Sabtu lepas birthday Aqil Hamzah, khalif pada memuah sorang ni haa..si Chucky tu. Tak kenal? Alaa si Chucky yang kalau senyum kat awak..malam tu mimpi patung chucky datang nk tikam tu? Tak kenal gak? ah lantak lah..lagipun Chucky tu bukannya retis pun..ha ha ha ha!!
Haa..citernya dia book masa kitorang ni, start dari bulan 1 lagi ha..start sblum ada venue. Pendekkan citer Chucky dh decided buat kt KFC Extreme Park Seksyen 13 Shah Alam.
Sabtu pagi Cembam skolah. Aku kat umah layan si Xiyad ni haa..Bila Cembam sampai umah je dia kompem tido dulu..penat..so kami memang plan lepas zuhur lah. Event start 3PM - 5PM. Adiah pun dah beli pagi tu ngn Xiyad kat BB Bangi. Memang senang bawak Xiyad yg dh berjalan. Takyah kuar stroller. Dia picit2 mainan yang ada kat situ. Rambang bulat mata tengok macam2 ada. Hahahaha!!!
Sekalinya masing2 tidu smpi kul 3 ptg. Aku plak mmg Jumaat malam layan tenis kaw2. Sengal satu badan macam nak demam. Jadi time Xiyad tidor aku pun layan skali lah. Xiyad bangun, baru kami siap2..Kuar dalam kul 3:30PM. Konon 3-5, kita amek tengah2 la 4 petang kan. Sekali smpi Puchong LDP tu, dalam banyak2 masa aku tak penah kena jem..time tu la nak jem. DEMMM!!!
Masuk je Shah Alam nye kawasan gugel map terus. Ada la makan langsat setengah kilo pusing2, call2...n last skali sampai gak~~~ Terus rembat ayam goreng. HAHAHAHA.
Memuah yang datang. Dari kiri Mulus, Montok, yang baju itam tu bapak birthday boy Amer and last but not least yang sengih bagai model colgate tu Dark Keri.
Dapat snap skit je gambar Aqil. Almaklumlah..datang lambat. Pastu Aqil dah penat. Lepas 2 gambar ni dia pun tidor dalam stroller beliau
Xiyad tak dapat topi ni...Hepi birthday Aqil~~~~
Xiyad plak maybe agak mabuk duduk dalam carseat while aku bawak makan langsat bagai. Jadi nak tertido dah lelap2 masa nak smpi. Jadi enjin peramah dia lambat skit panas. HAHAHAHA!! Kacak kan Keri bermuka Xiyad..siap jambul ultraman ada S superman lagi
Ni cubaan Chucky plak..haa..leh plak lebih kurang je mulut korang. Bagai Chucky dengan bayang2 orang kata
Time ni okeh sikit sebab badak comey warna pink tu. Siap bunyi2..ingatkan nak bawak balik la badak tu. Hehehe
Memang takde muka Aqil dah masa ni. Dia tidor.
Group photo. Ntah apa ke aqidahnya ntah ejar Aqil terbalik gitu jadi LIQA plak. HAHAHAHAHA. Lama gak sebenarnya tak reunion gini. Last sblum ni aku takleh join. Baru dapat bagi balik USB drive si Jard tu haa...tak kuasa dah aku nak layan gambar2 eksklusif dia dlm USB tu. 2 keping aku anta kat Tudung Candid. HAHAHAHAHAHA
So..akhir kata..selamat hari lahir yang pertama Aqil!! Moga membesar dengan baik, tak menyusahkn mak ayah, dengar kata dan bakal jadi anak soleh ye...!!!
Comments
takde plak pic xiyad menangis ketakutan tgk jard. lulzzzzz
aqil eja terbalik......
Thanks Memuah!! Hadiah tu Aqil suka! :D
Comey gambar Aqil..nmpak gigi dia. Nak cilok!
Masa memula Erina kasi huruf satu sorang tu aku dah perasan dah.
Biau je tahan gelak.
HAHAHAHA.