Skip to main content

Anak-Anak pergi jauh, ada menantu pengganti~~

Kalau 3 April, Kak Wa berlepas pergi, pada 5 April adik laki aku pula berangkat ke Tawau untuk lapor unit. Tidaklah sejauh Brisbane, tapi mungkin utk 3 tahun lamanya. Mak pastinya berasa sedih bila anak2 nye jauh dari mata. Kena pulak dengan berita junior yg disula oleh pegawai senior nya kuar surat khabar tempoh hari. Lagi la mak risau.

Rumors pulak kata Tawau ni dugaan hebat. Pegawai tak byk operasi. Dok kat kem, tak tau buat apa tu yg nanti dok raging dan pau budak2 junior ni untuk langgan pelacur yg khabarnya putih2 di sana. Disuruh pulak tenggak arak. Nauzubillah. Aku hanya doakan yg terbaik je lah utk adik aku.

Tadi tgok status FB kawan dia, dia kata adik aku operasi 3 bulan. Jadi OK la. Time operasi takde la kena raging. Sekadar raging apa lah sangat..tp skang punya raging ngn mentaliti yg semakin ganas..Fuhh..bahaya. Sume dh macam binatang bila ilang kawalan..binatang pn takut.


So, adik aku berlepas utk flight 2 petang. Lunch time aku tolak ke KLIA. Mak, ayah dan adik aku dh ada sana masa aku smpi. Tunggu skit, then tiba la masa utk berlepas. Gambar ni diambil time nk masuk pagar dah. Ada gambar nangis2. Tp tak uplod la kot. Jaga imej askar yg gagah. Ekekekeke~~~.

Haaa..nak tau satu citer pasal askar??? Aku dulu masa keje streamyx, masih lagi la mencari2 keje yg stabil. Dipendekkan citer, aku nmpak iklan kat suratkhabar yg TUDM nk amek jetfighter pilot. So, aku pun yg masa tu terumbang ambing dalam kerjaya aku, cuba apply. Maklumla, dulu cita-cita pilot, tapi takde rezeki. 

Tp besa la, satu keputusan yg besar tu nk buat. Abaikan degree software engineering dengan CGPA 3.08 tu utk jadi jetfighter pilot plak?? Maka macam insan lain yg lemah dan hanya sujud pada Allah dengan rasa desperate bila susah, aku pun semayang la istikharah minta petunjuk. Aku minta yg terbaik utk hidup aku. Oh ye, masa ni..aku tak kapel lagi ngan Cembam. Kami baru kuar sekali dua rasa masa tu as friend.

So habis istikharah aku tidur atas sejadah...tau tak mimpi apa?? tak kuar pun alamat utk jetfighter tu. Tapi dalam mimpi tu, aku nampak Cembam kat umah lama kami tengah edarkan pinggan untuk makan tengahari kami sekeluarga. Kami sekuarga dah duduk dalam bulatan. Nampak Cembam tuangkkan lauk utk kami semua. Hmmm~~

Bila aku terjaga..aku senyum sendirian. Ok la..kapel la ngan Najwa. Then aku tak pergi jetfighter pilot punya temuduga. Dari mimpi la aku akhirnya kapel dan kawin ngan wife comel ku skang ni...wink!!

Comments

Farah Y said…
Harap-harap adik kau dalam keadaan selamat selalu. InshaAllah.

Sweet gila baca ending entry kau! Aku pun tersenyum sorang-sorang depan laptop. Hekhek.
Jard The Great said…
hehe.. sweet pasal solat istikharah nmpk cembam
HEMY said…
Farah Y : hehehe..tuh le..tetiba citer pasal adik aku teringat kisah aku plak

Jard : heee...antara istikharah yg..eh..satu2nya istikharah yg dapat petunjuk..
joegrimjow said…
dah lama xnaik kapal terbang
hehe

entry bini tu, takot nak baca, haha
zella y said…
wah.. alhamdulillah, lps smbhyg je nmpak cembam ye??

aku nk suruh bf aku wat solah istikharah jugak la...

doa2 semoga kalau2 ade nmpak muka aku, harap2 time tu aku dh kurus smbil melayan dia mkn ngeh3....
Wanie Boahari said…
syg ko kat adik ko kn..mcm nie la abg..t'rs diri ko b'gitu comey..hehhehe...ko pn msti syg aku kn..adik ko d alam maya..waahhhh bile plak kn??
Unknown said…
hehehehe....

semoga adik kau selamat...
Syah Shah said…
semoga adik ko berada dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa... Aminnn...

Atas cerita adik, bawah cerita ko ye? nak jugak menyelit tu... hahahahah :P :P :P
HEMY said…
joe : biar betul lama tak nek kapal terbang...dh ko dok obersea mesti la selalu

zella : bukan sume dia bg petunjuk..

wanie : aku mmg syg ko..meh cium aku..di pipi tanda abang mu kiut..ekekekeke

~0~ : thanks

syahshah : harus menyelitttt
dextrike said…
hehe, solat istiqarah tu, petunjuk yg bro da sampai masa ntok tu.. hehe.. alhamdulillah, pilihan yg tepat + dah jodoh.. spe laa jodoh ku nanti.. T__T

Popular posts from this blog

VADS Berhad - Streamyx call center Reunionn

God!! My colleague has just received an email warning all of the respective employee to not storing any files, pictures or mp3 which are clearly not related to our work in the computer. Eventhough I didn't get the email, for precaution, I just upload all these images and write an entry bout it..ehehe..And these pics already got rid of the C drive..kiki Hmm..Actually this very reunion was held on 19th of June. Since there were a lot more special ocasion this month..ex:my anniv..ehehe..so this event report has been on hold till this very day..nga nga!! The reunion are for the guys that used and still working at streamyx call center and most of them are/were the splitters..It was held at 24hrs MCD near IKEA. Left pic : Me..just about the kicked off from my friend's house..the style of the day..haha.. right pic : Asmah. The one decided to invite all of us out of sudden due to rindu banget sama kami smpi nanis2..comey la semah..hehe=p Me taking the pic. From left clockwise ; Semah,

Ikat bini kamu, anak perempuan kamu pada tiang yang paling kukuh!!!

Received a parcel when I was at my parents' house. A small book of the detail translation of surah Al-Kahfi. Thanks to PPZ (Pusat Pungutan Zakat) for the yearly gift. And a beneficial one of course. My math teacher once told us before she started our math class about how the first ten verse could save you from Dajal's lure and seduction. Akan tiba waktu Dajal bermaharajalela di penghujung dunia menawarkan segala macam kemewahan dan kehendak yang sukar untuk ditolak. Dan bilamana kita tunduk pada hebatnya Dajal memenuhi permintaan kita, maka neraka lah jawabnya. Maka ikatlah anak-anak perempuan kamu, isteri dan ibu kamu di tiang yang paling utuh dan kuat dalam rumah kamu dengan kemas kerana apabila Dajal menghentakkan kakinya ke bumi, seluruh kaum wanita akan berlari-lari mendapatkan Dajal meninggalkan segala-galanya. Akan dicampak anak yang sedang didokong, suami mereka untuk Dajal. Meraung2 lah mereka diikat pada tiang. Tapi jangan pula kamu kasihankan mereka dan membuka ika

Zikir Imam Shafie sesat? Zikir tolak syurga?

Assalamualaikum.. On the way balik dari Sabak Bernam ke Bangi hati terasa melompat2 nak tulis pasal entri ni. First and foremost, aku nk tekankan di sini kenapa aku berani nak ulas pasal benda ni? Pasal hukum, zikir dan kesesatan ni padahal aku mungkin xlayak, bukan ustaz dan sebagainya. Sebabnya cuma satu, zikir ini dilabel sesat oleh sekumpulan ustaz ni tanpa ada dalil, nas alquran atau kesepakatan ulamak. Dan kesesatan yang dilabel oleh mereka hanya disebabkan pentafsiran perkataan yang digunakan dalam zikir ni. Jadi kalau setakat pasal literasi perkataan, aku pun layak. Apa pun baca dulu lah ye. Zikir Imam Shafie yang dilabel sesat baru2 ni ialah zikir yg femes korang dengar dr kecik " Ilahi lastu lilfirdausi ahla.. wala aqwa alan naril jahim.. Allah Fahab li taubatau waghfir zunubi... Fainna tagho firuzzambil azimmmm " -maafla tak jumpa arab version nye- Bawah ni terjemahannya; Oh Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menga