Arakian petang itu daku dapat menyelinap keluar dari opis sedikit awal dari yg sepatutnya. Biasa lah, duduk termangu melayari internet begitu bosan lagaknya. Lebih baik daku pulang ke rumah. Dapat dijimatkan tenaga eletrik yg tersalur ke dalam komputer meja aku itu. Lagi pula, kerja2 semuanya telah selesai. Semuanya telah daku lunaskan pada yg meminta dan memerlukan ia siap segera. Nyata sekali kepulangan daku awal sedikit itu utk kebaikan semua..
Aku memecut membelah angin menyusuri lebuhraya yg semakin hari semakin tepu dengan kereta2 yg pelbagai saiz, warna, pemandu, jenama dan kerenah pemandunya. Cuaca kelam merajuk menitis sikit2 airmata...basah juga seluar jeans yg daku pakai. Tp aku yakin kawasan yg aku tuju sudah cerah dan aku yakin petang ini saitan2 itu akan bermain takraw juga. Sedikit air atas gelanggang tidak akan mematahkan semangat mereka untuk bermain. Lain lah kalau ke surau...katak menguak pn sudah kata lebat, menjadi alasan kukuh penuh konkrit utk tidak pergi.
Sesampai di tempat permainan, 2 org rakan ku memanggil dr jauh melepak di tepi gerai menjual goreng2an.
"Main tak?" daku bertanya soalan yg mmg sudah berjawab
"Main la...waaa..rambut baru, serupa lak tu ngan si wahri ni!!"
Wahri menyapu2 kepala tanda guntingan rambutnya menjadi pedoman kepala mantong daku.
"Aku kan abang", wahri mencelah
"Wahhh..abang abang!! Nak goreng pisang. Abang (penjual pisang), mintak pisang singgit, abang saya nk belanja", aku melanjutkan sakatan.
"Macam gampang" wahri berkata smbil menghulur singgit
Tetiba sebuah kereta satria bergerak perlahan keluar dr kawasan itu.. Skreeettt..si gadis memberhentikan kereta. Di hadapannya tercongok sekor kucing lagak bersahaja tidak mahu berganjak. Dihon2 kucin itu. Tp kucin itu penuh lepak dan cool tetap tidak berganjak. 'Gua nk lepak sini, gua ada hak sbgi kucin..lu apahal?'. Mungkin itu yg tersisip dlm hati kucin itu.
Pakcik2 yg duduk minum2 mula tersengih2. Kami pn tersengih melihat gadis itu seakan bengkek dan tensyen. Tambah pula kami yg tersengeh2 kacak ni bukan nk tolong..muahahaha!! Dekat seminit pemandangan kucin dan gadis yg sama2 degil. Yg gadis ni pn tknak turun..takut basah mungkin rambut yg baru dikalernya.
Keluar dr biru (out of blue), budak laki mahu berjalan lalu depan kucin dan gadis itu. Gadis itu pn memberi isyarat 'tolong alihkan kucin cipan itu..'. Maka si budak ini pn ketepikan kucing yg masih beraksi kacak comel bergaya nama saya rain. Baru shj budak itu ingin berlalu pergi, si gadis memanggilnya. Dihulurnya nota duit entah berapa ringgit pada budak itu.
Kami yg memang gampang ni mula bersuara pelan2. 'Ishy depan abang2 dan pakcik2..mesti buat baik. Mesti bagi duit..mesti mesti'. Dah la tak tolong, ngomplen pulak..gampang bukan..ahahahaha!!! Si gadis terus memcut meninggalkan kami2 tersengih2 dengan kesimpulan sendiri dlm kepala..ahahaha!!! tiada moral utk cerita kali ini. Nah lihat gambar kejadian;
Pakcik tu pn taknak tolong. Takut bini dia nampak, kuping kena jewer kata menggatai tolong pompuan..mauahaha!!!
Ada yg mau membontoti aku ke bukit jalil berenang. Laki2 shj yeaaa..Pompuan nnt sy kena sentet tulang belakang dengan Cembam..
Comments