Jom balik kampung!!!
Usai shja dengan sibuk yg berpura2 ni, aku akan memandu pulang ke kampung dengan ditemani oleh 2 org adik aku dan si cembam. Walaupun stlh melalui masa2 yg sukar smlm dan konfrontasi hangat...akhirnya kami pulang ke kampung jua bersama2..
Aku perlu menjemput adik aku dr stesen LRT kerinchi pulang dr pejabat nanti. Kemudian jemput pula seorg lagi adik dr LRT bukit jalil. Kumpul di rumah bujang aku dan pulang ke kampung malam ini. sekurang2nya diharap perangkap laju tidak giat aktif gelap2 malam ini. Aku sudah 2 kali diperangkap dan terpaksa berdepan dgn pak polisi di kaunter senyum menerima duit...huuu
Aku pulang ke kampung utk menghadiri kenduri kawan baik aku yg sama2 kena cubit sbb main bola sepak lepas smyg, yg sama2 mengadap guru besar sebab pecahkan lampu dengan bola dlm kelas, yg sama2 mengecek ustaz minta dipulangkan semula gasing kami yg dirampas...hehe..mmg memori kanak2 yg indah.
Harapnya cembam rasa seronok la sepanjang di kampung...tk pnjg mana pn sebenarnya. Abah aku dapat la jumpa kiranya kali ini. better be la coz we gone through a hell of time last night talking about this..well messaging actually.
Harapnya dapat gambar pengantin yg cantik2 lah..ehehe!!! Oh ya..ada sapa2 berminat dgn kamera D40 aku ni...kit lense ngan beg, warranty 9 bulan lg ada...aku tolak RM1400 + filter sekali...kalu mahu bgtu aku yaaa...
Semoga jumpa lagiiiii
Comments