Awal Disember tahun lepas, aku pun dah tak ingat sebab apa aku cuti hari jumaat tu, Mem Cembam ajak gi bercuti kat Perak. Dok cadang Tambun dengan MAPS tu haaa. Cuti sekolah tak berjalan katanya. So mula2 roger family aku dulu nak ikut tak ke Perak. Sebab yang lain ada balik kampung juga. So ada satu malam ni berderu2 la wasep diskas..dengan nk sewa homestay, bila nak perginya. Mula2 diorg takde rasa nak ikut..so aku beli online siap2 dah tiket masuk Tambun smua tu..Tapi in the end, tak available homestay utk muatkan family aku yang dekat2 20 orang. Ate stick to plan asal, aku and my family je lah dengan Si Ekal yg diterbangkan dari Kuala Terengganu. Jumaat kami bertolak tu ya Allah jamm..sampai aku punya sakit hati dok ulang2 la sindir bini aku dalam keta “Inikah kebahagiaan yang mak kau cari?". Masuk jalan kampung pun tak jalan..Jem juga. Sampai kena berenti kat hentian tak terurus area Sungkai. Kami tido kat homestay whitehouse tambun. 3 tingkat. kemas je..ada...