Pulang ke kampung untuk majlis Doa Selamat sempena kandungan adik aku sudah 4 bulan. Terasa malas mahu pulang ke KL malam tu. Teguhkan niat untuk pulang pagi-pagi isnin, terus ke tempat kerja. Jam 6.45 pagi, selesai aku solat subuh, telefon berdering. Aku angkat dan pass pada mak. Elok sahaja mak menjawabnya, beberapa saat selepas tu.."Apa??". Dan mak terus terduduk menangis. Aku pergi mendapatkan mak, mak berpaut pada aku dan memberitahu benda yang aku hampir pasti.."Atok dah takde".
Capai telefon, hubungi rakan sekerja seraya Team Lead aku. "Aku EL hari ni, atok aku meninggal. Kena gi Pahang". Pagi itu, tunggu pakcik kami lagi 2 kereta, bertolak ke Felda Krau lalu KL sebab mahu berjumpa dengan adik aku lagi satu kereta. Adik aku yg baru balik S.Alam malam sebelumnya, kena mintak M.C.
On the way, memang kami dah redha takkan dapat tatap wajah atok buat kali terakhir. Kami tolak dr Sabak Bernam tepat jam 9. Pukul 10 lebey sepupu aku meseg bagitau yang jenazah atok dah siap dimandikan dan dikafankan. Tinggal tunggu untuk disembahyangkan. Masa tu baru kat are Ijok.
Sesampai je sana sume dah clear. Nak ke kubur, pakcik sarankan lepas asar ramai-ramai. Jadi kami berehat. Aku tanya nenek saat-saat akhir atok. Nenek kata nenek tengok arwahnya dah susah bernafas. Terkempol-kempol turun naik dada arwah. Nenek urut-urut dari dada sampai pusat sambil membisikkan ayat dari surah Yassin. "Salamun kaulam mirrabbirrahim".
Tidak berapa lama lepas tu, nenek kata arwahnya hembuskan nafas yang terakhir. Petang lepas asar kami ke tanah perkuburan beramai-ramai. Sebelum pergi aku tanyakan pada pakcik sulung aku, "kat kubur boleh ambik gambar?". Pakcik jawab boleh. Niat aku bukan untuk saja-saja letak entri blog. Tapi kita manusia yang mudah lupa ni perlu diingatkan dengan benda yang boleh dilihat. Siapa tahu lepas tengok gambar yang aku ambil, ada yang bersembahyang sunat taubat..
Tapi aku tak ambik banyak. Aku sendiri pun dah dirundum pilu. Aku dok teringat saat arwah atok masih gagah..dokong aku, bawak pergi kedai naik basikal beli jajan. Temankan aku main dam ular. Kata arwahnya, aku kecik-kecik dah ngelat kelentong dia. Aku masih ingat arwahnya ajar aku berani masuk kandang kambing, bagi makan kambing daun koko. Memang sebak sangat mengenangkan semua tu. Tp itu lah ketentuan tuhan untuk kita semua.
Takdirnya arwahn atok bersemadi di Pahang, bukan meninggal di rumahnya sendiri. Baru seminggu arwahnya dibawa ke sana. Aku tunggu sume turun baru aku pegang nisan atok dan minta maaf padanya. Masa tu hanya ada aku dan pakcik bongsu aku..Memori kami dengan arwahnya sangat banyak...Au sebagai cucu sulung sememangnya paling lama melakar kenangan dengan arwah atok.
Al-fatihah buat mu Mbah Lanang. Nyong jalok ngapuro seko cilik sampek sa'iki nak eneng dosa ku koro mbah.
Comments
takziah ye
huhuh
moga arwah bersama org2 salih...
al-fatihah! sabo yer
kasik translate sket leh ayat y last tu???
tapi apa nak buat, cerita dia dah tamat, masanya dah sampai utk kembali, al-fatihah buat atok
uwaaa, alfatihah, semoga ditempatkn dikalangan org2 beriman, amin..
al-fatihah..
.
.
.
.
takyah main dam ular lagi buat masa terdekat ni
:(