Pagi tadi seperti biasa Cembam menyubuhkan aku dengan panggilan telefon. Usai bercakap2 pendek dengan Cembam, aku berjuang utk bangun selepas tertonggeng2 dan meniarap sambil mata terkebil2 utk ke bilik air. Sesudah sembahyang subuh, rutin biasa..aku terjun semula kuak dada atas tilam lekuk2 yg aku beli di nilai bulan lepas...Zzzzz
Bila bangun dlm area pukul 8.30, aku dengar titis2 air ujan pagi yg sgt mengasyikkan..mendayu2 mendodoi aku semula ke tilam. Aku ikutkan saja dodoian itu. Sedar2, sudah pukul 9.30 pagi. Waktu opis aku bermula 9 pagi ya sedia maklum. Tp masih terkebil2 lg.
Seperti pagi2 yg lain, aku dpt dengar suara anak kecil jiran sebelah bersembang dengan ibu beliau smbil sang Ibu membuat kerja2 dapurnya. Tiba2 si kecil itu bersuara,
"Mak...bird..bird kan?"
"Ha'ah...birrddd"
"mak..bird bird..."
"Yeee..bird"
"mak mak...bird bird"
"Yeaaaa!!!!Burung!!Bird"
"mak..mak..bird..."
Aku tersenyum mamai...sebijik macam iklan murai la pulak. Aku terus mandi dan bersiap ke tempat kerja dan sampai pukul 10.30. jgn jeles ye anda2 sume..kamu2..sini kerja based on trust. Asalkan kerja siap..tak kisah la nk dtg lmbt..alaa..aku bukan sengaja..ujan tahu..ujan..ehehehe..nk naik keta parking sini cecah 30 hengget kamu ngerti?? Haa..bukan sengaja.
Weekend ni ada presentation..aku tk byk menyumbang sbb aku tak expert subjek tu..tp aku cuba gak apa yg aku boleh sumbangkan....
Comments