Selepas pakatan penipuan utk mendapatkan kerja di kilang itu gagal, aku dan makcik pulang ke rumah semula. Kelaparan berpuasa dan kepenatan menunggu di dlm kereta perlu dihilangkan dengan tidur petang yg singkat. Dlm perjlnn pulang, kami singgah di sebuah pam minyak cengkerang. Secara tidak langsung makcik bertanya andai mereka memerlukan perkerja.
Pemilik stesen itu yg ku panggil kakak meminta kami dtg semula tatkala suaminya ada di situ. Maka petang itu kami dtg smula slpas tidur dan mkn tghri. Abang Zul, pemilik stesen tu setuju utk menerima aku berkerja di situ dengan gaji Rm400 sebulan. Dia tahu aku hnya mahu bekerja utk 20 hari shj.
Maka aku mula berkerja di situ keesokan harinya. Hari pertama yg agak sukar, dtg pelanggan mahukan botol minuman kosongnya diisi dengn minyak merah. Pam minyak itu agak kuat tekanannya. Minyk marah td terpancur deras dr botol yg kecil sekali mulutnya menyirami muka aku. Sejuk sebentar muka aku dan panas serta pedih ku rasakan selepas itu. Aku berlari mendapatkan air. Abg Zul terus mendapatkan aku. Hahaha!! sgt lawak bila dikenang. Kesannya hingga kini, muka aku berminyak. Sekarang sudah elok mungkin duduk di dlm hawa dingin 8 jam sehari.
Bila tiba tengahari atau jam 10, slh sorang abang, rakan kerja aku akan keluar dan membeli makanan. Mereka2 ini tidak berpuasa rupanya. Tandas berbau oren. Masakan tidak, di blkgnya mereka minum oren..haha!! Aku akn meminta masa sembahyang zuhur dan asar serentak. Aku mandi2..segar banget. Bos faham dan tidak kisah aku berehat hampir sejam..huhu..aku seorg shj lgpun yg berpuasa.
"hasnul...ko keja sekejap je ke kat sini", Bedul, rakan kerja ku bersembang suatu hari.
"ha'ah..aku nk balik raya then smbung sekolah..spm"
"Owkh..ko skolah lagi ke??ingat dh berenti mcm aku dulu. Berapa result PMR kau?"
"8A 1B"
"ahahahahaha!!! agak2 la nak menipu pn"
"Laaa..betul la..tak caya pulak"
"kalu 8A takkan ko kerja sini"
"dh sini je yg leh kerja 20 hari". Rakan2 di situ tidak mempercayai aku memperoleh keputusan sedimikian rupa. Alaaahh..8A bukan bagus mana bagi aku. Tidak penting mana..Abg zul keluar dr opis dan mendapatkan kami.
"abang..budak ni 8A ke?", tny Bedul utk kepastian.
"Yela...ko ingat apa..budak pandai ni"
Aku sedikit pn tidak rasa pandai dan seronok Abg Zul memuji aku. PMR bukan lah sesuatu yg boleh dibanggakan dr pandangn aku. Ia tidak membawa aku ke mana2. Aku tak memohon mana2 sekolah asrama penuh atau MRSM. Cukup lah di kampung ni. Mana mak ayah nk korek duit saku aku bulan2.
Saat aku terima gaji pertama...aku sungguh seronok. Bangga kerna aku sudah pandai mencari rezeki sendiri. Pulang beraya di dlm bas, dengan dendangan lagu raya, ibu menanti dan merindui di rumah, melalui sawah menghijau..cukup lengkap utk aku semat sbgai memori indah gaji pertama aku....=]
--tamat--
Comments