Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Xiyad Exam lah sangat

Huhu..macam tak percaya pun ye..anak yang aku cium2..peluk2..gomol2 sungguh2..yang ku timang2 ku lambung2..ku tuang air panas..opsss..besar dah ha...6 tahun dah. Alhamdulillah..6 tahun pun..skang ni aku masih sekali sekala out of blue akan mintak dia kiss aku "XIyad..sayang ayah" ANd he will still come to me and give me a kiss on both cheeks. Balik keje pun kalau dia tengah syok layan tv ke apa..aku cakap "Assalamualaikum...xiyad taknak sayang ayah..salam ayah keee" then he will come to hug and kiss me..salam apa smua..ni kalau dia tgh ralit. kalau dia takde watpe atau ada benda nk tunjuk..belum sempat mati enjin dh dengar dari dalam dok jerit "ayah" and bukak pintu tunjuk segala benda yang dia exsaited nak tunjuk..kadang tu nk tunjuk homework dia, berus gigi baru, ubat gigi, adiah ari jadi kawan dia..anything yg he thinks nak share ngn kita lah. Alhamdulillah..aku rasa disayangi anak lagi sampai skang..hehe MInggu cuti sekolah hari tu mi...

Xiyad yang sudah pandai menipu

Hari ni  tertinggal henpon. Jadi masa2 yang dicurik sekejap2 tika waktu kerja untuk cek2 henpon terasa perlu diisi dengan sesuatu. Nah..blogging saja lah. Untuk hilangkan mengantuk pun nampaknya dengan cara menaip saja lah hari ini. Tiada apa yang terlalu menarik untuk diceritakan. Sedikit sebanyak FB sudah dikongsikan pelbagai ceritera harian ku. Jadi aku cuma mahu menukilkan sedikit tentang anak2 ku berdua it. Usia berlalu dan bertambah dengan cepat. Semakin hari kerisauan yang suatu masa nanti aku akan jadi orang asing bagi mereka itu semakin menebal. Walaupun masih jauh rasanya tahun2 yang memungkinkan perkara ini, tapi memang itu lah aku rasa. Xiyad sudah 6 tahun. Well, mengikut tahun. Usia sebenar baru 5 tahun lebih. Jadi tahun depan sudah perlu memulai sessi persekolahan darjah 1. Xiyad masih belum kenal huruf jawi sepenuhnya lagi. Tersangkut2 bila sudah sampai huruf Rho dan seterusnya. Bacaan rumi, Xiyad baru mulai mengenal perkataan yang ada 3 huruf. LAM, CAN, TIK. Tek...