Malam tadi aku tidur dalam pukul 1 pagi. Kaki mmg sudah basuh. Sembahyang isyak pun sudah. Aku tido pun macam biasa. Tak pikir pape. Eh..errr..aku tipu..aku ada bayangkan Rozita Che Wan..Ahahaha..Ampun Cembam!! Tp tak lama pun, terus tertido. Ni gara2 stream Dragonball lambat sangat.
Wajah itu aku kenal..Bersih je raut wajah beliau. Berpakaian serba putih, macam imam-imam dan orang-orang yg selalu ke masjid pakai. Dia duduk depan aku. Bersama kami ada kawan2 yg lain. Tapi aku tidak dapat cam siapa. Tp yg berkunjung ni mmg aku kenal. Din Beramboi. Arwahnya.
Bersih mukanya. Kami bersembang, arwahnya buat lawak macam biasa. Aku ingat lawak yg dia ceritakan. Tp sebab lepas terjaga dari mimpi tu, aku tak dapat buka mata dan jot down atas paper, tertidur semula..lantas sumenya jadi kabur. Aku lupa apa yg disembangkan bila bangun pagi tadi.
Dlm mimpi tu, arwahnya ketawa dengan begitu gembira. Terkekek-kekek kami sama-sama. Sangat meriah. Yg paling best, aku sempat kenakan arwahnya, aku perli dan 'tembak' arwahnya baik punyeee~~~. Time tu arwahnya tersengih je bila kami gelakkan beliau.
"Ooo..ko ketawakan aku ye"
Ni je dialog yg masih aku ingat. Rambut bulu tangkis arwahnya takde dlm mimpi itu. Mmg bersih je raut wajah arwahnya. Bila aku tersedar, aku cuba gagahkan mata utk buka dan jot down detail mimpi tu. Tp aku tertidur semula. Namun sblum terlelap, dlm hati aku tertanya,
"mahu apa kau arwahnya menjengah dlm mimpi aku??. Kau perlukan sesuatu??"
Dalam separa sedar dan nyenyak tidur menggamit roh ku semula, aku sempat bacakan al-fatihah 2-3 kali utk arwahnya. Itu sahaja yg mampu aku berikan. Moga secebis bacaan ku itu mampu membantu mu di sana. Amiiinn~~~
Al-fatihah utk arwahnya. Jgn sebut je al-fatihah..baca ye~~
Comments
dextrike, ada lagi ke yg lain mimpi arwahnye??hmm..apa pn doa yg baik2 je la utk beliau
alfatihah..
ye saya dah baca
Semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin...
syahshah : aku siap baca ayat kursi malam tadi wpun malam lain sll lupa sblum nk tido
teringat aku melodi ahad lepas, anak2 dia tabah betul..sikit pun x nanges bla kena intebiu tanya pasal abah dia..aku yg tgk plak tergenang2 airmata..huu
err..mimpi rozita che wan taknak cerita ke? hik3..
owh, mimpi terakhirku bawa aku ke lembah derita
x mo mimpi dah! kalau blh la... aku mau lena y aman