Skip to main content

Kami blogger picisan berkempen agar saman ekor lebih bertimbangrasa

kempen saman ekor

Sejak bulan lepas lagi aku cuba nak siapkan poster kempen ni. tapi tak berkesempatan. Eheehe..Skang dah siap dah. Harapnya cukup memmuahhh la poster ni. Ehehehe. (padahal tak smpi setengah jam pun buat).

Kita sedia maklum yang sekarang kerajaan sudah mula menggunakan pendekatan menyenarai hitamkan pengguna-pengguna jalan raya yang mempunyai rekod saman yang tertunggak..termasuklah saman ekor.

Banyak pandangan terhadap saman ekor. Ada yang kata sepatutnya tak valid lah sebab takde dalam perlembagaan, ada yang kata kalau naik mahkamah pun boleh menang kes lah. Tapi aku sebagai seorang blogger picisan akan memulakan kempen ni atas sebab-sebab aku sendiri kerana terkesan terruk dengan penyenaraian hitam saman ekor ni.

1. Ramai pengguna jalan raya yang tak tahu menahu pun kena saman ekor. Tau-tau bila nak renew sangkut. Bila check ada beberapa saman ekor. Ini tidak adil bagi rakyat. Sekurang-kurangnya kena dapat surat saman (ini untuk situasi yang surat saman tak dapat ye). Bukan semua rakyat IT savvy nak check kat MYEG

2. Tiada Bukti. Ye..sedangkan kes rogol yang sah-sah mangsa rogol cam si perogol, ada bukti..masih boleh lepas kalau lawyer si perogol handal dan bukti tak cukup kukuh. Begitu juga saman ekor. Apakah buktinya yang pengguna tu memandu ketika saman disabitkan pada si pemandu? Kes rogol pun ada rayuan untuk kurangkan hukuman.takkan lah kes kecil speedtrap takleh merayu untuk kurangkan denda.

3. Gambar SpeedTrap tidak pernah didedahkan. Setahu kami, nak tengok gambar speedtrap yang disabitkan pada kami..kena pergi Padang Jawa untuk tengok gambar tersebut. Kena caj RM50 plak tu nak tengok gambar. Bila gambar memang kompem membuktikan si pemandu bawak, RM50 takkan dipulangkan dan saman perlu dijelaskan tanpa diskaun. (Ini apa yang kami dengar kalau fakta ni tak betul..sila bagitahu).

Kami hanya mahu hak kami agar ditunjukkan bukti gambar untuk setiap kesalahan kami.40 sen je print 4R.Saman beratus bukan. Lagipun kalau setiap surat saman dihantar dengan bukti ke rumah, rakyat mungkin lebih puashati dan akur seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia yang mana gambar berwarna sebagai bukti dilampirkan untuk setiap saman (ni based on abang ipar Ousie aku). Siap nampak muka kau dengan kaler lagi.

4. Kawasan speedtrap kadangkala tak relevan?. Adakah setiap kawasan speedtrap relevan? Turun bukit ada? Kami tak pernah tahu dan akur je bila kena speedtrap. Kakak aku kena speedtrap kebanyakannya jalan Klang-Teluk Intan. Area 60km/j, hari weekend. Memang lah ada area kawasan sekolah, tapi kami minta toleransi untuk pengecualian hari weekend mungkin jadi 90km/j ke. Sebab bukan hari sekolah, dan jalan tu 2 lane lurus jauh. Agak tidak masuk akal untuk drive 60 km/j secara tiba-tiba kat jalan 2 lane lurus macam tu.

Kami bukan melawan. Kempen ini juga namanya "Timbangrasa Saman Ekor". Kami bukan minta ia dimansuhkan, tapi kami berharap ada toleransi untuk nilai saman. RM300 yg begitu tinggi untuk rakyat. Ia menyusahkan rakyat. Lebih-lebih lagi dengan penguatkuasaan senarai-hitam dan block untuk renew insurans. Ianya sangat membebankan rakyat. Baru tahun ini penyenaraian hitam ini dibuat, jadi buat lah dulu dengan diskaun.

Tolonglah pihak kerajaan. Kami berhabis bonus kerana saman yang kami tidak tahu relevan atau tidak. Kami terpaksa akur je bila kena saman, tiada bukti malahan.

Tolonglah sebarkan ye rakan-rakan blogger ku. Kalau ada yang sudi share kat FB silakan ye..then bagitau aku. Aku tak tau la kot dh ada kempen ni sebelum ni..tapi ini adalah inisiatif dari aku untuk kes saman ekor ni. Mari semarakkan kempen ini!!! Mana lah tahu dengan kuasa blog dan media elektronik yang semakin hebat kini, sudi lah pihak kerajaan kiranya mengurangkan denda maksima saman ekor yang tidak dilampirkan bukti ini.

Dahla nak raya, gula, minyak, gas naik harga..saman plak lagi..kami terbeban!!~~ Tolong lah Timbangrasa untuk Saman Ekor!! 

P/S : Kalau mahu letak banner sidebar yang aku letak kat tepi tu pun boleh...Mungkin kempen ni akan berakhir hingga hujung tahun ini atau selepas raya ni at least.

Comments

Unknown said…
bln ni giliran aku lak renew road tax n insuranssss.. haihhhhhh
Aku pun kena saman ekor tapi masa tu harga taknaik lagi. RM30 je. Tapi masa aku bayar kat kaunter saman ni, aku tengok ramai je orang mintak diskaun dan dapat. Dan kalau anak-beranak/saudara-mara/kawan-mawan polis yg kena silap-silap f.o.c je (kes-kes tertentu).
adie said…
saman ekor ni memang dah konpem ke? setahu aku masih dalam perdebatan lagi.
Masy said…
tahun bila tah aku penah gi balai polis temankan mmber aku nk buat rayuan. masuk kat bilik bos dorang.. haaaaaaaa berkotak2 gmbau speedtrap. melarat plak kotak2 tu punye laa byk sampai ke kaki2 lima balai polis tu. tp sume itam putih la..

agaknye tu yg dorg cas klu nk tgk gmbau kot. x kuaser nak selongkar kotak satu2. hahaha

huhuhuhuhuhuh
comelnya poster tu....innocent habis watak dalam kotak tu :P
HEMY said…
pn confused : goodluck

mohd shahrul hafizi : skang kata kawan aku inspektor, dh dapat arahan tegas untuk tak bagi diskaun

penyubiru : mmg dalam perdebatan bila masa tv3 timbulkan isu tempoh hari. Gomen tgh berpikir-pikir nk bagi ke tak diskaun..tu yg aku harap aku buat cmni leh le support skit agar dilaksanakan je penjimatan

tp mmg kena bayar penyu..debat tu utk kurangkan denda tu je

masy : nape tak pos je skali ngan surat saman..haaaa

Fiza : support tau..wat entri ek kat blog
Ann said…
kita xsempt nak bela diri..dh dibabitkan kene saman..bukti xde..mane leh kan
HEMY said…
yep..btul tu Ann. Last Khairi mintak dimansuhkan dh dijawab dengan someone yang kata kalau kita scrap bukan satu benda yg bijak

sbb tu kempen aku mintak tolerate je..kalau mmg dia scrap pn saman ekor..aku rasa yg sblum ni tetap dikira saman...yg baru je takde

tak dapat mansuh..dapat diskaun jadi la
tOm said…
sokong sokong.. mansuhkan je saman ni pun lagik bagus. byk lagi utang yang lg penting nk kene bayar..
Kniedaz said…
akak buh poster kat blog ek..tak patut diorang nih
Jard The Great said…
errrrrrr...errrr... mungkin aku terlalu lurus kot. kekadang, kalau hari tuh aku kena saman.. hari tuh jugak aku byr. takdelah tertunggak.. heeeeeeee.

patutla aku tak kaya2... uwaaaa.. =p
Yunus Badawi said…
Bulan Jun aritu masa aku nak barui cukai jalan Naza Ria yg jarang2 aku pakai tu polis/JPJ kata ada 4 saman ekor belum bayar. Sehari sebelum tu anak aku dah pergi bayar yg dah kena blacklist. 4 tu belum lagi sepatutnya. Tapi masa aku nak renew roadtax JPJ kata at least ada satu lagi yg kena settle. Yg 3 lagi masih belum masuk blacklist.
Syah Shah said…
alhamdulillah... aku renew roadtax ngan insurans smooth aje... meaning ai tadek saman... heheheheh :D :D

tapi memanglee kan... udahle kena bayar duit loan study, duit rumah, duit kete, duit itu, duit ini... patutla tak kaya-kaya lagi kita nih... hohohohoh :D :D
Mak Su said…
salam ramadhan.

maksu sokong, tolong timbangrasaler bab saman ekor.... huhuhu

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga