Skip to main content

Kumpul duit dalam Kaler Luna nak beli pensel tekan BatBoy warna biru

Aku tengah lepak kat umah mertua bila tiba-tiba adik ipar aku yg laki tu gi kodek duit yg dia simpan. Kira cam tabung dia la. Dia simpan dalam kotak tisu je. Terus teringat zaman sekolah rendah aku yg masa tu boleh dikira serba daif juge la. 

Aku dapat belanja 20sen masa aku darjah satu. Masa tu rasa macam nilai 50 sen skang kot. Tapi boleh beli air dan kuih la..masa tu. Lepas tu 30sen. Smpai last darjah 6, belanja sekolah pagi aku 40sen. Masa aku darjah 2 rasanya, aku teringin nak ada pensel tekan. Fuhh..cool habis la sapa ada pensel tekan masa tu. Tiap kali beli barang untuk mak kat Kedai Kadir tu, aku selalu menatap barisan pensel-pensel tekan yg berharga sehengget 2 kupang masa tu. Aku paling minat pensel tekan gambar Batboy warna biru. Batman versi budak. Mmg comey la aku rasa.

Jadi aku nekad kumpul duit nak beli. Samar-samar dah masa tu belanje aku 30sen rasanya. Aku dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan) khas untuk budak2 miskin mcam aku. Aku makan RMT pagi, jadi aku tak la lapar masa rehat. Jadi aku pun simpan 20 sen stiap hari. 10 sen tu aku belanjakan sebab aku tak tahan dugaan kacang kuda kantin tu. Beli seposen kacang kuda tu setiap hari..hmm..enakkk..

Duit 20 sen tu, aku simpan kat dalam kaler pensel LUNA aku. Masa tu LUNA antara kaler pensel yg mahal. Tapi aku dapat hadiah nombor satu masa darjah satu kan. Haaa.. Aku selit duit yg aku kumpul dalam kaler tu. Korang leh bayangkan macam mana. 



Dah 80sen dah aku kumpul. Bukan setiap hari aku dapt simpan 20sen. Kadang tengok kawan makan bihun goreng, aku teringin gak. So tak menyimpan la aku hari tu. Satu petang mak aku cek kerja rumah aku. Aku tengah sibuk wat apa pun aku tak tau. Sekali mak aku bukak aku punya kaler pensel nak tengok bape panjang je tinggal pensel aku.

Kttingggg...ktiinnngggg....~~~~


Jatuh la 80sen duit aku tu keluar daripada bekas pensel kaler aku. Mak pandang aku masa tu. Masa tu mak terus kutip duit tadi.

"Dari mana dapat duit ni?"
"Orang kumpul.",berat je aku menjawab
"Nak buat apa?"
"Errr..nak beli pensel tekannn", aku jawab.


Lepas tu mak pergi je dari situ dengan duit 80 sen aku. Huwaaa..kantoi plak. Tapi tak sedih pun. Entahla..masa tu mungkin mind set aku, kumpul je la balik tapi kali ni sorok kemas skit. Lagipun 80sen tu mak boleh beli sardin untuk makan malam kami. Sedap skit makan. So aku pun kuar main ngan kawan-kawan.


Balik tu, aku tengok ada pensel tekan atas meja aku, siap dengan ubat pensel dia skali. Wahhh..happy juge la aku. Tapi mak aku tak beli yang Batboy tu.

"Mak..mak!!", aku panggil mak sambil berlari ke arah mak
"Mak belikan ke??mekasih mak"
"Hmmmm"
"Bole tukar lagi tak kat kedai kadir ni mak?"
"Kenapa nak tukar?"
"Saya nak yang Batboy warna biru tu. Bukan yang ini"
"Nape tak bagitau?"
"Mak tak tanya"
"Cantik juge yang tu"
"Hmm..ok lah...heeee"

Aku pun capai kertas kosing dan start lukis katun. Pagi esoknya semangat aku nak pergi sekolah. Hehehehe

Comments

Frodo Baggins said…
wakakakakkakaka ...
mmg dulu2 sape ada pensel tekan
coool sioot!!!! keh3x, siap check
warna lu dah kontot takat mana.


>>____<<


ni entry sempena hari ibu ke?
hahahahhaa ..
Frodo Baggins said…
cilakak!! wa fes ..


ok bye!


>.___<<
Jard The Great said…
ahaha.. chumel ja ko mase kecik ek.. jenis tak berkira..
wHoSeNa said…
kiutnye...hahaha...
ssah nk jumpe org blanje 20sen je kn skang??
green said…
kalau tak pernah susah, kita tak akan appreciate ms senang..
Bardboo said…
waa terharunya aku baca...huhu..
papabear said…
menarik citer pensil tekan batboy awak... saya batboy pun tak kenal hahaha
Masy said…
pensil tekan. ade satu jenis lg yg tukar2 mata pensil tu. ntah ape namanya tah hehehe
zella y said…
stiap kali ko cite psl zaman kecik2 ko msti aku sedih tau hahahha...

aku pn dulu ade kaler luna tu... papa aku nak beli yg 12 batang punyer..aku merengek nak yg 24 btg punyer... tp dpt gak la... heheh

kalau aku ada anak, aku xnk dia manja mcm aku!
Syah Shah said…
kaler luna... memang betul-betul mengimbau memori... heheheheheh :D :D

aku dulu kaler Luna tu abah aku kena beli almost every week... maklom, anak ramai, ragam pun macam-macam... kikikikikik :P :P

pensel tekan? beli sendiri jugak... parents supply basic needs aje... kumpul laa duit belanja sekolah tu banyak-banyak... heheheheh :D :D
HEMY said…
Frodo, entri hari ibu bawah ni haa

Jard, nk berkira camne..ada duit pn dh ok tak kira la ke mana duit tu pi

whosena, nak makan pa 20sen..huhu

green, betul..mmg tak akan appreciate kalau tak pernah susah

papabear, zaman papabear batgirl kot..hehehe

Masy, haah..yg tu tak tau apa nama..tu masa darjah satu

Zella, hehehehe..kira OK la ada something yg ko dapat bila baca entri aku..hehehe

syahshah : hehehehe...stiap org ada kisah unik masa kecil yg tersendiri
Erina Asmawani said…
terharu cite ni..ko suka wat cite2 comel ni kan..hehe

kaler lunar mmg nostalgia lah..bebudak sekarg x main dah kaler luna ni, kaler Ben 10, mickey mouse, barbie, pooh..mcm2 lagi lah..
adie said…
haha.. ko buat aku termenung jauh sampai kemballi semula zaman persekolahan aku.

aku pun macam ko.nak beli apa² kena kumpul duit dan ikat perut. dapat RMT gak,,tapi aku cerewet.pagi² survey dulu makanan ape,kalu tak best,aku tak pergi makan aa.tak kenang budi betul.

err..abis tu ko dapat pensel tekan kaler pink ke? hihi..

skang ni ade pensel yg tak payah tekan kan? cuma goyang² jer.

p/s: aku teringin nak pakai kotak pensel yg ade macam² gajet tu tp smp skang tak tertunai.huhu..
Yunus Badawi said…
Ko buat aku teringat zaman sekolah rendah dulu. Zaman aku RMT makan roti benggali aje. Kena dapat jawab soalan di kelas dulu sebelum dapat makan free sbb tak cukup utk semua murid miskin. Dah lah murid miskin sekolah kami pun miskin huhuhu
HEMY said…
Erina : comel ke..memuahhh!! ehehehhe

Penyu n YB : mmg best leh kenang balik sume tu..perit mana pn tetap wat kita tersenyum bila dikenang kan??
dextrike said…
hahaa, skang ni klo lanje sekolah rm3 pon x ckop.. T__T
tp besh kan cte bro nie?
da mcm cte dlm drama2 melayu..
hehe.. so sweet mak kamu! ;)
Color pencil Luna memang mahal. Aku dulu mampu beli yg kecik je. Dah la aku minat melukis. Membe-membe punya besar gabak yg ada mcm-mcm warna tu.

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga