Aku dlm kegelapan...meniarap menghadap laptop sambil ayah di sebelah menonton TV. Cahaya dr laptop dan TV ini shaja lah yg memberi sinaran pada ruang tamu ini. Kami bergelap kerana sang laron (kelkatu) ralit berterbangan di luar rumah sambil mendekati sumber2 cahaya..Lampu di luar dipasang dan kami bergelap di dalam. Pun begitu, sang laron masih menerjah skrin laptop dan tv di dalam.
Aku masih ingat tika kami kecil, belum berpindah dn masih tinggal di rumah tua penuh misteri dulu. Jika sang kelkatu mula berterbangan dengan rakan2 di dlm rumah, akan kami padam semua lampu dan menyalakan pelita yang diletakkan di tengah2 talam berisi air. Kami adik beradik akan baring, meniarap atau duduk mengelilingi talam td sambil melihat sang Laron ini terbang ke arah pelita...ada yang terbakar, ada yang terus menjunam karam di dlm air sblum smpi ke sumber cahaya.
Macam kita manusia lah...sudah tahu yg itu salah, yg itu merbahaya, yg itu membawa duka, yg itu menjauhkan diri kita dr tuhan..tp kita tetap pergi ke arah itu..terbakar..lemas...
Owkh...selalunya bila Laron ni terbang2 keluar...itu sebab sarang bawah tanah mereka dh dirobek dek cendawan2 yg tumbuh meliar..selalunya tika kecil dulu, kami mula cari mana tumbuhnya cendawan2 putih ini agar dapat dituai dan dimakan..nyum nyum!!
Owkh...selalunya bila Laron ni terbang2 keluar...itu sebab sarang bawah tanah mereka dh dirobek dek cendawan2 yg tumbuh meliar..selalunya tika kecil dulu, kami mula cari mana tumbuhnya cendawan2 putih ini agar dapat dituai dan dimakan..nyum nyum!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Bulan ini, 5 org rakan aku melangsungkan perkahwinan..dr satu yg dijemput, yg aku tahu..jd 2, 3 dan 5. Ada yg aku meseg bertanya berbau rajuk yg main2 mengapa tidk dijemput..smbil di balas yg aku sememangnya di jemput..terlupa dek kerna rmai sgt tetamu yg perlu dimuatkan dlm senarai jemputan..sibuk dengan persiapan, meseg minta alamat tak berbalas dn mcm2 lg lah. Kita tak ambil hati pn, kita tau dia kawan kan...pastinya dia lg gembira andai kita menyua muka tika mereka bersanding...betul kan?? Kecuali mmg mereka musuh kamu..tp rasanya pasti terbit senyuman atau senyum sj dlm hati bila musuhnya dtg bertandang ke kenduri...
Duduk di rumah cuti 4 hari ini, walaupun niat asal ingin memancing lah, mengambil gambar sawah lah, mcm2 lg itu tidak tercapai..namun masih seronok menghabiskan masa di rumah..lupakan seketika garis tarikh (dateline) projek, kerja dn sumer benda di kota..(kecuali ko la cembam..aku tak lupa..huhu)
Aku sibuk snap2 gambar di setiap rumah kawan aku cuba merakam saat2 indah hari mereka disatukan dengan yg tersayang..atau yg akan disayang utk mereka yg kenal atas keluarga dan berkahwin atas pilihan tersebut...Agar semuanya bahagia smpi ke akhir hayat..
Bila pula masa aku??hmm...doa lah semua agar aku dapat kumpul duit secepat mungkin...=p. Gambar2 ada dlm flickr aku mcm biasa..dh tknak letak trus dlm ni byk2..mcm semak pule...tkut korang menyampah..
Comments