Pagi tadi aku layan Robin Hood nye movie sambil tunggu Adobe application aku update. Sebaik sempat apdet sebelum terlalu lewat. Aku dah mula layan movie2 balik sebab leh multitasking dengan monitor baru tu. Leh bukak website dan movie dengan window yang agak memuaskan saiznya. Jadi memang cun lah.
Robin Hood yang terbaru tu menceritakan kisah si Robin tu sebelum dia dapat panggilan Hood. Masa dia masih lagi seorang kesatria untuk raja dia. Tapi bila raja dia, King Richard tu mati, adik dia King John tu amek alih tampuk pemerintahan, dia pergi kenakan cukai kat rakyat (macam gomen kenakan cukai 6% la ni).
Pastu ada mamat jahat ni guna nama istana pergi kutip cukai sambil bakar kampung dan bunuh secara berleluasa. Padahal tali barut France mamat ni. So akhirnya remnants pejuang-pejuang, orang kampung dan orang-orang Robin ni buat deal ngan King John, kalau depa leh menang dengan France dia akan sign satu agreement utk kesejahteraan rakyat. Tapi bila dah menang, King John tu pergi bakar agrement tu. (Ni kira macam lepas dh undi sume, naik rega minyak dan rega gula la).
Ekekeke..masa aku tgok tu mmg terpikir kaitan ngan gomen skang la. Tapi takde la kejam macam King John tu kan (cover balik).
Malam ni aku bertolak balik Terengganu. Aku tak pack pn, saja nak mintak wife ku pack kan baju2 aku. Biar je dia pilih. Balik ni aku pack kamera and gadget yang nak kena bawak je. Hehehehe. Aku tak kisah pn tolak kul baper sebab ari tu gi Ganu ngan Wafa, Montok dan Keri-on dah wat aku tak kisah pn nak lalu kul baper LPT tu sambil nyanyi lagu Jong Jong Inai nyanyian Bonjovi.
Aku tengah pk apa nak wat cuti kat ganu ni. Nak jalan ke mana ek...Hmmm..adakah aku perlu bawa bahan bacaan utk dibaca di ganu tu sambil duduk dekat buaian merenung ke luar macam drama? Ekekeke. Yang pasti, aku nak pergi air terjun. Tapi tak tau seswai ke tak dengan cuaca. Dengar kata Ganu tak bah plak tahun ni. Dia pergi ke Selatan dah.
Sapa2 ada kat ganu bagitau..leh lepak-lepak lepas isyak tu. Ehehehe.
Comments
amik pic byk2 nul...
selamat bercuti sakan... aku gak yang sedey, dah laa sabtu keje, khamis jumaat pon keje... HUWAAAA~~~~
selamat bercuti ya!