Malam itu si ibu baru shj usai membaca yasin seperti yg dilakukannya saban malam jumaat. Cumanya 2-3 bulan lalu semakin kerap dia membacanya dengan niat memudahkan waktu melahirkan anak sulungnya yg bakal menjengah ke dunia penuh kezaliman, penipuan, sandiwara dan pelbagai cabaran khalifah di muka bumi ini. Sudah pasti si ibu berharap kala tuhan menanyakan soalan 'apa kamu sanggup itu memikul tanggungjawab ini?' dan si anak akan menjawab 'ya' agar lahirlah zuriat bersih tanpa dosa ini.
Malam makin larut...sakit dtg dan pergi acap kali. Tp smakin larut mlm semakin lain rasa sakitnya...si zuriat bagai tidak sabar utk menjengah pekat mlm jumaat itu. Mujur si ibu awal2 lg sudah pulang ke rumah maknya agar si nenek dpt membidankan anak sulungnya itu.
Si nenek sudah menyediakn apa yg ptut andai anaknya akan melahirkan cucu pertamanya itu mlm itu juga. DI benak hati si nenek, mohon agar tidak berlaku perkara aneh tika membidankan anaknya. Pengalaman membidankan ramai org kampung sedikit sebanyak menyelinap di fikiran.
'Malam ni mlm jumaat ni..jgn la ada benda lain jadi', desus hati kecil si nenek.
'Malam ni mlm jumaat ni..jgn la ada benda lain jadi', desus hati kecil si nenek.
Si abah kejap2 lelap kejap2 jaga mlm itu bila si nenek memberitahu anaknya mungkin akan hadir mlm itu juga. Sakit mulai kerap dan si ibu tahu sudah smpai masa utk si kecil tiba ke bumi nyata. Si nenek terus mendapatkan ibu dn bersedia utk membantu si ibu melalui detik plg manis, plg sakit dlm hidupnya.
Jam sudah lepas 12 tgh mlm. Si atuk memerhati dgn cemas. Saat itu pn bermula. Si nenek dibantu oleh anak2nya yg lain, bersedia dan berharap. Ini adalah anak saudara pertama merekka. Pelbagai perasaan bercampur aduk dlm tiap hati mereka. Si ibu meneran, menghela dan menarik nafas seperti yg disuruh si nenek.
Saat tangisan si kecil menembusi tiap kecil zarah ruang rumah tgh mlm itu, jam di dinding menunjukkan pukul 12.59 mlm. 1 minit lg mahu pagi...Rasa mengantuk tidak lg menyapa mata. Lahirlah seorg penyeri hidup yg dikongsi setahun lebih yg lalu. Pak2 mak2 sedara tidak sabar mahu menyentuh dn mengusap si kecil.
Si abah lalu mendukung zuriat kecil itu dan diazankan. Jika ada mikrofon mahu shja org kampung mamung2 pergi tunaikan subuh pukul 1 pagi. Wajah si ibu berseri2 melihat ank yg baru shja dilahirknnya. Bayi itu tidaklah sebesar dan sekecil mana. gembira rasa hati si ibu dengn hadirnya si kecil.
pakcik makcik dan si abah mula terfikirkan nama2 yg bakal diberi pada si kecil. Tp nama dr seorg mak sedara ini diterima seisi ruang rumah. Makcik si kecil yg bernama Robaiyah menamakannya Hasnul Efendi. Walau kala itu hanya 'Hasnul' yg diketahuinya punya makna dan 'Efendi' itu bagai penghiasnya. 'Pemerintah/Ketua yg baik. Nama itu diharap beri maksud dan hala tuju hidup si kecil itu kelak....
Nahhh..aku hidup suku abad sudah. Byk dosa yg telah aku lakukan. Pahit maung hidup..suka duka..cabaran getir, tak berapa getir...telah dilalui. Aku sgt berharap mak sll fikir aku sdg cuba buat yg terbaik utk diriku, dirinya dan keluarga. Kecil shja pemberian setiap bulan aku pada mak kerna aku sendiri punya rancangan masa depanku. Mak tak kisah dan faham. Bukan duit pintanya.
Terima kasih mak lahirkan ank mu yg byk menyebabkanmu bermandi air mata, menahan sakit hati kala membesarkan aku.Byk memori sama mak dan adik2 yg lain. Memori mak yg garang banget hingga tidak lagi menangankan anak2. Sayang anak tangan2kan..ingat lagi aku tika minta ampun agar tidak dipukul dan menjerit 'saya dh taubat mak' berkali tika kecil dulu.
Mak..pintaku agar mati ku kala kau sangat mengasihi aku...pintaku agar matiku kau akan maafkan dosa ku kerna syg pada ku dan kala bahagia dlm keluarga kita...saya sayang mak....takkan aku lupa segala perngorbanan dan tiap satu urat mu yg putus tika melahirkan aku..
Comments