Selamat Pengantin Baru Manap dan Farah

>> Thursday, June 9, 2011

Well, walaupun kami nyaris maut dalam perjalanan nak ke rumah Manap a.k.a Korn ex-housemate kami, namun lepas lebih kurang 3 jam sampai juga kami kat umah si pengantin ni. Lepas kejadian tu, spnjg jalan aku jadi kurang yakin nak potong..tp sejam pertama pastu je. Haahaha.

Area umah member aku ni area ladang getah. Kalau tau dek Datok K Patmanamban jahanam sapa ke nama dia, kompem jadi port bakar mangsa dia lah. Huhu.

Smpi2 je, pengantin tengah kat atas. DJ tengah memanggil pengantin turun utk makan beradab. Aku, Ponjot dan Cembam pn amek port n makan tengahari la. Memang timing tepat. Perut pn dah bunyi alarm Ultraman dah masa tu. Ada nenas tak silap aku. Cembam tnya leh makan tak. Aku suh selawat je then yakin takde pape..vitamin C.

Habis makan aku salam dulu si Manap tu time dia tengah nk start makan. Tepi aku ada sorang pakcik bersalam ngan manap lepas pada aku. Kelakar cara dia sembang ngn Manap

Pakcik tu : Orang umah orang mana?
Manap : Nilai (tak silap aku la)
Pakcik tu : Ooooo...anak saya ada beli umah situ. Menantu saya, suami anak saya tu pegawai. Angkatan Tentera Udara.

Ekekekeke. Kelakar ngguh. Aku baik sangka dia tak niat la pape. Just nak bersembang. Kami tunggu bawah umah nak amek gambar ngan manap. Besa la pengantin sibuk. Nak anta mertua plak nak balik dah lepas makan sume tu kan. Bila aku tgok pasangan pengantin kat depan jalan tu, aku cadang amek gambar outdoor je then beransur. So kami pn pergi la mendapatkan Manap amek gambar bawah pokok getah sume tu. Nice gak.

IMG_7520

Ni je gambar terbaik Ponjot amek manap. Tu pn dah crop dah. Aahahahaha. Yang gaya macam pro tu..ni je hasil dia..akakakakaka. Tp takpe Ponjot..wa leh fix itu sume. Nice shot.

IMG_7526

K ni la Ponjot. Sapa nak tackle sila bagitau aku. Senyap je budaknya. Ada banyak rahsia dalam pekung. Mungkin dia sebenarnya Dato'?!! Baik korang tackle dia. Ahahahahaa!!!

Tapi lepas amek2 gambar sini Manap ajak amek gambar kat pelamin gak. So ke pelamin la kami utk amek gambar. Ekekekekee.

IMG_7535

Sekali pengantin buat apa ntah nk kena tunggu. Dari buang masa aku ngan Cembam amek gambar pengantin lagi sekali lah. Progfessional photographer amek lak tu..Ekekekeke!!!


Lepas pada tu baru dengan pengantin. Ponjot kena dok tengah utk balance kan composition gambar. Ahahahahahaa!!! Lepas pada tu kami balik le. Singgah masjid n layan Nira Nipah sebelum anta Ponjot balik. Aku siap beli 2 botol lagi tapau. Nira aku beli kat ganu berkeladak..yang kat Perak ni bersih je. Memang besh!!!!
Pastikan try Nira Nipah yeee kalau lalu jalan nak ke Lumut tu. Best!!!! Selamat pengantin baru ye Manap and Farah!!!

3 comments:

syah shah June 9, 2011 at 2:47 PM  

Selamat pengantin baru buat Manap jugak lah...

Pastuh ni menjawab komen ko kat blog aku... HArap maklum eh Hemy, blog lama aku yang ko follow tu aku dah delete, aku bukak blog baru, tapi guna url sama... Jadi, memang kompom la tadak notification watsoeva sebab ko tak folo... Hohohohohoh :P

HEMY June 9, 2011 at 9:30 PM  

dem..mana aku tau...

syah shah June 9, 2011 at 11:48 PM  

aku dah cerita lama laa bro... ko memang tak mengikuti peredaran zaman btol... hahahah :P :P

Post a Comment

Please take it~~

Please take it~~
Thanks to all my followers. Please be honoured to take this very memuah award and you can display it proudly in your blog!!

Followers

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP