Kunjungan ibu bapa - Family time

Jumaat dah...bulan Julai dah. Aku tak sempat nak aplod gambar sepatah haram pun..pergh..gambar guna sepatah skang. Nampak macam ketiadaan sukan petang hari dalam hidup aku memberi kesan pada aktiviti neuron otak dan kelancaran medula oblongata untuk memaintainkan pupil agar bisa segar hingga ke jam yang sepatutnya.

Layan Serena Williams main pun buleh ngantuk. Masuk bilik layan Anime Gurren Laagan pun leh tertido. Sedar-sedar dengan deringan telepon aku  je. Tu pun cam orang isap dadah je cakap dalam telepon sama bini aku. Huhu~~~

Hehe

Family aku dah sampai rumah adik aku kat S.Alam nu aku rasa. Depa mai sebab nak spend time ngan adik asykaren aku tuh. Malam ni dalam jam 9 dia sampai KLIA. Aku kena amek beliau la. Harapnya petang ni tak ujan. Leh main tenis sambil tunggu. Kalau tak memang lah boringggg~~~

Ari tu last mak ayah berkunjung ke Shah Alam kami bawak gi Bukit Cerakah. Sempat la wat mende2 comel macam kat atas nu...ahaha. Nak citer detail tunggu sume gambar dah aplod la. Kali ni tak tau nk ke mana. Abah memang dah jadi aktiviti wajib boling. Maklumla..besa kasi roll tandan sawit...dapat roll bola boling tu rasa megah je kan..ahahaha

So malam ni aku ada area S.ALam..sape nak date ngan aku??

%%%Mekasih pada Din dan Farah Hanim kerana sudi memfollow blog ini yeeeee%%%

Comments

Masy said…
bawak pi mandi2 jelah kat wet world tu huahahahahah. aku pon slalu mati kutu je nk bawak mber2 jenjalan kat shah alam. paling2 kuat pon skrg ni gi i-city jelah haahaha
syah shah said…
aku memang senantiasa berada kat shah alam... tapi sebab sok ai keje, jadi malam cuma duduk umah dendiam...

ko nak ajak orang deting? kan ke family ko ade tu... takpe, takmo ganggu masa ko bersama family...
en_me said…
ammvoii sonok makcik tewww.. uhuhu
he he he~

seronoknya kawen~

carikan aku seorang calon cepat bro~

kih3~
niesz said…
hahaha..niesz pon da gian gile nk main bowling..hihi..
IRIS said…
Paling suka jalan2 time cuti pergi tengok laut.

=)
Mak Su said…
anak maksu ajak gi main boling,seumur hidup x penah pi... huhuhu
Farah Y said…
Kenapala cute sangat gambar ni?? :)
Kniedaz said…
main boling best jugak..makan2 sambil story mory pun ok..g piknik pun best
Erina Asmawani said…
aaaa..comelnye pic ko ngan mak ko kat atas tu..jeles ai tau..mesraaa gitu~ ;)

p/s: bawak dorg g pekena fradoo abc x?