Skip to main content

alamak..pakcik nangis nape ni?? takut tuhan ke....alaaa,,jangan la nangis

Jumaat. Aku nak wat entri pasal jumaat la. Aku cuba carik kat entri2 lepas, tapi tak jumpa..mungkin tak penah citer lagi. Jadi aku citer je la lagi sekali.

Aku cari makan di Damansara masa tu. Setiap kali Jumaat, kami akan decide nak pergi masjid mana. Hari itu, kami makan ikan bakar kat Tang Ling. Usai makan, kami bersembahyang di Masjid Negara. Masuk bilik air sembahyang VVIP lepas usha line clear. Memang clear la sebab takde ramai VVIP yg semayang jumaat. Bazir je bilik wudhuk kosong, yang lain beratur kat tempat wudhuk pacal hina.

Bila masuk waktu solat, muazin pn dah qamad, aku pn cuba mengkhusyukkan diri menunaikan semayang jumaat. Sedang asyik Imam mengalunkan bacaan, aku dengar ada orang menangis. Jelas sungguh, agak kuat. Rupanya pakcik depan aku. 

Dia menangis teresak2, sambil berkata "Allah~~~~" sekali sekala. Bila imam sambung ke ayat seterusnya, pakcik tu bagai kan begitu takut, aku dapat lihat lututnya seperti lemah longlai dek bacaan imam tadi. "Alllahhh~~~~ Huuuuu~~~ Huuuu~~~~" sambil dia seperti mahu tersungkur. Kompem lah aku jadi tak khusyuk.

Sangka baik aku, pakcik ni begitu menghayati solatnya, begitu rendah serendah-rendahnya beliau letak diri beliau di hadapan Allah. Khaufnya begitu tinggi hingga bisa menangis teresak2 seperti gadis yang baru dirogol budak kecik yang dimarah teruk oleh ibunya.

Tangis pakcik ni reda kala rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud. Tapi bila Imam mula membaca surah, dia sambung menangis lagi. Kuat juge. Bila habis, ramai yg mencuri pandang milik siapa tangisan hiba penuh takut tadi. Pakcik tu macam biasa je lepas habis semayang sambil mengesat air mata yang bercucuran.

Keluar dari dewan sembahyang kawan aku tanya, "weh..dengar tak suara orang menangis?"

"Camne leh tak dengar, betul2 depan aku haaa...lemah lutut lagi. Mcm takut betul dia"

"Memang khusyuk ye dia"

"Haah..yang masalahnye makmum lain ni..aku dok dengar dia nangis je"

Comments

Unknown said…
adab berjemaah kne jaga gak kansss????




kalo pompuan lak, nak berjemaah, tp xske org duk rapat2 dgn dorang... rimasss... panas...


pelik aku!!!
Shariman said…
aku rasa ngn pak imam pun boleh dengar pakcik tu menangis... pakcik sorang tu je khusyuk... yang lain tak khusyukk

hahahahahahaha!!!! ak gelak besar ni..
Wanie Boahari said…
die menghayati..tp ko khusyuk x???
CAHAYA said…
kesian pakcik tu.
Masy said…
menghayati betul la tu..

klu ko gi buat umrah nanti, insyaallah akan jmpe jugek yg mcm ni. jgn kata jemaah, dgn imamnye pun nangis masa baca surah dlm solat. time tu terasa rugi x paham bahse arab T_____T

aku pun nk nanges tp tak paham T___T dem dem~

so, ape kesudahannya?
HEMY said…
pulak..kalau tak rapat setan dok celah tuuu

shariman, tu la..smyg kat umah seswai la kot camtu..nangis teruk sangat

wanie, mmg tak khusyuk le

cahaya, huhu

masy, hmmm..mungkin ikut suasana..kalau time kat mekah tu..mungkin lagi khusyuk bila ramai2 menangis
wHoSeNa said…
xslh nk m'hayati makna bacaan...mmg patut pn..tp kenelah pd tptnyer..sdgkn klu ade org mengaji n ade org smbhyg..yg mengaji tuh kene perlahankan suara..inikan pule smbhyg jamaah mcm tuh..

klu dh ganggu solat org lain..ak xreti nk jatuhkan hukum..;))
Ann said…
pnh baca satu kisah, bnda ni blaku kat tanah suci tak silap la

sorang jemaah ni asyik perhati jemaah sebelah dia ni, jemaah tu pakai baju warna lain sdgkan yg len smua warna putih...

rupanye yg tu adalah malaikat, tak silap jemaah tu pun sedar ngn ksilapan diri ptutnye dia kusyuk ngn smyang...(x brp igt cite ni)

yg kes ni, kene tnye org lbh berilmu la..
zonaku said…
hehheheheee...


ada lak time nk solat, cari kat aircond or kipas, saf x rapat dia xpeduli
pernah kena kat aku dulu. sabar jela.
zella y said…
mmg sedih r tgk pak cik tu mcm tu...
maknanya dia btul2 khusyuk...
agak2nya klu kita khusyuk,leh dgt x pak cik tu nanges??
Ummi Aini said…
mghayati cerita ini
KTS said…
takep... bg la peluang pakcik tu nangis

.
.


err.. ko tak ikut nangis kaan?? ;D
k.e.r.i. said…
apa hukumnya tu ustaz hemy?
Farah Y said…
First time dengar kes macam ni.
Frodo Baggins said…
mmmmm ... huhuhuhuu ..
apa kata lu ustax hemy?
wa pun cnfused gak ni.


yg kat atas tu, tul lah, kalau g mesejid ada carik ekon n kipas. haisssh
dextrike said…
....tkotnyeee.. :( bile laa nak dapat khusyuk yg mcm tu jgak.. hurmm..
HEMY said…
aku pn tak tau la apa hukum dia...mngkin betul kalau kita pun khusyuk, kita takkan dengar tangisan dia..tapi...

hmm..tak tau nk jatuh hukum..mungkin takde hukum, tapi cuma makruh ke kot

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah, ...

Eczema?? (==)

Ingat x ruam2 yg xiyad kena kat pipi aki citer the other day? aku post status fb tny kwan2 krim yg bole disyorkan n mmg kwn2 masing2 share krim yg depa penah pakai n berkesan utk anak diorg. Tp kalu lain punca dia, lain puka ubatnya. So aku try bedak ruam dulu. Pakai pas mandi n waktu mlm nk tydo. Alhamdulillah dia kurang skit. Xdela terus ilang tp kurang byk. Cumanya cuti ni bila last day kt ganu aku prasan ada naik ruam baru. Hmm.. Padahal sejuk kt ganu tu. Jadi probably ruam alergi n bukan pasal panas la kan? And the worst thing masa nk blik kl aku spot ada ruam baru yg mcm nanah sebijik dh hinggap pipi xiyad. Mmg stat risau la dh aku. Terus bgtu cembam smpi2 kl nk singgah az-zahrah utk dptkn nasihat krim plg seswai utk ruam xiyad ni. Tp sbb dh penat, tertangguh. Nk pegi pg sbtu sblum ke cameron pn xjd sbb ramai sgt. Kami ke klinik salam kt s.alam je. Dptla krim. Tp doktor advised jumpa pakar gak. By this time mkin byk naik kat muka. Kerak kepala xiyad pn makin teruk. Alahaiii n...

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika...