. Dia bertnya kan kesian pula pada yg gastrik dn pelbagai macam lg penyakit perut. Dia juga mengaku mmg dia tak akan tahan punya nk puasa smpi pukul 7 mcm org islam.
Susah ke nk jawab soalan ni. Aku yg jahil ni pn boleh buat dia buka mata. Tu gambar kat atas..bila tgok kita kata kasihan..apa kita buat? Derma?piidaaahhh...ramai sgt ke yg gi derma kat diorg ni..kalau derma smpi ke duit kita kat diorg..tak tentu lagi kan? Jadi salah satu cara islam ni nk share the oath..islam suruh kita puasa. Biar kita rasa betapa siksanya tak makan mcm diorg..itupn Allah tahap bagi kasihan tahap MAHA..setengah hari je. takkan tu pn nk rungut.
Masa tu bila buka baru kita tahu nikmatnya dapat makanan. Bila tiap2 tahun buat..tak rasa apa pun dh puasa kan?? siap leh tolak tandan sawit melonggok atas kereta sorong. Dtg pula pertanyaan, kalau dh biasa tak bermakna la dah kononnya nk sama2 rasa lapar. Betul?? Sebab dh biasa..tak lapar..susah nk jawab. Aku yg jahil jwab la yg dia sendiri kata dia tak larat nk buat. Maknanya org islam je yg larat nk buat. SO islam ni dah latih diri kita berlapar utk keadaan mudarat di masa akan datang. Lagi pula bukan tu je tujuan puasa.
Kita rehatkan sistem perhadaman kita masa tu. Kita jaga tingkah laku..semua panca indera cuba di didik buat amal. Bukan sekadar berlapar kosong. Itu bukan tujuan puasa dlm islam. Share the Oath tu hanya secebis sebab atau hikmah berpuasa. Aku kata pada dia..sedangkan kita pn nk rehat..ingat perut tknak rehat???setahun sekali tu je dia mintak haaa...
Bila puasa ramai yg puasa kan??yg tak pernah sembahyang pn puasa. Sbb kalau makan time org puasa nmpk sgt..Kalau tak sembahyang bukan org nmpk sgt pn..betul? Hebatnya tahap iman manusia keji zaman aku ni...huhu!! Teringat aku lawak yg aku rasa nk sepak si tukang cabul dlm lif. Dia melayu..pakai skirt. harus lah dia islam...tak tahula kalau dia sbnrya kafir.
Kawan dia : aku bawak kek lapis sarawak hari ni..sedap
Dia : hah??Alaaaa..I puasa. Eh, tapi i pakai skirt...takleh puasa
kawan dia yg bukan islam : btul2..u tak bley pose..makan saja la
APakah bodohnya kenyataan. Buat malu org islam je. Nak sepak pn ada awek bimbo ni. Aku sll berpegang pada prinsip 'kalau bodoh...jgn tunjukla bodoh kita tu..nmpk sgt kita bodoh..simpan biar sendiri tau sudah' ni kau pergi tunjuk kan ke nampk bodohnya..
Apa plak status org puasa yg tak pernah smbhyg. Entahlah..aku yg jahil ni berpegang pada ajaran ustaz aku dulu. Bila mati, benda pertama dia tanya ialah sembahyang...kalau yg tu kau tak buat..lain2 amalan tu kirim salam je la...mungkin buat kurgkan tahun dlm neraka jeee.. Jadi macam mana?tak ke sia2 je tu amalan kita.
Jangan la samakan kisah pelacur yg bagi minum anjing haus guna kasut masuk syurga. Dia tak tau pn apa itu islam masa tu. Allah tinggikan darjat dia bila dia buat camtu. Tp kita ni mmg dh islam, dh tau kena buat macam mana..takkan dh nk mati bagi minum anjing bajet masuk syurga. Alamak...Allah maha pengampun..ye memang la..ko harap je la..
Apa pun sume ketentuan Allah. Jangan lah kau nk ejek aku dari syurga nmpk aku dlm neraka 'wek wek..ko nye entri ari tu aku baca..aku wat jahat je...masuk syurga apa...hahahaha!!!'. Allah nk bagi ko keampunan..dan ko sempat..alhamdulillah la. Tp baca ayat ni pn dh nmpk tak adil..takkan la Allah tu tak adil??
Sama2 la cuba..aku jauh dr baik..tp try je menaip apa yg aku rasa. Kadang2 aku rasa org yg merogol kena penjara, kena tali gantung..mungkin mati dia lagi baik. Sebab dia tau bila mati..sempat taubat, ustaz bimbing..mungkin org yg terbabit plak maafkan..dia ikhlas..Allah terima. Dia mati kat tali gantung..hina? ye...tp kalau time dia mati sume dah diampunkan? Mana lagi baik dengan seorg imam yg sangat hebat warak..ttp dia mati masa dlm perjalanan nak bedal harta anak yatim??
Renung2kan dan selamat puasa..hehehe!!
Comments