Aku yang merelakan tubuh untuk ditunggangi

>> Friday, June 25, 2010

Lahirnya aku seperti keturunan-keturunan ku yang lain. Bau mesin dan percikan api patri menyambut kehadiran kami di mukabumi ini. Bau kuat cat hijau metalik itu begitu indah mengulit tubuh sexy ku ini. Maklumlah, aku antara SRX yang terpilih. Edisi seksi banget.

Tuan pertama ku tidak begitu kuingat. Lelaki cina pendek gempal bermata bulat. Tapi segala memori indah aku lalui dengan tuan kedua aku. Kacak berkrim, hidung bak seludang dan punya rasa cinta yang mendalam pada aku. Kali pertama aku ditunggangi tuan ku, aku begitu gembira. Membelah angin di atas jalanraya, mencilok di antara kereta2 yang tersangkut2..aku terasa indah sekali hidup ku.

Aku kemudiannya dibelikan sepasang sport rim puteh racing boy dan box blkg yang menjadikan aku lebih beguna dan lebih anggun. Pahit jerih aku lalui dengan tenang bersama tuan ku. Ku ingat lagi saat kami meredah hujan lalu terlanggar lopak air bertakung. Aku tak mampu untuk teruskan perjalanan. Dapat ku dengar suara tuanku yang cuba meniup kata semangat agar aku terus bertahan. "You can do it Benaffey!!". Nama yang tuan ku beri. Diusap2 kepala aku setiap kali aku berjasa pada beliau tp hari itu aku tidak mampu untuk meneruskan jasa. AKu mati semput. AKu sudah berumur. Sedikit air yg masuk ke tubuh bisa merencatkan pernafasan


Tuan  ku begitu sayangkan aku. Aku dihantar servis setiap kali rosak. Tubuh dan organ dalaman ku ditukar. Walaupun tuan ku terpaksa makan megi dan skip makan malam setiap hari untuk menanggung kos servis namun dia tidak pernah lupa mengusap kepalaku setiap kali aku ditunggangi. Aku terharu kala bersendirian setiap malam mengenangkan kasih tuanku

the treatment


Semakin hari saban tahun aku semakin berumur. Tidak lagi laju seperti dulu. Tapi tidak luput usapan manja penuh terima kasih tuanku setiap kali kami sempat sampai ke gelanggang takraw tiap petang. Namun aku tau dan sangat mengerti yg masa ku hampir tiba. Bila tuanku menyatakan hasrat untuk mencari pengganti..aku reda. Mencintai tidak semestinya memiliki. Aku cuba untuk dijual, tapi harga yang rendah tidak diterima oleh tuanku. Begitu sayang dia akan aku. Lalu aku diberikan pada adiknya yang juga begitu sayang pada aku.

Tapi adik tuanku ni kadang ngok plak. Elok2 aku dibawa tengah jalan, dia pergi langgar bahu orang. Bukan bahu jalan. Tapi bahu orang yg tengah jalan kat bahu jalan. Apa daaa..tersungkur aku..Aku penah terlibat dengan kemalangan bersama tuan ku dulu...sedih dan perit. tapi perit lagi apa yang tuanku lalui. 

Bila ibu tuan ku berhasrat membeli moto baru, kuarga tuanku terlebih moto. Jadi pilihan terbaik untuk dijual sudah tentulah aku. Kali ni harga yang ditawarkan lebih seratus daripada yang pernah ditanya. Alhamdulillah. Jadilah. Aku sempat berkhidmat selama setahun lebih dengan adik tuan ku. Jadi aku dijual. Bertukar tangan aku dengan toke kedai moto peberet ibu tuan ku. 

Tuan ku sempat berbisik dan berterima kasih pada aku sepanjang hidup ku dengan beliau. Adik tuan ku juga berbuat demikian. hati ku sebak. Moto mana yang sanggup berpisah dengan tuan yang begitu baik.

biba&benaffey

Benaffey n I

Bila aku dijual..aku tau.aku memberi jasa. Dengan duit hasil jualan tu, tuan ku mampu berbelanja ketika honeymoon beliau. Kalau tidak entah mana tuan ku nak korek duit. BOnus yang ditunggu tak kunjung tiba. Jadi aku tau...kegembiraan honeymoon tuanku adalah hasil titik peluh aku dan aku begitu berpuashati dengan khidmat terakhir hidupku pada tuan ku.

Tuan, aku begitu berterimakasih atas hadirmu dalam hidupku..terimalah sajak buatmu

Tuan

Putih kulit, hensem kacak bergaya
saat kau hadir dalam hidup ku
melabuhkan punggung perlahan
menggenggam jemari ku kemas
mendebarkan degup hatiku pantas
aku begitu gembira 
dengan tiap nafas dan tiap tika kita bersama

melalui liku-liku perjalanan
lap maut dan cilok yang mendebarkan
rantai putus menolak menongkah trafik
tayar pancit yang kita redah jauh berpuluh batu
panas berasap tibanya

Jatuh kita bersama
terseret melanggar bahu jalan
bengkak kita bersama, pedih kita bersama
yang membayar hanya kau seorang 

Tuan

Andai takdir ku dijual untuk honeymoon mu
ku ingin engkau tahu, aku begitu gembira
begitu terharu
Kerna bisa berjasa 
di penghujung usia
dan penamat masa kita bersama

Aku sayang kamu
paling comel di hatiku
Ku yang bernama Benaffey~~

13 comments:

Jard The Great June 25, 2010 at 1:03 AM  

chantek gmbr tangan tuu.. huhu

zonaku June 25, 2010 at 7:01 AM  

heheheheheheh....

ingatkan apa laaa......

ko dah jual dia yer,....... byk jasa dia kat ko kannnn......

takat tu je jodoh korang.... redhalah......

Ku Tak Sempurna June 25, 2010 at 7:14 AM  

hahahaha

sajak utk tuan tu nmpk sgt dipaksa rela...


hahahaha

Ku Tak Sempurna June 25, 2010 at 7:15 AM  

benaffey terpaksa berkorban demi hanimun tuannya


.
.


isk isk isk.. sedih.. itulah harga
sebuah pengorbanan..


isk isk isk :P

zella y June 25, 2010 at 8:02 AM  

ko nak beli moto ape??
;)

zella y June 25, 2010 at 8:02 AM  

ko nak beli moto ape??
;)

Masy June 25, 2010 at 9:12 AM  

pedih kita bersama, yang membayar hanya kau seorang <-- mcm bingai hahahhahhaha

HEMY June 25, 2010 at 10:37 AM  

tinggikan detail gambar..jadi la cmtu

zonaku : syang nk jual..tp nk simpan pn dh ada moto lain

KTS : ekekeke..yg penting akhir dia rela

zella y : ada aku post entri moto baru...hehehe

Masy : =]

cik selamah kundang June 25, 2010 at 11:27 AM  

owh.nk beli moto baru punya pasalkah?

Mak Su June 25, 2010 at 11:29 AM  

tima kasey ooo moto, kau tetap ku kenang

HEMY June 25, 2010 at 3:20 PM  

moto baru lama dh beli..then moto ni bagi adik..skng sudah jual sbb mak plak beli moto baru

mak su, mmg dikenang

syah shah June 25, 2010 at 5:40 PM  

perghh... tajuk sungguh kontrolbesi... hahahahahah :P :P

Afzainizam June 28, 2010 at 2:40 AM  

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhh macam nak menunggang kuda rasanya ye.... nasib baik motorsikal aje

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP